Kenapa aku?

Hai.

Tengahari Jumaat adalah waktu best nak blogging uols.

Dalam bulan lepas saya ada jumpa seorang Ceo company ni. Company ni link dengan MAIM. Projek tak dapat saya nak terangkan sebab kerja saya ni tertakluk kepada kerahsiaan.

Haji ni adalah antara manusia yang bila kita jumpa rasa dah lama kenal. Sebab mungkin kita sama bulan lahir ke, benda-benda macam tu lah. Projek ini ada melibatkan golongan asnaf di negeri Melaka.

Mula dia bahasakan saya, awak. Lama-lama dia bahasakan diri dia aku juga bila bercerita masa meeting.

Benda yang saya ingat sentiasa adalah:

Na, kau tahu kadang-kadang aku tak faham dalam ramai-ramai manusia dekat dunia ni, Allah pilih aku Na untuk tolong golongan asnaf ni.

Kenapa aku Na?

Allah minta aku tolong dengan kepakaran aku yang jadi penjawat awam sepenuhnya kemudian dipinjamkan kepada state untuk membantu golongan ni menerusi syarikat ni.

Kadang rasa penat Na sebab memang letih sangat nak jayakan projek ni rasa nak putus asa aje.

Tapi bila aku fikir hidup aku smooth aje Na.

Aku amik VSS kerja bank 20 tahun lepas, tapi sambung master dapat masuk gomen. Lama kerja ulang-alik Melaka Putrajaya kena panggil balik Melaka curah bakti dekat sini, dekat negeri aku sendiri. Anak-anak aku semua dapat scholarship Na masuk uni. Aku cakap dengan anak-anak aku inilah yang kau semua kena kejar dalam kehidupan.

KEBERKATAN.

Aku dulu kerja pegawai penguatkuasa Na. Orang tunggu aje nak bagi duit dekat aku. Tapi aku tak nak.

Jadi bila aku tanya balik kenapa Allah pilih aku untuk tugasan maha penting ni Na? Aku fikir inilah masa untuk aku berbakti, dengan kepakaran yang Tuhan beri pada aku. Segala pengalaman yang aku lalui dulu meletakkan aku di tempat aku berada sekarang.

Saya terdengar macam ohhhhh. Jarang jumpa Ceo company yang cerita macam ni.

Lama juga kita discuss tentang projek ni, apa yang saya patut buat, sekarang dah half way. Alhamdulillah.

Masa balik dari meeting tu saya cakap dengan Haji:

Saya rasa saya tahu Hj kenapa Hj yang kena buat semua ni?

Kenapa tu Na?

Sebab Hj aje yang sanggup buat projek ni dari scratch, bersusah-payah dan berpening kepala. Orang lain mungkin tak sanggup.

Because you are the chosen one Haji.

Dia sengih aje.

Mungkinlah Na.

Na kau kena ingat kenapa aku petik nama company kau dalam banyak-banyak senarai panel? Kenapa aku tertekan no phone company kau? 

Saya gelak besar sebab company saya memangggg tak glamer kat Melaka.

Sebab mungkin kau yang boleh tolong aku Na.

Saya sengih aje. Dalam hati dah dup-dap-dup-dap dah matilah aku this is not an easy job.

****

Dalam hidup ni memang beribu kali kita akan tertanya kenapa kita kena melalui semua benda-benda yang kita hadapi dalam hidup ni.

Ada perkara tu sampai sudah tidak akan memberikan kekayaan, pangkat dan segala bentuk kemahsyuran di dunia ini. Nama kau tak akan tertulis dekat mana-mana pun so no one will remember you. Kau kekal jadi diri kau macam hari ini juga.

Jauh dalam hati kita teringin juga nak hidup senang-lenang tak yah susah-susah kerja, duit simpan dalam almari je, glamer macam retis and to get recognition.

Tapi bukan itu perkara yang patut kita kejar di dunia ini.

Kita kejar KEBERKATAN agar hidup kita mudah dan lurus sahaja menuju kepada Ilahi. Bila kita nak lelapkan mata malam-malam kita rasa bersyukur sangat dengan kehidupan kita, tidur pun lena —> ini bahagia.

Meeting with Hj mengingatkan saya dengan Tim Tazkirah net.

Dalam hidup ini Allah tidak saja-saja pilih kau untuk bertembung dengan orang susah, kucing yang kelaparan mintak makan kalau tak semua itu adalah ujian untuk menguji keikhlasan hati kita.

Tentang apa yang kau pilih, dunia ini atau dunia selepasnya?

And yes, because you are the chosen one, to get the pahala and keberkatan. Insya Allah.

# doakan projek Hj ni berjalan lancar okeh. Projek ni macam mengupgrade kehidupan asnaf negeri Melaka dengan memberikan kepakaran dan kerja tetap yang agak lumayan. Insya Allah. Tq

2 thoughts on “Kenapa aku?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge