Eleh, mesti kau tiru je tu kan!

Hai assalam.

Sekarang memang tak sempat nak update blog. Banyak cerita, tak ada masa.

Cuti sekolah, kerja half day. Tadi bawa Ica pergi office- no choice sebab tak ada orang jaga. Nasib lah dia ni behave asalkan dah belikan air, choc, keropok Bika (sedap tau) dan majalah Ana Muslim. So dia dok diam-diam depan meja main ipad dengan sorang-sorang staf datang tegur bagi biskut bagai. Nasib jugak kerja ofis yang tak kisah sangat nak bawak anak ke, policy dia family first. Tak kira kerja bagus macamana pun, kalau anak staf kau sakit, takde orang jaga, family dia problem- bolehke dia perform 100% dekat tempat kerja? Benda-benda macam ni (belas kasihan, toleransi) akan buat staf menjadi sangat setia dengan majikan.

Cuma kalau kerja saya keluar masuk ofis hari tu tak sampai hati nak bawa dia. Kalau pergi court dia kena duduk kat galeri awam belakang sorang-sorang sementara kes kena panggil. Dia ni penakut juga. Jadi kalau hari tu duduk ofis bolehlah bawak dia. Dia pulak suka pergi sebab dia cakap bilik saya cantik dan best hehe. Cantik sebab Kak Su bagi patung Pingu biru besar masa birthday dulu- tq Kak Su. Itu yang dia suka teww…

Oh cuti sekolah. Aiman hari-hari ada kelas tambahan. Saya memang risau dengan dia ni sebab terrrrlalu playful sangat. Ada sesetengah subjek tu nak kena polish lagi, ada yang memang risauuuu sangat especially Matematik. Ntah hapa-hapa dia buat dekat paper ujian tu. Bila gabra saya akan beli banyak buku latihan, dengan sekolah bagi lagi, pusat tuisyen bagi lagi. Jadi melambak-lambak buku latihan dia. Itu belum lagi Abang Zam saya bagi set buku soalan Negeri Trengganu yang score UPSR tahun lepas lagi. Abang Zam ni cikgu BM so dia risau jugak anak-anak buah dia. Bila tengok buku banyak-banyak tu saya rasa nak muntah pun ada.

Jadi saya STOP beli.

Bila fikir, UPSR ni dah jadi macam bisnes pun ada. Sebab dari awal tahun mesti ada kursus motivasi/ per subjek yang buat promo dekat sekolah. Dekat sekolah macam free demo, hujung minggu nanti ada kursus yang RM100+ per head. Lagi hebat ada yang siapkan bas datang ambik student dekat sekolah. Makan waktu rehat dia bukan calang-calang ok, KFC, nasi beriani. Tiap-tiap bulan mesti ada kursus ni, seriously it is a business. Ada berapa ratus ribu kot student UPSR dekat Malaysia ni.

Pengisian kursus ni bagus. Bila balik saya akan study modul dia. Ok bagus. Tapi saya teringat, habis kalau anak-anak orang susah tu, macamanalah diaorang nak pergi program yang tiap-tiap bulan kau nak spend RM100+ gini kan, belum termasuk tuisyen RM100+ lagi. Jadi selalu pesan dekat Aiman tak perlu nak kecoh sangat sapa-sapa yang pergi kursus score Maths bagai ni. Diam-diam aje. Kesian dekat kawan-kawan yang tak dapat pergi.

Kadang bila banyak sangat lambakan ilmu, kau jadi confuse. Macam online biz lah. Ada berapa puluh/ ratus/ ribu cikgu online marketing ni. Ada yang setiap kursus pun dia nak pergi. Tu tak ada masalah. Cuma masalah bila ilmu tu kita simpan je tak digunakan. Dia macam kita beli mangga best (sorry takde idea) banyak-banyak sebab tamak, lepas tu simpan aje kat rumah. Berguna ke untuk family 4 orang?

Lepas tu teringat dulu saya belajar takde pulak nak pegi kursus per head gini. Iye zaman berbeza pahammm. Belajar aje semua yang cikgu ajar dekat sekolah tu betul-betul. Takde istilah soalan ramalan itu ini. Gunakan segala-gala yang cikgu curahkan dekat sekolah sebab setiap cikgu nak anak murid dia berjaya. Memanglah level kepandaian budak UPSR sekarang macam budak sekolah menengah dulu. Tapi konsepnya tetap sama, BELAJAR TETAP BELAJAR. Kalau belajar tapi tak digunakan pun tak ke mana. Kalau ada extra tuisyen ke gunakan sebaiknya.

Jadi saya mula listkan buku-buku latihan yang ada untuk dia per subjek.

BM paling banyak- ada dekat 10 buku dari latihan, modul, contoh karangan bagai. Maklumlah hakak kan suka menulis ehemm…

Sains paling sikit – sebab saya tak reti nak ajar jadi saya tak belikan buku haha. Dasar bukan otak saintis.

Jadi buku-buku yang ada ni dah dibahagikan untuk disiapkan dalam masa yang ditetapkan (mana sempat). Beli buku banyak-banyak tak guna nak buat apa? Nak bukak kedai?

Bila kita ajar dia kita boleh troubleshoot masalah anak kita apa. Macam Aiman dia malas baca soalan. Kalau Maths dia baca ayat problematik pertama je dia sibuk nak kira terus, wah terus dapat jawapan tick A kemain konfiden. Salah pulak tu. Jadi kena ajar dia keluarkan maklumat satu per satu. Dah tulis tickkan atas ayat tu. Soalan digariskan. Haih memang boleh jadi cikgu tuisyen tau macam ni.

Cuti sekolah ni ajar tulis karangan dari homework yang cikgu bagi. Ada 6 karangan. Dapat pulak saya yang ajar memang kau siappp. Segala teknik penulisan di Tazkirah net dikeluarkan —> crazy mom haha. Terima kasihlah dekat Cikgu Waida sebab ajar saya dulu. Perenggan kena sama panjang okeh. Tulisan kena pendek, tepat ewah. Cerita kena bersahaja dan sampai orang tu kata, eh this is like my life. Kesalahan tatabahasa kena minor. Biar pendek tapi memikat hati amboi amboi amboi.

Tapi teknik saya menulis sengal/ sesuka hati tu tidaklah diajar. Itu kena ajar Aiman blogging baru best. Tapi tak tahulah bila zaman agaknya tu urmmm.

Bila dia tulis karangan depan saya, tulisan dia akan jadi cantik. Sebab I am one crazy teacher jika tulisan buruk sila padam semua like no mercy at all. Thanx to teacher’s genetic in my blood. Ayah saya cikgu, abang cikgu, kakak pun cikgu. Kau nangis lah macamana pun sila padam dengan bersih karangan itu sebab Mama nak awak jadi ‘orang’ yang menyenangkan hati guru, pemeriksa dan orang-orang masa depan yang bakal membaca tulisan mu nak! Like how you present your job shows your personality. Clean paperwork, minor mistake = people will love you at the first sight. Sight selepas itu, pandai-pandai bawa diri. Macam saya selalu cakap, biar tak pandai, tapi berbudi bahasa = orang sayang hehe.

Jadi bila dia dah tulis 3 dari 6 karangan iaitu syarahan, surat rasmi dan rumusan ke dengan begitu cantik dan kemas, saya cakap wah mesti kawan abang cakap cantik nanti. Diaorang dulu cakap kan abang tak akan berjaya sebab tulisan abang buruk kan?

Aah. Dia jawab.

Mesti diaorang cakap kat abang:

Eleh mesti kau tiru je tu kan. Tiru dekat internet lettew.

Mesti punye Mama. Selalu macam tu.

Saya macam Whattt?

Why so negative like that?

Macamana kita nak tiru tulisan yang cantik. Kita kena buat okeh.

Lepas tu selepas bertenang, saya cakap:

Ala abe, sebenarnya diaorang dengki.

Diaorang tak sangka abang tulis cantik macam ni.

Jadi diorang cakaplah benda-benda nak menyakitkan hati abang.

Tau tak nak jawab apa?

Alhamdulillah. Suka hati koranglah nak cakap apa.

Alhamdulillah.

xxxx

Negatif. Dalam hidup kita ni ramai yang macam ni. Kita buatlah macam mana pun mesti ada yang tak kena kan. Tetap mengata belakang macamlah kita ni mengganggu kehidupan dia.

Kalau dengan Aiman, saya selalu guna negativity ini untuk cabar dia. Abang tak nak ke satu hari nanti budak yang cakap abang tak akan berjaya tu cakap macam ni:

Aiman tu tulisan dia buruk gila dulu, tapi BM UPSR dia A okeh!

Abang nak Mama!

Ok, jadi buktikan!

Ya, teruskan memadam….

xxxx

Kadang-kadang hidup ni adalah tentang kau tukar negativiti kepada perkara yang positif.

Tentang bagaimana kau melihat sesuatu perkara.

Dari sudut pandang yang mana.

Dari lubang tempurung atau pun mata burung.

Dah macam lirik lagu lah pulak.

Ok hilang dah rindu dekat blog.

Till we meet again.

Bye!

One thought on “Eleh, mesti kau tiru je tu kan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge