Do you have a wrapping paper?

Mama, do you have a wrapping paper?

Whattt?

What kind of question is that?

Of course I do.

I am a party planner remember….

Ica. The sweetest soul in my family. Anak bongsu. A true copycat of me. Sentiasa ingat tarikh penting, beria-ia sediakan hadiah untuk semua orang. Suka party. Masa hari ibu kena marah sebab lambat mandi nak ikut Papa beli barang dapur pulak. Sekali balik dia bagi satu paper bag dengan satu balang kaca cute tulis “We are superheroes”. Lepas tu dia ingatkan semua orang bahawa itu hari Ibu. Then she hugged me. Dia siap cakap balang tu harga 5 ringgit. Ingatan itu = priceless.

Justeru timbul soalan adakah saya ada wrapping paper untuk balut hadiah hari guru dia pulak?

Bukan sahaja berjenis-jenis wrapping paper dari balut bunga sampai kertas kasa, saya ada berkotak-kotak riben, craft card, craft punchers – satu almari barang kraf. Yang tak ada cuma masa nak buat. Ada budak sekolah rendah ni kena bersedia. Dia sedap aje nanti cakap Mama besok cikgu nak kertas warna, straw, water color, manik, span, riben dan macam-macam lagilah. Ada sekali dia nak bawak makaroni I macam whattheheck cikgu kau ni nak makaroni pulak? Sekali rupanya makaroni nak berlatih kira sifir okeh. Sorry cikgu -_-” . Mama dulu guna biji saga aje kira sifir ha letak kat lantai kira 7-7-7. Salah kira tangan kena ketuk dengan Cikgu Ramlah. Tak pun tahan telinga pagi-pagi mintak pelepah pisang, bendi atau kentang kat nenek sebab nak buat lukisan teknik mengecap hari tu. Nenek kalau pagi-pagi dia amarah jugak sambil mengatakan “yang kau ni pulak pagi-pagi baru nak mintak macam-macam” hehe. Haih perubahan zaman betul. Tapi pengsan jugak kan mana kau nak carik bijik saga tak pun pelepah pisang zaman ni pagi-pagi haha.

2 hari lepas dok membalut hadiah hari guru  dia dengan Aiman. Saya suka pergi teman pilih barang sebab lega diaorang dah habis exam. Macam anak dah habis peksa mak yang beria-ia nak release tension sibuk google hotel sana sini haha.  Balut hadiah siap letak riben satin dot-dot buat kad handmade lagi ok. Yang Aiman pulak ada yang balut ada yang saya gulung buat  macam bungkusan gula-gula yang besar. Bila balik cakap semua orang kata hadiah diaorang yang paling cantik dekat kelas. Iyolah tu. Barang dalam murah aje, balut tu maybe nampak lain sikitlah.

Wah bila hari guru bangun bukan main awal lagi. Nak tidur pun senyum aje. Rasanya bukan aje budak-budak tapi cikgu pun excited nak pergi sekolah bila bukan nak belajar/ mengajar tapi nak have fun. Benda ni macam bagi pengajaran juga sebab serius memang letih ada anak-anak yang bersekolah ni dan memang kena selalu take a break juga.

Macam Aiman sekarang dia ada pergi main badminton dengan budak-budak taman, selain dari aktiviti main bola depan rumah dia sorang-sorang berjam-jam tengah panas tu. Pintu rumah memang berdentang-dentung kena bola melantun. Kau nak marah sangat pun dah dia suka bola kan.  Asal dia tak tendang ke rumah jiran sudah. Saya perasan dia belajar memang semakin ok sebab saya dah percaya dia boleh pergi aktiviti lain yang jauh dari pemerhatian saya. Perangai pun positif sikit lah pergi kedai buku beli buku rujukan dulu komik memanjang. Bila belajar ada rasa tanggungjawab untuk buat yang terbaik. Dulu saya selalu paksa dia makan vitamin sedangkan dia tak suka. So setelah dikaji saya selalu belikan fresh milk, yogurt yang dia suka (protein kan). Budak-budak ni kita kena guna kelebihan yang dia ada atau apa minat dia. Tak guna kita paksa-paksa dia sedangkan banyak lagi cara untuk jadikan dia sihat dan positif. I learn through mistakes because I am not a perfect mother.

Hari ni budak 2 orang tidur awal sebab letih tadi hari guru dekat sekolah agama pulak. Kalau selalu bayangkan this is the best time untuk blogging anak-anak tidur, Papa pulak ada kerja. Tapi I am lost sorang-sorang jadi perkara terbaik adalah tulis apakah perkara yang saya nak ingat pada hari ni.

Kadang bila tolong siapkan barang atau hadiah hari guru ni, kita sebenarnya belajar dari anak kita, keikhlasan untuk menghadiahkan sesuatu kepada seseorang. Bila kau ikhlas macam Ica, kau berarak keliling Mahkota Parade cari hadiah untuk cikgu kelas. Cari hadiah paling baik, paling comel di mata kau. Berhati-hati pilih siap fikir apa perasaan cikgu suka ke tak nanti. Aiman pulak sentiasa praktikal (boys kan) hadiahkan tumbler dan pen untuk cikgu. Well yang penting ikhlas kan. Tidur sebelah hadiah bangun pagi melompat nak mandi nak pergi sekolah.

Betapa istimewa cikgu kat hati diaorang kan.

Aiman dan Ica, sentiasalah belajar menghargai orang lain. Menghargai dan menghormati orang lain adalah sesuatu yang kita akan dapat dari pemerhatian dan pengalaman hidup kita. Tak guna kita pandai, hensem, cantik tapi tak menghargai orang lain kan.

Glad to be part of your memories.

Yes, I still have a lot of wrapping papers and ribbons!

2 thoughts on “Do you have a wrapping paper?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge