Apa nak buat kalau dapat surat tuntutan lawyer?

Hai. Assalam. Saya jarang sungguh  cerita mengenai kerja. Sebab seriously, kerja saya agak membosankan. Tapi sebab peningkatan orang tak dapat bayar hutang, ramai orang dibankrapkan, rumah dilelong, barang rumah disita dan semuanya, saya rasa saya patut share sedikit pengetahuan saya selama 15 tahun sebagai peguam bank dan hartanah ni. Peguam ni ada juga kepakaran masing-masing. Macam doktor, ada yang pakar hidung, pakar mata. Saya qualified sebagai peguam syariah, pernah buat kes accident dan general civil, tapi itu semua bukan bidang full time saya. Kali ini saya share apa nak buat kalau dapat surat tuntutan lawyer?

Oh ya. Saya dah biasa terima kecaman orang, pandangan sinis sebab saya jadi lawyer bank. Sama macam polis tahan orang macam berlagak aje, tak tahan pun salah. Jadi kepada siapa yang ada bad time with lawyers before, hmmm blaming lawyers is like blaming cikgu matematik yang rotan kau sebab kau tak hafal sifir. Salah siapa? Get it?

Kita lawyer ada cara tersendiri untuk membantu Defendan. We are human too. We pay bills, do house mortgage, hire purchase a car etc. Kita ada juga kawan yang kena VSS sebab kilang tutup, bank merge kena berhenti kerja, tempat kerja berhentikan suami sebab nak cut out expenses. Trust me, we do know. Kita bukan tak ada perasaan sangat like whatever uols we just want to bill. Lawyer ni muka je ketat hati baik taww eh!

The hardest part of my job is to issue a letter of demand or surat tuntutan lawyer to names that are so familiar like:

-my class @ English teacher since Form 1-3 Cik R sebab dia guarantor personal loan adik dia;

-my schoolmate yang kenal sebab dia terjal tak hengat and kawan dia pernah ngorat i dulu;

-my neighbour setaman yang dipanggail Abang J baik pulak dia dengan bini dia ni hmmm

Cik R I nak call adik dia abis tercall dia terus ku gagap cakap dengan teacher. Tapi tak bagitahu nama sebab mesti dia kenal nanti anak Cikgu Ali OMG (ayah dulu pengetua sekolah I dengan Cik R get it?). Luckily adik dia setelkan fuhhh.

Untuk orang yang dikenali biasa lawyer akan buat courtesy call dulu or panggilan hormat just to inform. Takdelah kau tetiba terperanjat like sampai hati dak diana ni hantar notice kat I? Biasa kita call, inform ada notis and please take note lah.

Ok. Bila dapat notis atau surat tuntutan lawyer atau lawyer panggil LOD (letter of demand) atau NOD (notice of demand) anda kena:

  1. Periksa betul ke anda buat loan itu;
  2. Betulkah jumlah yang dituntut (check statement/ surat terakhir bank);
  3. Ambil perhatian dengan tempoh masa yang diberi (14 hari/ 1 bulan);
  4. Untuk kes melibatkan premis, ambil perhatian penting jika ada notis penamatan sewaan (notice of termination “NOT”) dan milikan kosong sekali? Sebab sewaan boleh ditamatkan jika tak bayar tunggakan dan milikan kosong bererti korang kena kosongkan premis dengan kadar segera dalam tempoh yang diberi.

Ok langkah-langkah segera yang perlu diambil bila dapat surat lawyer adalah:

  1. Call bank untuk penyelesaian. Mungkin boleh reschedule. Biasa bank proceed ni kalau korang tak berikan kerjasama. Call tak angkat. Janji nak bayar sekian hb tapi tak bayar. Marah-marah bank. Jadi maklumkan masalah kepada bank dan cadangan penyelesaian. Sebaiknya bertulis. Dan tunaikan janji. Ini wajib.
  2. Jika rasa buntu boleh pergi ke pejabat AKPK berdekatan. Jangan berlengah. Sekarang AKPK boleh combine hutang rumah, kereta dan cash. Dulu cash sahaja. Itu petanda ekonomi sangat teruk sekarang. AKPK ni kekurangan dia adalah korang tak boleh buat loan lain lagi tapi kalau satu hutang tak bayar memang nama dah naik CTOS, CCRIS pun. AKPK is a good option  to consider dan mereka tak layan kalau kes dah sampai ke peringkat yang final (kebankrapan dan lain-lain).
  3. Jika libatkan premis kosongkan premis dengan segera dan serahkan kunci kepada Tuan Premis. Selagi korang tak beri kunci kepada dia sewa akan terus dikenakan. Tunggakan sila bincang untuk penyelesaian. Dan bayar.

Biasanya bank akan hantar notis tuntutan lawyer ni jika ansuran tertunggak selama 2 bulan dan anda tidak memberikan kerjasama/ gagal dihubungi. My advise is sentiasa jawab kalau bank call. Bayar sedikit kalau tak dapat full jangan sampai dia block payment, dan ikut tempoh notis yang diberikan.

Kalau gagal ikut notis ni, korang akan hadapi next step:

a. Bulan depan dapat saman;

b. Kos guaman akan bertambah = dimasukkan dalam akaun pinjaman korang habis bila nak habis bayar nanti?

Lagi satu, kalau ada perubahan alamat, maklumkan dekat bank secara bertulis supaya mudah notis ni sampai kepada korang. Ingat nak selamat tak bagi alamat terkini? Bank boleh iklankan di suratkhabar atas perintah mahkamah bahawa korang gagal dihubungi (kos tu korang tanggung lagi). Banyak kes yang dia tak tahu dia kena saman sampai bankrap sebab tak pernah tukar alamat (atau lama tak balik kampung) dan agreement bank dah termaktub guna alamat terakhir diketahui atau melalui carian IC di JPN atau melalui apa jua perintah mahkamah.

Ok. Menjadi peguam ni, kerja kerja juga. Mendapat surat lawyer adalah seperti alert bahawa kewangan anda mungkin sedang meruncing jadi keluar dari masalah tu. Tukar cara hidup, cari duit lebih, partner kena kerja, minimise/ buang perkara tak penting dalam hidup (astro, internet etc) dan bayar hutang anda. I met with several cases notis semua tak layan, saman pun rilek aje senyap, bila barang rumah kena sita menangis depan bailif mahkamah.

Banker, lawyer, mahkamah kita semua bekerja just like you. But we are human too. Kadang-kadang, semua tu berlaku sebab sambil lewa bila dapat surat lawyer. Dapat surat lawyer bukanlah penamat kegembiraan keluarga. Just act.

Oklah, jadi apa nak buat bila dapat surat lawyer? Baca dan bertindak ok. Berhenti salahkan orang lain.

Hope this helps.

Bye!

p/s: Boleh tanya soalan kalau ada yang kurang faham sebab notis ni ada banyak jenis juga

15 thoughts on “Apa nak buat kalau dapat surat tuntutan lawyer?

  1. Kak Diana, boleh buat entri pasal yang kes rumah macam saya tak?saya punya tu bukan tak jadi tau sedang mengumpul duit lawyer..hari tu dah terguna sebab ada kecemasan lain kak..

  2. I think my worst experience dlm handling saman bank is when I hv to file against a mother yg jadi penjamin anak. I tried my best to help them, tapi sampai JDS jg, x dpt elak. Cuma, at least, x sampai bankruptcy. To me, it was stressful, emotionally.
    Zurainny Ismail recently posted…Skincare Terbaik from MiessenceMy Profile

  3. kalau dapat lod tu pastu xdpt byr full byr stgah dapat ka?kalau byr stgah dorang hantar notis tarik juga ke?

  4. Hi dewi. Kalau nak buat bayaran, make sure bincang dengan bank dulu. Kalau u bayar separuh tapi bank tak setuju, mereka mungkin akan proceed juga. So apa2 hal wajib communicate dengan bank dulu. Ada orang fikir dia dah bayar separuh, settle lah. Tak begitu. Lod adalah peringkat boleh bincang lagi. Kalau saman dan lain2 akan kena bayar lebih banyak termasuk kos mahkamah. So communicate dengan bank cara nak selesaikan tunggakan tu ya.
    dalin recently posted…Cuti-cuti dan aktiviti di Bukit Merah Laketown ResortMy Profile

  5. kalau g bank nk byr tp amount nak bayar tak cukup macam bank nak.. tp still membantu kurangkn tunggakan dan lepas tu bile gaji bln 5 utang tu bole settle.. tapi bile pegi bank org bank yg incas kes loan runah ni tak layan tak terima amount nak bayar.. lepas 1mingu saya terima surat mahkamah… macam mane tu ye.. tunggakan saya belum cecah 4k sehingga tarikh 7/6/2019.. bole bagi bantuan apa perlu saya buat

  6. Hi geena. Kalau dah dapat surat mahkamah, mesti ada tarikh sebutan kes. Jadi mesti pergi court hari tu dan beritahu mahkamah nak bayar/ dah bayar berapa/ bila boleh complete. Mahkamah biasanya sangat membantu orang awam, beri peluang untuk selesaikan tunggakan, asalkan orang awam tu datang sendiri dan explain. Bawa bukti dah bayar berapa sekali. tak perlu takut nak cakap.
    Kalau tak sure tarikh tu bila, confirmkan dengan office lawyer tu.
    Datang awal sebab kes kadang pindah ke court lain dan maybe lawyer dah masuk, awak lambat.
    Minta no phone lawyer yang datang court kes awak tu (kalau boleh) supaya dia boleh masuk sama dengan awak.
    Awak berhak untuk datang dan minta tangguh dekat court.
    Kes lelong mahkamah biasanya mengambil masa berbulan-bulan juga.
    Best of luck to you.

  7. As salam, nak tny saya ada dpt printah saman ble sy run ctos report.. Sy brtukar n no. Lama sya da lama tak pakai.. Thun lpas sy da call rhb n byr tunggakan n proceed dgn byrn pmulihan sperti dicadabgkan phak bank.. Adakah saman saya still ongoing atau dibtalkan? Minta pendapat. Saya da update alamat bru dan no. Telefon incase ada pape.. So far xde lak org call psl saman ni.. Trima ksh

  8. Wsalam Hana.
    Tahu tak tahun bila saman tu dikeluarkan?
    Kalau sebelum buat pemulihan tu maknanya bank telah pun rekodkan Penghakiman lebih awal.

    Kalau baru tahun ini, boleh maklumkan bank kenapa masih saman?
    Minta maklumat peguam yang uruskan, no rujukan account dll dari bank dan contact peguam.
    Biasanya jika ada payment bank tak proceed kecuali bayaran tak cukup seperti dijanjikan/ kadangkala mereka ada clash tugas dengan debt collector (agensi luar).

    Check semula dengan bank/lawyer dan cuba setelkan sebelum dapat Penghakiman.
    Kalau dah dapat Penghakiman, make sure bayar cukup ikut jadual. Kalau tak bank boleh teruskan tindakan sita barang dan lebih 50k boleh dibankrapkan.
    Kalau tak boleh bayar at least call maklumkan akan tertangguh sebab Hari Raya/ emergency ke.

    Kalau perlu buat loan lain boleh minta release letter dari RHB tapi setahu saya ini kalau dah bayar habis (tak sure). Boleh hantar surat tu ke bank baru dan ctos untuk clearkan.

    Harap menjawab soalan.
    dalin recently posted…5 langkah asas buat foodprep dan jangan buat 3 kesilapan ini!My Profile

  9. Assalamualaikum Puan,
    Izinkan saya bertanya.. saya baru dapat surat saman hadir ke mahkamah pada 18/6 ini untuk tuntutan sewa beli kenderaan yg berjumlah RM 9.304.58. tungakan hanya ada 2 bulan dengan bayaran bulanan RM450 sebulan,selebihnya ada lah tunggakan lewat bayar dari orang yang membeli kereta saya secara sambung bayar.
    Soalan saya adakan saya patuh untuk hadir kemahkamah atau bagaimana.

  10. Wsalam. Ya sebaiknya puan hadir. Sebenarnya dalam masa 14 hari setelah terima saman puan kena failkan ‘notis kehadiran’ di mahkamah. Puan boleh ke mahkamah tersebut dan minta staf bantu utk proses ini. Notis ini bayaran rm8 rasanya.
    .
    Jika puan tidak failkan, peguam boleh masukkan penghakiman atas jumlah tersebut.
    .
    Notis kehadiran ini bermaksud puan berniat untuk hadir ke mahkamah/ ada isu dalam kes puan yg ingin diberi perhatian oleh mahkamah.
    .
    Apapun puan kena hadir juga pada tarikh sebutan tersebut. Hakim biasanya akan arahkan puan untuk memfailkan ‘pembelaan’ atau melantik peguam.
    .
    Tapi jangan risau mahkamah biasanya sangat membantu orang awam. Boleh minta sample dan guna ayat sendiri shj nanti.
    .
    Puan perlu failkan notis kehadiran dalam masa 14 hari, serah salinan notis tersebut kpd peguam bank secara pos berdaftar/ by hand, hadir ke mahkamah pada tarikh sebutan tersebut. Selepas itu barulah mahkamah akan arahkan untuk memfailkan pembelaan. Semoga dipermudahkan.
    dalin recently posted…5 langkah asas buat foodprep dan jangan buat 3 kesilapan ini!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge