Hai assalam.

Masih ada ke yang baca.

Lately I lost interest to check on this blog, to blogging, maybe because of my-all-day-long-outing-schedule=tired.

Tapi cukuplah cerita pasal kerja, malam ni saya nak tulis pasal benda lain.

Kalau ada yang baca blog ni, mungkin perasan yang saya ada cuba menghafal Surah Al-Kahfi ayat 1-10 sebelum ni kan. Semua ni sebab ada sekali Aiman cakap dia dah hafal, jadi kalau saya tak hafal pun tak apa. Nanti dia nak selamatkan saya. Entah kenapa perkara tu sentiasa mengetuk pintu hati saya pada setiap malam Jumaat macam ni, bila saya panggil Aiman untuk ingatkan baca.

Perjalanan menghafal tu memang kelakar pun ada. Pagi takde dengar radio dah dalam kereta, hafal. Screen shot ayat yang nak dihafal hari tu lepas tu sentiasa baca di waktu senggang ewah kosa kata haha. Paling tak tahan tengah-tengah malam terjaga terus baca ayat yang nak hafal hari tu. Kadang-kadang rasa eh aku ni sibukkan nak update kat blog ke atau kau betul-betul nak hafal, untuk menghadapi saat-saat berdepan dengan Dajjal itu nanti???

Bila dapat hafal gembira bukan main terasa macam oh inilah jiwa seorang hafizah okey—> perasan oh tolonglah. Oh memang cuba elakkan pergosipan sebab serius kalau mulut tu rasa nak mengecam klien orang atau bergosip, otak memang jadi lembab nak menghafal.

Teknik nak menghafal pulak pelbagai seperti teknik menulis di telapak tangan, menulis di angin lalu–> haa kau mampu? Dia macam bayangkan kita tulis then otak kau membayangkan sambil membaca. Lepas tu kalau ayat tu ada awalan macam “…Iz” punyalah terpaksa membayangkan watak cerita drama Melayu iaitu Izz Heyqal haha. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa hambaMu ini yang lembap menghafal ini dengan kaedah-kaedah merepek ini. Amin.

Tapi semua itu sementara sahaja. Maksud saya bila kau menulis di tapak tangan, di angin lalu nanti dia macam ajaib sangat, bila kita dah hafal, ayat-ayat tu akan meluncur laju sahaja bersambung-sambung nanti.

Oh ya lagi satu teknik yang baik adalah membaca dengan maknanya. Jadi secara tak langsung kita belajar bahasa Arab. Macam ayat 7 ada perkataan ziinatan buat saya teringat kawan saya nama Zeenat yang bermaksud perhiasan. Jadi bila lupa ayat tu terus oh ini ayat yang dunia ini adalah perhiasan sahaja tu lah. Sikit-sikit bolehlah recall kan.

Saya complete menghafal 2 minggu lepas. Jadi minggu ni kali ke 2 saya membaca Surah Al-Kahfi ayat 1-10 pada malam Jumaat sendirian bertemankan Al-Quran yang ditutup.

Setiap kali baca entah kenapa air mata akan jatuh berguguran.

Saya budak sekolah biasa, nakal pulak tu, jahat tak nak mengaku tu tak pernah pergi sekolah agama tapi diberi peluang untuk menghafal ayat-ayat yang istimewa ini.

Bila lepas baca mesti dengar bacaan dekat Surah.my (klik sini) masa dengar bacaan tu macam merdu sangat. Mesti teringat how blessed I am selama ni terbayang muka Mak, Ayah, Papa, anak-anak tapi kadang-kadang saya yang selalu merungut-rungut letih, penat dan macam-macam lagi lah.

Kalaulah saya boleh beritahu korang betapa bestnya perasaannya dapat menghafal sebahagian ayat-ayat Al-Quran ini.

Tapi macam En Khairul Zamri cakap kena selalu baca, memang betul.

Saya rasa semua orang boleh membaca dan menghafal Surah Al-Kahfi ayat 1-10 ni tak kira apa latar belakang kita. And trust me saya memang bukan baik pun. Orang yang kenal rapat saya tahu saya macam mana. Imej yang saya projekkan di sini maybe cam good-good aje but I am not. Tapi saya cuba untuk jadi lebih baik setiap hari. Kadang-kadang kalah but I ll fight back.

Just never underestimate yourself.

Tapi merendah dirilah di depan Dia.

“Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi ini sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka. siapakah di antaranya yang terbaik perbuatannya”.

-Surah Al-Kahfi Ayat 7

Semua yang kita ada di dunia ini handphone, laptop, pasangan yang baik, anak-anak yang ramai/ pandai, duit dan harta semuanya hanyalah sebagai UJIAN kepada kita semata-mata.

So lets get ready for the tests.

Till we meet again.

#rindublogbutwhatcanido

#ayat1-10alkahfifinallyididit!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge