Oh so random!

Hi.

Saya tulis banyak post, tapi tak publish.

Dalam dunia penulisan, ada masa kau tak terpublish apa yang kau nak tulis.

Kerja get scarier every single day with crazy and cranky clients secara seriusnya zaman ini kebanyakan orang jadi macam sangat stress.

Cuma saya pesan zaman macam ni:

jangan buat loan baru, setelkan tak apa. Orang government especially. Kalau pergi bank diaorang tepuk tangan uols datang bentang karpet merah lagi. Tapi JANGAN. Itu aje nasihat saya.

hidup ikut kemampuan diri. Jangan orang pakai tudung neelopahanum, kau pun sibuk. Orang pergi bercuti, kau pun gigih. JANGAN. Tengok poket ada duit tak? Kalau takde dah duduk diam-diam.

awal bulan dapat gaji bayar dulu semua hutang-piutang, tambahkan sikit jumlah dia (daripada kau sibukkan nak beli tudung nanti kan dengan duit lebih tu like i dont know chuols). Beli barang dapur yang penting, penuhkan stok 1 bulan. Ada satu penulis dekat Mingguan Wanita kan saya suka dia ajar kalaulah ekonomi gawat/ suami meninggal/ emergency dia ajar beli stok bahan kering macam tepung, beras, gula, sos etc untuk satu bulan. Maknanya kalau ada apa-apa emergency kita sakit ke anak-anak kita ada makanan kat rumah sampai hujung bulan. Makanan tu mestilah yang keluarga kita sukalah. Yang kau sibukkan nak beli pizza frozen ke itu terpulang. Lebih baik makanan kering ya. Dulu saya suka beli sikit-sikit sebab malas nak susun nanti (dah lah sewel nak  susun cantik-cantik macam Jen I Heart Organizing -_-“) tapi inilah tip yang paling berguna setakat ini. Sekarang tak pernah kehabisan tepung nak buat jemput-jemput bilis, patutlah Mak dulu beli bihun dulu ha yang sebeg tu boleh buat bantal. Oh Mak u are so Jen haha.  Orang dulu-dulu kan, kita selalu pandang enteng je kaedah diorang, sekali dah jadi mak-mak ha universal sungguh tip dia hehe. Sayang Mak forever!–> tetiba.

isi minyak kereta full tank. Tahu kan petrol dah naik. Saya Ahad je isi full tank so tak ada kejap-kejapan nak isi minyak, stress tau. Sebab bila kena selalu top up tu kau stress, kau akan membebel-bebel macam PM dengar luahan hati kau, lepas tu kena pergi cucuk duit dekat ATM dalam tu, kau pun capai junk food kat tepi tu. Itu semua menjurus ke arah kegemukan hakiki ok (eh fat to fit lama tak update khens). Ini tip saya lah, isi minyak full so saya less nak fikir petrol dah naik bagai tu. Nanti minggu depan isi minyak full tank lagi, aman hidup satu minggu.

catatkan perbelanjaan makan/ perubatan/ petrol / kecantikan (kemain lagi haha) dan income. Ini paling susah saya faham especially jenis yang tak berkira sangat. Kalau malas sangat macam saya guna aje organiser, lepas tu beli pen highlight warna-warni. Dekat tarikh tu tulis untuk lunch berapa (highlight warna biru). Perubatan macam anak sakit ke, pergi scaling gigi ke berapa (highligt warna pink). Income pun tulis juga yang extra, yang affiliate ke. Guna organizer ni best sebab kau boleh set tarikh lagi 6 bulan bawak anak check gigi, scaling gigi bagai. Actually jadual cuci cadar, comforter, alas kaki pun saya masuk dalam ni. Bila last kemas stor so you tahu dah berapa lama. Gitulah. Organiser is very important. I carry organizer everywhere okeh walaupun bawak balik tak sempat tulis pun esok baru sempat (mintak resit uols) tapi as long dia ada rasa cam ha nak beli apa lagi ni nak membazir???

-ada insurans. Kos medical sekarang bukan calang-calang. Saya pernah bersalin di hospital kerajaan, teman mak rawat mata di sana juga dan pergi rawatan jantung di IJN yang separa kerajaan. Sesungguhnya saya tiada kesabaran untuk menunggu selama itu. Saya pun tak nak menulis dengan lebih lagi pasal ni cuma yang kerja swasta seeloknya ada insurans dan medical card. Dapat gaji bayar insurans so part of you dah berusaha kalau terjadi apa-apa emergency kelak. Saya pernah dioperate sebab acute sinusitis dan Aiman pernah warded 3 kali kot guna medical card. So far puas hati. Syukur keluarga mentua saya memang sangat pentingkan perkara ni walaupun they entitled to 1st class treatment at government hospital. Bila sakit teruk, kita perlukan rawatan segera. Dan kita nak keluarga kita juga selesa melawat kita dan kos-kos lain covered. Kita nakkan rasa selesa dan ketenangan mendapatkan rawatan. Itu sahaja.

Wah asal random post jadi panjang macam ni.

Ekonomi not so good jadi memang kena ubah sikap dan tabiat kita. Tip lain macam menyimpan tu memanglah tak perlu nak beritahu lagi. Setakat ni majalah Mingguan Wanita memang paling win ajar macam-macam dari kewangan, fitness, resepi, kewanitaan, kenapa kena belajar mengaji dan banyak lagi.

Berhenti lihat hidup orang dan bandingkan dengan hidup kita.

Jaga keluarga kita sendiri asalkan terjaga makan minum, pakaian, agama, pelajaran anak-anak (nak bayar tuisyen, kursus motivasi UPSR), percintaan kita ewah dan macam-macam lagi.

Sedekah jangan dilupa. Biar sedikit tapi berterusan.

Kadang bila lalui hari yang teruk tak sabar nak balik rumah duduk ramai-ramai depan tv dan bergelak ketawa dengan suami dan anak-anak. Kadang tengok Tommy pun nak ketawa entah apa yang kelakar sangat -_-“. Biasalah setiap keluarga ada lawak-lawak dia kan yang diaorang je faham.

Bye blog.

Till we meet again.

Sibuk si gemuk 2.4kg ni nak tengok tv #dramasangat

 

One thought on “Oh so random!

  1. Random2 pun dapat buat artikel panjang dan penuh isi. Banyak input yang saya dapat.

    Memang ramai juga orang tertekan dengan ekonomi sekarang. Itu kena ubah sikit gaya hidup. Ramai yang kecundang sebab nak ikut gaya hidup mewah yang dulu masa ekonomi/barang2 naik harga, di sana yang silap.

    Asyik bila nampak jiran/kawan sekerja beli, nak ikut beli juga tak nak kalah. Haa kalau macam ni memang susah.

    Comel kucing tu 😀
    dedauncomel.com recently posted…Antara Sebab Kenapa Adam dan Hawa Saling Melengkapi..My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge