Ubat kutu kucing paling best!

Hai. Perati aje blog ni tapi tak sempat nak menaip. Kalau ada masa sejam dua menaip sehari memang heaven. Ini balik-balik tengok last post rasa nak pengsan pun ada. Post kucing dekat sini selalu juga dibaca jadi saya rasa patutlah update tentang kucing lagi agar blog ini kekal relevan sepanjang zaman haha. Supaya bila masa dah time nak renew blog ni takdelah rasa membazir sangat tehehe —> menyedapkan hati. Blog ni memang my lil escape so I guess I will continue writing sampailah … (tuhan saja yang tahu kan). Baiklah tanpa berlengah lagi entri kali ini adalah berkenaan ubat kutu kucing paling best di dunia. Kenapa saya kata best? Sebab ia telah menyembuhkan kutu si gemuk bernama Tommy.

Sebenarnya dia bukanlah macam kutu. Kutu kan macam gemuk ada darah bagai kan. Dia macam gatal-gatal sebab saya selalu nampak dia tergaru-garu bawah leher. Ya kucing memang selalu buat macam tu tak sure habit ke apa, tapi setelah saya telek betul-betul dia macam ada kepingan-kepingan keras warna hitam. Pendek kata macam kelemumurlah gitu.

ubat kutu kucing paling best 3

Dia sedikit aje dekat bawah dagu, dengan bulu dekat kening pun macam dah tertanggal. Saya perasan sebab dia selalu nak melese-lese dengan saya tapi Papa kata takde apalah. Gatal sikit je tu. But I always trust a lawyermother’s instinct —> gittew. Bila pergi kedai pet di Sungai Udang on the way nak balik kampung, beritahu uncle boss kedai tu. Dia terus cakap itu macam gatal-gatal tak bagus juga nanti bulu dia pun habis gugur. Jadi apa lagi dia terus upsell benda ni.

ubat kutu kucing paling best

Ubat kutu Frontline Spray. Ayat power dia adalah customer yang beli ni semua cakap bagus mesti repeat balik. Then staf India dia pulak baik sopan-santun —> apa kaitan. Dia pun menerangkan cara nak guna iaitu spray ke badan si gemuk tapi tak perlulah banyak sekadar perlu . Lepas tu gosokkan ke bahagian yang bermasalah. Macam dagu kan dekat dengan mata jadi just sapukan aje kebahagian tu. Dia berfungsi macam ubat kutu juga. Tak perlu cuci just biarkan kering sendiri dan kalau kucing nature dia kan suka bersihkan badan sendiri kalau dia tertelan pun tak apa. Kalau keadaan kutu atau gatal-gatal tu teruk letak 2 hari sekali, lepas dah elok sekali-sekala oklah.

Jadi korang faham tak perasaan seorang ibu? Mana sampai hati tengok si gemuk ni sakit kan. Walaupun dia pengacau suka ambik space kat katil, kacau Mama masak mintak ikan, kalau tengah bad mood nak gigit kaki orang, mengganggu orang mengemop dan menyapu dengan cara berpaut di juraian mop/ penyapu, kuat merajuk asal kena marah buat-buat nak lari dari rumah selama 3 jam, tapi Mama sayang dia. Pagi-pagi dia yang kejut pukul 5.30. Eh tapi bulan puasa nanti kejut awal sikit pliz -_-”

ubat kutu kucing paling best 2

Cara guna ubat kutu ni ada disediakan.  Pendek kata masa korang beli tanya macamana nak guna. Malu bertanya sesat jalan faham? Sebab kalau google macam-macam cara ada yang pakai glove lah. Kena pandai-pandai dan agak-agak. Lepas guna cuci tangan guna handwash tu betul-betul, letak bekas tinggi-tinggi jauh dari budak-budak.

Harga ubat kutu ni RM57 uncle bagi kurang RM53. Oklah tu. 4 ringgit boleh beli pisang goreng ok mohon bersyukur. Oh masa ni saya beli ubat cacing makan sekali. Dia macam pil RM8. Masukkan aje dalam mulut lepas tu katup mulut dia. So ubat kutu tak payah sebab dah ada spray ni. Tahukan ubat cacing dan kutu ni mesti diberikan setiap bulan kepada kucing anda???

Tommy ni dah complete 3 kali vaksin dia.

ubat kutu kucing paling best 6

Vaksin mestilah cukup 3 kali nanti tahun depan baru vaksinkan semula (4/3/2018). Tapi ubat kutu dan cacing mesti diberi tiap-tiap bulan. Beli sendiri aje kalau nak murah (ubat cacing Rm8, ubat kutu dalam RM13). Setiap kali vaksin kos dalam RM80 siap ubat cacing dan kutu so dah 3 kali dekat RM240 juga. Hurm anak, anak…

ubat kutu kucing paling best 5

Ini pula rekod ubat kutu  dan cacing dia di klinik. Memang dr nasihatkan supaya jangan miss tiap-tiap bulan sentiasa bagi 2 benda ni. Mama kau pulak skema jadi haruslah Mama membebel-bebel jika kau malas makan ubat nak T_T

ubat kutu kucing paling best 9

Ok ini senarai penyakit yang boleh dihidapi oleh kucing. Jadi mohon faham betapa seriusnya masalah jika kita tak jaga kucing, dengan kita-kita sekali boleh effected. Vaksin ni ada di klinik veterinar kerajaan juga dan kalau betul-betul sibuk boleh pergi klinik vet atau kedai pet beli ubat cacing dan kutu kucing dulu. At least kita dah prevent kan. Lain-lain memang kena selalu cuci cadar, vakum karpet dan rumah especially kalau anak-anak memang hidup dengan diaorang ni. Kucing memang bersih Allah swt jadikan dia sentiasa bersihkan diri tapi biarlah kita jaga bab-bab yang tak nampak sebab dia bukan boleh beritahu dia sakit pun.

Jadi dah guna ubat kutu kucing spray ni dah sembuh ke si Tommy?

ubat kutu kucing paling best 4

Tido pakai singlet best uols dalam aircond- Tommy.

Ini adalah gaya tidur bersama kak Ica setiap malam. Dia paling sayang Ica sebab Ica yang ambil dia dari jalanan. Dalam banyak-banyak anak kucing, dia yang datang masa Ica panggil. Dia sihat aje, bertambah gemuk, kuat makan. Yang hitam di dagu tu gugur dah perlahan-lahan. Appy dalam 2-3 kali @ seminggu juga (2 hari sekali). Oh singlet beli dekat Daiso Japan tulis “Japan 10”. Aiman happy sebab ada geng pakai jersi bola macam dia. Motif kau nak wakili negara Jepun Tommy?

Singlet ni RM5-90 cute gila. Ada beberapa design lagi. I always hate kucing pakai macam tuksedo, gaun princess bagai sebab kau macam menyiksa haiwan. Tapi ni cute sangat dia pun suka pakai haha. Ada warna lain cute gila. Saje pakaikan biar nampak kalau keluar rumah panjat pokok sebab selalu ala-ala nak menyorok tak kasi nampak dia masa nak skodeng tupai pagi-pagi. Masalahnya orang nak pergi kerja kena masukkan dia balik dalam rumah. Duduk luar nanti kena pukul, kena langgar, menggatal dan tulah nanti kena kutu balik.

Hobi dia: panjat pokok tepi taman skodeng tupai dengan burung -_-”

Tapi kalau balik kita bukak lah singlet tu sebab dia nak bersihkan badan kan haha.

ubat kutu kucing paling best 7

Hobi lain kacau orang belajar. Tommy tommy. Tapi kucing ni korang tahu tak boleh mintak dia doakan macam-macam. Macam dulu saya selalu suruh Pssst Tommy doakan Aiman 8A UPKK pliz…. Dia buat bodo aje. Tapi saya tahu dia dengar 🙂 . Oh lagi satu korang kena potong kuku dia. Beli cutter kuku kucing ya. Kalau kuku kotor nanti berpenyakit juga. Mandikan selalu.

ubat kutu kucing paling best 8

Ini Siti Robiah. Baru datang. Aiman tanya kenapa nama dia Siti Robiah Mama? Oh sebab kita boleh panggil Roby nanti. Barulah glamer sikit macam nama Mama Diana.

Siti Robiah mulut dia tak tahan. Dah bagi makan menjerit bagaikan diberi makan ubi kayu di zaman Jepun. Oh Tommy sekarang tak nak makan Royal Canin sebab dia lagi suka makanan kucing (kibbles) biasa. Hai berjiwa rakyat marhein sungguh Tommy. Ke Tommy tak percaya PM cakap bahawa ekonomi Malaysia kini berkembang pesat menuju TN50? —> tetiba sangat

Itu sebablah dia ni dah lah tak suka makanan berkhasiat, jadi jagalah bab vaksin, ubat cacing dan kutu dia kan. Moga-moga Tommy panjang umur sampai next vaksin. Dia macam penyeri rumah tau, kelakar jugak dia ni. Hanya cat lovers aje yang faham perasaan ni kan. Kadang malam-malam dia tidur dekat kepala kitorang, I read an article yang beritahu itu tunjukkan bahawa you are the king/ queen in his heart. Tahu kan Nabi Muhammad saw ada kucing yang bernama Muezza? Dan kucing adalah haiwan kesayangan Nabi?

Dan kau Siti Robiah @ Roby, kau tunggu Papa membuat pembanterasan kutu/ gatal-gatal di tubuhmu nak. Jangan harap kau nak memasuki keluarga ini tanpa mengamalkan ciri-ciri kebersihan yang murni menurut Islam ok. Tehehe.

Ok mana yang silap tolong betulkan. Mana gurau terlebih maaf ya. So happy dapat blogging today. Thank you for reading – Ubat kutu kucing paling best. Bye!

Hi just check out this video from my friend masa belajar dengan Irfan Khairi dulu. Banyak rupanya video tips ubat kutu kucing dekat Youtube. Hope this helps.

5 thoughts on “Ubat kutu kucing paling best!

  1. Yalah en khairul. Tapi berkesan kan. Spray ni saya guna sekali-sekala untuk prevention. Yang spot on lebih mudah nak handle sebenarnya.
    diana recently posted…Hello world!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge