Kadang-kadang

Rasa macam menyesal tak bawa laptop dan blogging masa kena tunggu lama-lama

Macam minggu lepas kena tunggu turn yang ke 26 kena panggil dekat court

Sebab pendaftar bercuti jadi sorang pendaftar aje yang dengar semua kes

3 jam menyesal tak bawa laptop.

 

Kadang-kadang rasa

I should blogging masa tunggu sambal tumis nak garing

Or tulang rawan lembu yang rebus buat sup jadi lembut sampai daging tertanggal dari tulang

Tapi

Di antara masa -masa itu

I will check buku rujukan anak hari ni nak buat latihan apa

Kaut baju kotor dalam bakul campak dalam mesin basuh karang nak mesin

Sapu rumah, lap meja berhabuk

Dan lap peti sejuk.

 

Kadang-kadang

I really miss writing

Lepas sembahyang tenung laptop dengan wayar yang berlingkar

Ada mouse pad kat tepi

Papa cakap Mama lepas semua hal anak exam-exam ni selesai

Nanti Mama menulislah semula

And I just smile

 

Kadang-kadang

Kau rasa kurang dan hilang

Kurang apabila kau selalu memberi

Hilang bila kau tak dapat buat apa kau suka

Tapi bila fikir Dia letakkan kau di tempat

Yang 3 kali lebih baik dari seorang bapa

Membuatkan semua rasa kurang dan hilang itu rasa berbaloi untuk dilalui

 

Kadang-kadang

Rasa lelah sungguh menjadi seorang ibu

Rupa-rupanya dengar ustaz cakap

Setiap titisan peluh, masakan, kasih-sayang dan semua yang kau beri

Adalah sedekah jariah kau untuk di sana nanti

Tidak ada sehelai daun yang gugur yang tidak diketahui Dia

Apalah sangat untuk mendengar keluhan, resah dan rasa hilang kita.

 

Dengar orang panggil kita Mak, Mama, Ibu is a gift

Getting a big hug is a gift

Anak request nak makan itu ini is a gift

Kadang rasa kaki menggigil sebab berdiri lama dan penat sangat

Dengan harapan kerja rumah akan membakar like 13000 kalori every day

 

Jadi Mak, Mama, Ibu

You sacrificed a lot

And no worries – Dia tahu

 

Selamat Hari Ibu kepada semua pembaca blog ini

Hari Ibu adalah hari di mana kau rasa bersyukur kau adalah seorang ibu atau

kau ada seseorang yang kau panggil Ibu…

7 thoughts on “Sometimes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge