Joyah Sport

Hai blog.

Seminggu sekali dapat jenguk blog urmmm.

Kehidupan saya berkisar dekat rumah, suami, anak, kerja, mak, ayah, mama, papa. Dah lama betul kot tak jumpa member-member walaupun ada aje yang datang ke Melaka ni. Mungkin ada yang kecil hati ke sebab saya memang tak boleh selit masa sebab kalaulah saya boleh beritahu jadual saya yang tak menentu ni. Sekarang Ica pun saya hangkut masuk ofis petang sebab ibu dia masuk hospital sejak bulan lepas. Sebahagian tapak kaki kena potong sebab kencing manis kesian betul tak sampai hati nak tengok.

Jadual lain adalah jadi cikgu tuisyen malam-malam. Aiman ni kelemahan besar dia adalah subjek Maths sebab dia tak reti nak keluarkan masalah tu dari soalan problematik. Kalau dalam nombor dia boleh aje buat. Kadang dah tak reti nak ajar dia macam mana nak hangen pun ada haha. Kita dua orang ada pakatan kalau sesiapa dah tak larat atau letih sangat, maka hendaklah kita menutup buku dan beredar dari kawasan kejadian haha. Sebab mak-mak ni emosi tau kalau termarah anak nanti besok nak kerja pun tak fokus. Padahal budak tu rilek aje takde rasa apa pun. Tapi Aiman kalau kena tegur dia akan buat banyak sangat latihan esoknya secara sukarela (tanpa disuruh). Sebab saya selalu cakap dengan dia Aiman hanya akan berjaya bila Aiman boleh berdiri atas kaki sendiri dan bukan harapkan orang lain lagi. Macam UPKK dia belajar sendiri aje tanpa perlu saya tercongok tepi meja temankan ke. Cuma kena ingatkan ok hari ni study 1 subjek gitu.

Subjek lain macam BM, BI, Sains oklah kita on the way gitu. Bab ajar anak ni kawan saya pun dah panggil saya Cikgu Bedah. Tak kesahlah Cikgu Bedah pun ok. Kalau mak bapak cakap UPSR ni tak penting bagi saya tu poyo @ nak menyedapkan ati sikitlah sebab ilmu masa sekolah rendah ni adalah basic dalam hidup kita. Bila ajar dia ni saya tengok benda yang saya apply hingga sekarang macam pecahan & peratus untuk kira interest late payment beli rumahlah dan macam-macam lagi. Kalau BM dan BI pulak untuk tulisan kita sehari-hari. Sains pulak memang basic yang kau kena tahu agar kau tak digelar manusia purba di zaman tekno ini. Takdelah dalam hidup ni kita ni hari-hari nak guna algebra, janjang aritmetik bagai balik-balik kau kena guna sifir tulah balik kan. Kalaulah dulu Cikgu Mokhtar tak threaten nak ketuk dengan pembaris kuning, atau berdiri atas meja/ kerusi, mesti sampai hari ni saya bongok sifir = loser.

Maksud saya asas sekolah rendah ni adalah asas kehidupan. As long as kita cuba berikan yang terbaik dan anak kita dah berusaha oklah tu. Ketinggalan dalam belajar benda-benda asas ini akan buat kita jauh ketinggalan berbanding orang lain. The pressure is there. Tapi kalau pressure UPSR ni pun kau gagal hadapi, bagaimana kau nak hadapi hidup yang penuh gelombang ini? Tetiba sangat gelombang uolls -_-”

Bila ajar anak ni kena selalu try and error. Saya sentisa cuba method baru untuk simplify benda dekat dia. Bila letih sangat belajar kadang kita semua 1 rumah rileks 2-3 hari. Pergi themepark ke, jalan-jalan jauh sikit ke. My main concern adalah Maths dia sebab subjek itu sahaja dia still kena belajar berteman lagi. Yang lain dia dah boleh belajar sendiri cuma kena peringatkan aje.

Aiman ni mat sport. Dia boleh tahu nama setiap pemain, setiap posisi team-team bola dekat Malaysia ni. Kalau bukak Astro sentiasa channel sports. Sentiasa masuk pemilihan semua sukan dekat sekolah tapi tak pernah terpilih. Kadang bila dia balik rasa kesiannnn sangat tengok sebab dia tak terpilih. Saya biasa bagi contoh macam Abang Nazali Noor penulis buku Ulu Yam di Liverpool- ala rileklah bro abang boleh jadi pengurus pasukan ke, penasihat taktikal ke nanti, atau abang belajar dekat oversea boleh tengok live ke nanti. Tapi dia memang jiwa sports, dia cakap dia nak main.

Kalau nak suruh dia belajar pun senang aje, buat dulu homework itu ini, nanti petang boleh main bola. Dia sangguppp buat semua tu asalkan petang nanti dia boleh main dalam sejam depan rumah. Dan saya memang lebih suka dia bersukan daripada join media sosial ni. Memang dia tak ada akaun pun.

Minggu lepas dia masuk pemilihan bola baling, sekali dia terpilih pulak wakil sekolah. Dia punya happy tu tak boleh nak cakap. Nak tidur pun senyum. Daripada banyak acara balapan, bola sepak, rupanya bola baling rezeki dia. Saya mula-mula rasa jammed jugak sebab dia akan miss banyak kelas tambahan, tuisyen jadi saya cakap jangan masuk. Lepas tu bila fikir punya fikir adakah saya nak tinggalkan memori macam:

Sebab Mak tak bagi aku masuk bola baling dulu, aku macam sedih gila….

Dalam  hidup ni kita ada sesuatu minat atau kesukaan. Aiman suka sukan in particularly bola. Walaupun minat ni akan berubah mengikut umur/ zaman/ masa, tapi itulah kesukaan kita kan. Entah kenapa banyak teringat dekat buku Ulu Yam di Liverpool masa ni. Macam saya terlalu suka menulis. Saya tahu betapa terlukanya hati jika tak dapat menulis sekerap seperti dulu yang mungkin dibaca oleh ribuan orang. Sometimes I cried in toilet sebab rindu sangat (haha pecah rahsia).

Kenapa saya perlu curi impian dia nak menjadi ahli sukan? Hanya kerana nak memuaskan hati saya?

Jadi saya benarkan dia wakil sekolah untuk bola baling. Tapi dengan syarat.

Syaratnya adalah jangan jadi ahli sukan yang biasa-biasa. Jadi yang luar biasa. Jadi ahli sukan yang berjuang habis-habisan untuk menang, tutup aurat dan jaga solat. Solat walaupun dekat tepi padang bila dah masuk waktu. Jangan biar orang cakap dekat Mama:

Ha biarkan lagi anak bersukan, pelajaran dan agama entah ke mana.

Just don’t.

Jadi ahli sukan yang ada otak, macam dekat paper tu. Semua straight A dalam SPM.

Waktu nak pergi training dia call saya dekat office. Dia bagitahu dia dah buat latihan dan kejap lagi nak pergi training. Lepas tu dia cakap perlahan:

Mama, I love you…

Thank you Mama….

Setiap kali nak pergi training mesti cakap gini.

Aiman ni susah nak cakap I love you haha.

Saya tahu dia sangat menghargai decision saya benarkan dia join sukan di saat-saat getir nak UPSR ni.

Well, all work and no play makes Jack a dully boy kan.

Teringat dulu Abang Zam gigih main bola, masuk kadet lah masa nak exam. Dalam bilik asyik berlatih kawad dengan lap kasut sampai kilat tak sudah-sudah. Yang saya tukang tengok step dia betul ke idak     -_-“. Bertabahlah mak bapak saya masa tu kan haha. Perangai saya apa saya lupa pulak. Maybe suka bergayut kat telefon rumah masa tu haha.

Dulu ada kartun Joyah Sport dekat majalah Ujang ke Gila-Gila macam tu. Kartun Joyah Sport ni pasal dia ni suka bersukan. Kartun dulu-dulu deep tau macam From Taiping With Love sweet jer percintaan dia. Dulu saya follow kartun Uda dan Dara dekat suratkhabar. Majalah Ujang dengan Gila-Gila kira macam kitab lah dulu. Majalah URTV dengan Media Hiburan pulak ada ruangan berkenalan Mama Juwie ada gambar dengan alamat. Kira macam facebook lah boleh add friend kat situ hahaha. Eh dah kenapa kau lari tajuk.

Blog ni dah jadi my personal journal pulak ye.

Oh kesian korang kena baca.

Aiman good luck untuk game Sabtu ni. Belasah aje diaorang tu. Kalau jadi pemain simpanan pulak jangan lupa mengsaikokan pihak lawan dengan jeritan yang padu dan bernas. Dia macam lawyer, kat court kita gaduh, keluar aje pintu tu eh jom pi minum kat cafe. Ape korang ingat wrestling aje ada drama???

Oh Aiman I will always love you. Will support you in everything you do. Sometimes I ll be a bit psycho but I ll find my way back home haha.

Mama memang bukan Joyah Sport cuma dorang panggil Mama joyah aje dulu sebab becok sangat hahaha—> tetiba nak gembira. Ala Joyah cerita Opah tapi hakak lagi curlass okey….

Bye uols. Till we meet again

-From Melaka With Love-

#tqabangnazalinoor

#uluyamdiliverpool

One thought on “Joyah Sport

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge