Cabaran Surah Al-Kahfi Ayat 1-10

Assalam.

Pernah dengarkan bahawa sesiapa yang menghafal Surah Al-Kahfi ayat 1-10 akan terlepas dari fitnah Dajjal?

Pada ayat ke 10 tu sebenarnya ada doa istimewa untuk kehidupan kita di dunia ini.

Saya cabar diri saya untuk hafal Surah Al-Kahfi ayat 1-10 ini dalam masa 10 hari. Jadi menjelang 16/3/17  saya akan siap hafal. Insya Allah.

Oh hafalan yang baik adalah merangkumi cara bacaan yang betul juga. Dan tidak lupa dengan pemahaman yang baik. Paling kurang baca ertinya sekali. Al-Quran adalah sangat istimewa walaupun orang yang serba kekurangan macam saya baca pun masih boleh tersentuh hati juga T_T

Selalu rasa bersalah setiap malam Jumaat sebab masih tak hafal lagi. Boleh hafal lirik lagu, password: atm cards/ blog/ emel, jadual cerita drama Melayu, website-website tudung dan macam-macam lagi tapi masih gagal hafal surah yang maha penting ni?

Mungkin orang lain dah hafal, mungkin saya sahaja belum. Kalau ada yang nak join, jom uolls!

Dulu kalau rasa sibuk sangat adoi macamana nak baca Quran ni. Nak makan pun tak sempat. Ingat nak tenang-tenang duduk takde masalah hidup baru baca dengan khusyuk.

Tapi sifir dia bukan macam tu. Lagi kau sibuk, jadual huru-hara nak jumpa singa insan garang hari ni, bakal nak kena marah, ada like 10 pitstops today, 20 in to-do lists, then kau duduk jap pagi tu baca Quran 1 mukasurat dengan makna dia, solat dhuha lepas tu kau memang akan rasa sibuk juga, cuma semua akan jadi smooth aje. Yang nak marah tak jadi marah benda-benda macam tulah. Kalau kena marah pun atau benda-benda hampagas berlaku ke kau just rasa whateverrr @ tenang takde nak emosi/ meroyanness bagai. Bila hari tu semua selesai kau rasa eh smooth gila hari ni walaupun penat? Smooth sebab Dia dah aturkan semuanya, rasa penat sebab nanti dapat pahala  cari rezeki/ uruskan keluarga. Penat yang bermanfaat. Yang kau rasa lega/ tenang/ puas hati di hujung hari nanti. Tidur pun lena ada masalah besoklah kita menghadapinya.

Oh saya memang bukan baik sangat sampai saya malu nak listkan perangai buruk saya. But I will forever be thankful kerana Allah masih tunjukkan saya jalan yang dahulunya saya buat-buat tak nampak.

Untuk membaca Surah Al-Kahfi dengan bacaan yang betul, dan maknanya sekali bolehlah:

KLIK SINI

(boleh dengar cara bacaan bila klik –Dengar Surah Al-Kahfi dekat website tu)

Saya share sebab mungkin ada orang yang akan membacanya. Seseorang di luar sana. Macam tulisan saya pasal stokin dulu ada yang pm personal saya pada hari entri tu diterbitkan 🙂 .

Saya cuma share. Saya cuma posmen.

Bye.

Hafalan:

6/3/17- Ayat 1 (Sukses)

7/3/17 – Ayat 2 (Berjaya)

8/3/17 – Ayat 3 (Sukses)

9/3/17 – Ayat 4 (Berjaya)

10/3/17 – Ayat 5 =)

11/3/17 – Ayat 6 =)

12/3/17 – Ayat 7 =)

13/3/17 – Ayat 8 =)

14/3/17 – Ayat 9 =)

3 thoughts on “Cabaran Surah Al-Kahfi Ayat 1-10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge