Projek diy rak tergantung bilik kanak-kanak

Hai. Lama juga saya tak update projek diy di rumah saya. Sekarang tengah sibuk reorganize my life – gitu ayat dia haha. Contoh macam perkara yang buat saya jadi tak produktif @ lambat, saya cuba cari solusi dia. Macam pagi selalu tension kena ambil mekap dalam handbag (yang selalu berubah-ubah perletakan dia), jadi beli lagi 1 set untuk kat rumah. Selalu cari inner tudung tak jumpa —> masa tulah nak hilang dalam almari -_-“, sekarang gulung kemas dalam container tergantung tepi cermin bila nak pakai zass ambik je. Begitu juga dengan weekend prep untuk bahan masak, semua dah siap perap etc, barang masak next week dah siap balik kerja terus singsing lengan. Dulu selalu tension semua orang kat rumah tak reti nak recycle botol/ kertas/ kaca sekarang saya ada stesyen recycle dekat stor yang saya try error sendiri. Banyak lagilah perkara kecil yang saya invent hasil dari baca blog Jen. Tak perlu tiru dia tu proper sangat. As long as perkara tu berhasil untuk keluarga kita, kita jadi lebih produktif etc, we win. Tanya diri sendiri, apa perkara yang selalu beri masalah pada aku? Then try to settle it. Bila kita lebih organized, kita akan lebih gumbira!

Oh the latest invention adalah diy rak tergantung bilik kanak-kanak ni. Budak-budak ni lagi banyak kita beri dia ruang macam almari/ rak ke, lagi macam-macammmm yang disimpannya. Macam Aiman dan Ica masing-masing ada rak ni untuk simpan barang kesayangan masing-masing. Dulu pernah bagi rak lagi besar tapi sekejap aje kemasnya, lepas tu kita yang pening. Masing-masing ada 1 tong mainan juga, yang lain simpan dekat stor. Bila mainan banyak-banyak ni dia biasa main bila ada sepupu datang aje, bukan main berpesta lagi dalam bilik. Bila anak dah besar ni diaorang banyak membaca macam komik, buku ke. So less the toys.

Rak ni actually dia buat macam rumah Barbie dulu, lepas tu rak buku, lepas tu dah tak ada apa-apa pulak. Nak kasi orang sayang pulak sebab takut nak guna lagi. Jadi saya cakap dengan Papa boleh ke kita gantung aje rak ni dekat dinding. So saya senang nak sapu bahagian bawah dan dia pun tak boleh letak mainan banyak-banyak haha itu aje motif dia. Papa kata ok boleh ada dia terangkan konsep kerja yang nak dibuat nanti hakak angguk-angguk je buat muka paham padehal outz terus. Itu konsep dia ye uols, bila pasangan kita terangkan sesuatu, dengar dengan khusyuk, buat muka faham. Biasa saya akan tanya apa yang perlu dibeli sebab hakak nak tulis, I minah tulis nota ok. Jadi bila keluar saya akan ingatkan ha joms kita beli barang nak diy ni.

diy rak tergantung bilik kanak-kanak

Bukan main terik pulak gambar ni dah edit haha. Bilik ni gelap sikit dah tu malas nak edit manually light bagai tu. Jadi sila pasrah. Rak tu asalnya adalah rak buku biasa 3 tingkat.

Rak ni kalau diperhatikan betul-betul ada dah kena conteng dengan marker bagai. Dulu kan jadi rumah Barbie jadi ada ditulis macam – cafe, kedai buku bagai entahlah hakak pun tak faham jiwa anak-anak ni. Barang-barang ni ada nilai sentimentallah kat dia (Ica) macam rumah arnab Sylvannian Families tu beli guna duit raya tahun lepas, roti sandwich tu Ibu dia kasi (ibu = nanny) dan macam-macam kenangan lagilah. Cita-cita nak jadi doktor haiwan okeh. Baru perasan dia ni memang suka arnab. Saya cuma pesan jangan jadi doktor haiwan yang membosankan, jadi yang lain dari yang lain sikit. Haha suka bagi nasihat lepas tu tak faham camne nak terangkan kat dia. One fine day you will understand.

#uniquesellingproposition

Oh barang yang nak digunakan adalah ini:

diy rak tergantung bilik kanak-kanak 2

Alatan yang digunakan adalah besi sesiku L (sesuka hati bagi nama haha) atau Papa kata “bracket” nama dia (yang putih tu). Mula-mula uols hendaklah ukur saiz rak yang nak digantung. Nak gantung secara menegak pun boleh ya tak ada masalah. Skru-skru itu biasalah Papa dapatkan dari toolbox dia sendiri. Bila dia pegang toolbox lepas tu drill gun suasana serius ok. Begitu berhati-hati memilih suami saya ni haha. Mula-mula dia drill besi kepada rak itu dahulu di lantai. Lepas tu baru naikkan ke atas setelah diukur kelurusan dengan timbang air (timbang air adalah pembaris yang nak tengok barang korang yang nak digantung macam frame, rak lurus ke tidak, faham? ya wujud alatan itu). Lepas tu dia drill aje pada dinding sorang-sorang. Saya pun macam pelik eh dah siap dia cakap tak berat sangat rak tu. Rak tu pun dah terkopek-kopek di situ mana yang kena air tumpah bila anak buat eksperimen bagai.

Jadi itulah hasilnya. Rak Aiman warna biru pun digantung atas meja study dia. Rak ni tak mahal dalam RM20-30 aje, dan bracket tu berharga RM6 satu di Mr Diy. Beli 2 jadi RM12 sahaja. Ini contoh bracket yang dijual di Mr Diy. Boleh beli ikut panjang dan ketebalan yang sesuai dengan rak kita.

diy rak tergantung bilik kanak-kanak 5

So far saya suka projek ni sebab dia tergantung senang nak kemas/ sapu bahagian bawah. Budak pun tak kejap-kejap tukar barang kat situ. Kira barang yang paling disayangi aje letak kat sini. Yang lain boleh letak dalam tong bawah study table. Ica excited sangat nak susun barang dia masa ni biasalah dia ni semua excited aje. Happy kids = happy family.

Oklah jumpa lagi di next diy project. Guna barang sedia ada dan jadi inovasi sikit je beli barang tambahan di Mr Diy.

Bye!

2 thoughts on “Projek diy rak tergantung bilik kanak-kanak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge