Assalam.

Semalam balik dari kerja luar singgah 7 Eleven.

Kat Melaka sekarang hampir semua 7E ni dah upgrade ada macam pastry bar, coffee bar bagai (ada mocha macchine tu) kira ada tempat lepak duduk-duduklah.

Tapi hakak idakle nak melepak ya cuma perut dah membunyikan irama keroncong jadi biasa singgah situ untuk beli roti dan majalah.

Masa parking nampak sorang atuk ni maybe Chinese tengah berdiri tegak aje depan kedai tu. Macam jauh dia melangut. Melangut ni paham tak dia macam merenung jauh gitu. Selain tu ada uncle2 lain yang biasanya Portugis sebab 7E ni dekat dengan perkampungan Portugis. Orang Portugis ni kulit macam Melayu cuma muka tu macam ada mat saleh sikit paham tak uols. Ni bahana jadi cikgu tuisyen anak jadi semua nak disimplifykan, diterangkan agar orang paham walaupun takde sape kesah pun wakaka T_T

Rupa atuk yang tadi tu sebenarnya ada rupa arwah atuk saya.

Tapi saya jalan sahaja melepasi dia masuk dalam, beli apa patut dan keluar balik.

Bila saya keluar ini yang tak tahan nak tengok dia tengah kuis-kuis wallet. Tak pasti dia tengah kemaskan resit ke macam saya selalu buat, susun duit kertas dalam tu ke ini anak saya Ica pun terikut perangai saya haha. Tapi itulah dia tengah kemas-kemas wallet dia. Berdiri mengadap jalanraya- depan pintu 7E.

Saya berjalan melepasi dia dan masuk kereta.

Lama saya perati last-last… saya nampak dia ikat wallet dia dengan getah.

Hati berperang tadi nak nak hulur duit ke sebab macam tak proper lak kan dah kau tetiba angat nak bagi duit kat orang. Saiko ke kau ni?

Hati saya terfikir eh atuk ni nak beli barang ke tadi kesian dia.

Saya memang kalah bab ni. Jumpa orang macam atuk saya. Kadang nampak motor Vespa pun dah syahdu.

Terus teringat lama tak sebut nama dia dalam doa, macam … Atukku Hj Said bin Ahmad. Selalu sebut in general macam .. ahli keluargaku.

Macam saya terlupakan dia.

Atuk saya ni suka kucing tau. Masa dia dah meninggal, kucing-kucing dia masih tunggu kat rumah pusaka tu lama sampai dekat 1 bulan macam tu. Pak Busu saya balik kampung jenguk rumah terperanjat tengok semua kucing nearly belas-belas ekor masih duduk dalam rumah, depan tv, dekat kerusi malas Atuk. Rumah kampung dorang boleh keluar masuk dekat bumbung zink tu ada lubang. Lama juga Atuk duduk sorang-sorang lepas nenek meninggal jadi keluarga saya gilir-gilir hantar makanan dekat dia. Ada sekali saya hantar lauk dia tengah sedap je borak ngan kucing. Bila tanya – Atuk cakap dengan sape tu Tuk???

Dia sengih aje.

Masa tu rasa nak hantuk kepala kat dinding pun ada sebab dah atuk kau lonely sangat sampai berborak dengan kucing??? Kalau pergi tolong kemaskan dapur dia, cuci pinggan, basuh periuk nasi yang dah rendam, kemas-kemas sikit. Nanti dah siap cakap:

Atuk, Ana pergi kerja dulu eh!

Yolah. Baik-baik….

Memories.

Atuk sorry lama tak sebut nama Atuk dalam doa.

Harap Atuk gembira dan bahagia kat sana dengan nenek.

No one can ever replace you.

Your kindness, your smile.

So lucky to be one of your cucu.

*****

Dalam hidup ni kadang jarum masa bergerak dengan begitu pantas.

Kadang kau lupa Tuhan ingatkan kau supaya toleh ke belakang dan pandang kiri kanan.

Bila kau lari laju tak salah untuk kau kadang-kadang step ke belakang sikit mengenang benda-benda yang membina kau sehingga hari ni.

Kasih sayang Atuk membawa saya ke tempat saya berada pada hari ni.

Tq atuk di 7E.

Jumpa atuk mengingatkan saya kepada salah seorang manusia yang sentiasa percaya kepada saya. Atuk.

#hidup atuk-atuk–>tetiba sangat

#send a prayer to your atuk nenek. Yes now!

#do a small act of kindness today for them (smile, help a stranger, feed a hungry cat). Apa yang mengingatkan kau kepada mereka.

2 thoughts on “Lupa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge