Suami paling tak sweet

Hai.

Amazing sungguh menulis lagi malam ni.

To get the momentum maybe?

Tadi blogwalking jumpa 1 blog ni terus terdetik nak menulis balik. Blog tu my silent reader. Siapa dia biarlah rahsia.

Tunggu Papa balik sebab dia ada kerja hari ni. Dah umur-umur separa emas macam  ni tetiba nak emo tak boleh tido kalau Papa takde. Dulu selalu gelakkan sape-sape yang poyo bagitahu husband takde takleh tido. Bukan apa sebab saya biasa letih sangat kalau time nak tido tu, akan call dulu bgtahu nak tido lepas tu tido terus. Sebab jenis letak kepala kat bantal terus belayar ibarat bom meletop di Nagashima pun tak bangun nanti. Ok ni lawak hambar sangat haha.

Sekarang ni kalau tengok drama tv ada satu senario yang kalau nak suami sweet isteri kena cam bajet-bajet garang, kuat merajuk, kurang ajar pun ada, melarikan diri dari rumah, memalukan keluarga mentua kira cam gitulah.

Lepas tu suami tu kira sweet angat kalau biarkan aje isteri tu buat semua tu sebab isteri tu cantik, oh aku cinta padamu, biar isteri kurang hajar dekat famili sampai akak tengok cerita tu rasa nak lempang para pelakon??? Ok ni imaginasi sahaja ok. Remember I ada basic taekwondo?—> tetiba

Lepas tu paling tak tahan adalah cara nak kahwin paling senang walaupun kau adalah CEO syarikat konglomerat bangunan bertingkat-tingkat dengan kena tangkap basah? Penat tau akak dulu nak kawin kena pergi kursus dekat Tampin lepas tu persediaan hantaran, kumpul duit pelamin, pergolakan emosi dengan keluarga (biasalah pengantin perempuan pasal goodie bag pun nak emo haha) like what the heck is this drama?????

Itu ke takrifan suami paling sweet?

Saya rasa, suami paling sweet adalah:

-orang yang diam aje bila kau marah tapiiii dia akan guide kita lepas kita cool. Sebab orang perempuan ni jenis suka ikut perasaan dia. Admit je girls.

-sweet juga bila dia ajar supaya kita bila ada masalah perasan terkecil hati, tersayu dan berapa banyak terrr di awal perkahwinan itu agar tidak membawa benda tu sampai ke pengetahuan kedua-dua keluarga. Saya ingat lagi masa awal kahwin suami saya pesan kita gaduh ke, merajuk ke biarlah dalam lingkungan kawasan 4 segi ini sahaja. 4 segi bermula dari bilik yang kitaorang mula tinggal di rumah mentua saya dan kemudian ke rumah sekarang. Pesanan 4 segi itu saya simpan sampai ke hari ni. Kalau awal-awal 2-3 tahun kahwin tu erm biasalah orang perempuan ni banyak memendam dia pun tak faham diri dia. Banyak nau pergolakan emosi di sittew. Ditambah dengan kehadiran insan comel menangis buat dia tak cukup tidur malam, badan pun Michelin dah, memang dia akan emosiiii sangat. Tapi apa-apa hal pun janganlah sikit-sikit lari balik rumah Mak macam menjatuhkan maruah suami pun ada.

-sweet bila kau sakit dia take over semua kerja rumah. Walaupun kau mempunyai spesifikasi kerja yang tinggi dengan pinggan dah kering letak di sinun, mangkuk di sini, tapi sebab kita dah terbongkang tak larat bangun dia tetap buat dengan gigih mengikut spek dia sendiri haha. Dulu kan masa awal kahwin inilah masalah dia, masing-masing nak ikut style dia. Bila anak dah besar-besar ni saya dah loose sikit pasal spesifikasi ni sebab diaorang pun tolong buat kerja rumah. Jadi selagi rumah tu ok lah kemas, kerja-kerja lain pun diaorang tolong saya ok je. Kalau mood nak kemas beria-ia tu dah sampai biasa semua orang kena pergi outing so saya boleh kemas sepuas hati hehe.

Sweet bukan bila kau iyakan aje apa perangai orang yang kau cintai.

Sweet adalah dia bersabar, perati aje tapi dia tahu dia boleh bentuk kau dengan cara dia yang tersendiri.

Cinta adalah apabila kau tidak mudah untuk memalukan dia di hadapan kenalan atau keluarga dia.

Cinta adalah tentang give and take dan bukan kau sahaja yang perlu memberi.

Cinta kadang-kadang perlukan masa untuk kau betul-betul kenal orang yang kau jumpa setiap hari itu.

Cinta adalah bila kau teringin nak makan burger special malam-malam buta, tiba-tiba dia bawak balik sebab dia terasa macam kau suka walaupun dia tahu kau dah tido. Tapi kau bangun sebab kau memang dasar kuat makan haha.

Cinta adalah kau teringin nak makan cempedak lepas tu satu hari dia cakap cempedak belum musim lagi. Oh dia pergi cari rupanya.#bukanmengidamplizdontspeku

Cinta adalah bila kau tak boleh tidur sebab kau rasa tak biasa bila dia tak ada.

Cinta adalah salah satu perasaan yang kau harus ucapkan syukur kepada Dia setiap hari kerana kau diberi peluang merasainya dengan orang yang kau cintai dan perlu di sepanjang hidup ini.

Seriously, suami paling sweet memang bukan 100% macam kat tv.

Kalau pun suami kita sweet, kita ni sweet angat ker dengan dia???

#sweetpunujiantuuols

Bye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge