Apa nak buat kalau blog wordpress ada masalah teknikal?

Hai Assalam,

Eh rindunya dekat blog. Blog ini adalah satu-satunya saluran media sosial saya sekarang. Dah tu 1 way ticket pulak tu. Macam kawan-kawan nak tahu perkembangan mereka log in blog apa kabar si ana ni haha. Oh sibuk hari ni pergi hari kantin dekat sekolah, bawak Tommy fatty boy pergi vaksin kali ke 3, anak2 buah datang rumah suruh masak dan masak dan.. dan.. dan.. (annoying khens) berjaya kemas mini office (bilik tetamu actually nama nak gempak aje) dan.. dan.. dan dan stor uolls. Selain dari membebel, saya ada lagi satu kemahiran iaitu mengemas dan membuang barang2 haha. Memang terer. Papa dia balik kerja je dia pasrah tengok gerombolan plastik2 nak dibuang dengan senyuman- anything for you darling. Orang lelaki ni senang je nak minta tolong kena cakap dengan jelas tolong buang ke apa ke. Jangan diam, never. Never the pantun, tarik muka or kiasan bagai. Kerana mereka adalah kaum yang memerlukan bahasa jelas straight to the point. Masa baru kawin ah biasalah tetiba sentapness bagai orang tak tolong buang sampahlah. Lepas tu dah 3 hari baru luahkan kenapa tak tolong ari tu ngajuk ni lepas tu dia cakap laa, kenapa tak cakap aje hari tu hehe. Lelaki, simple je. We, perempuan? Kita pun selalu tak paham diri kita kan. So, we are normal yeay!

Oh bab mengemas. Dekat rumah ni barang-barang personal saya adalah paling akhir sekali dapat dikemas. Balik-balik kemaskan barang orang lain. Dan stor. Urm. Penuh dengan barang nostalgia. Stroller anak, mainan anak. Semua telah dibungkus kemas untuk hantar ke rumah kebajikan. Mana yang dah teruk atau tak dapat diklasifikasikan barang apa, takde tayar ke, buang. Seriously inilah kepakaran saya yang terpendam. Suka kemas @ buang barang. Sekarang mini office dah kemas, indah betul update blog dengan suasana yang aman dan permai begini (baca: less the barang).

Oh hari tu tahu kan blog saya tak boleh underline pada post atau garis bawah. Sekarang dah boleh. Saya ni memang sayang dengan blog ni. Kalau tak menulis tu rasa macam tak lengkap aje hidup. Kalau satu hari nanti saya berhenti menulis, mungkin saya dilanda kesedihan yang tidak terbendung. Atau hilang ingatan (lupa username/password blog/ emel). Saya selalu berangan macam filem ala siapa tu Aku Budak Setan kononnya hilang ingatan orang tunjuk hasil tulisan saya yang lama-lama, blog ni, mungkin saya ingat balik. Sebab ada artikel lama-lama dekat tazkirahnet kalau baca balik nak ketawa jugak, macam terfikir nanti kenapakah diriku yang dahulu ini sewel haha. Orang tulis islamik bagai yang kau tulis mengikut tahap kecetekan diri oh. Dulu selalu sengih-sengih bila artikel published oh rindu lagi.

Tqsm kepada kawan saya Ros yang sudi handle masalah teknikal blog wordpress saya ni. Ros ni kawan lama saya masa belajar dengan Irfan Khairi. Tak pernah pun ada conversation yang serius dengan dia ni sebab dia senyap sikit dan excellent girl, tapi tiba-tiba terdetik nak whatsapp dia. Sebab dia ni pakar buat blog segan pula kan nak minta tolong hal kecil-kecil macam tak boleh underline post je pun.

Tapi dia memang baik sangat. Kos repair pun affordable. Dalam 10 minit je dia betulkan kot. Saya memang mengaku tak pandai hal-hal teknikal wordpress ni. Kalau on the surface macam yang kau nampak masa taip ni tu oklah. Kadang orang sibuk tak sempat nak bantu kita. Tapi jangan berhenti berdoa even untuk perkara kecil-kecil. Kadang ngadu kat Allah blog tak boleh underline nak buat macamana ni. Tadaaa… dah setel. Alhamdulillah.

Pernah tak kadang tah sape-sape mintak tolong kat kita. Selalu kita tak tolong tapi last-last kita tolong juga. Kita pun tak faham macamana aku boleh tolong dia ni ha. Sebenarnya Allah jawab doa dia melalui kita. Kita ni posmen je. Dan kalau kita tolong one stranger hari ni, doa moga satu hari nanti ada stranger tolong kita, anak kita, keluarga kita. Begittew ye adik-adik.

Oh Ros tq again. Tengok website dia memang power dan ada menang beberapa anugerah baru-baru ni MWA Awards ke apa agaknya biasalah semua jahil. Untuk hal-hal website ni mengikut pengalaman saya memang baik kalau berurusan dengan orang yang bekerja sepenuh masa dalam bidang itu sendiri. Dan menepati masa juga.

I promised myself untuk tulis tentang Ros ni.

Check out her website PAKARBINABLOG.

Boleh hubungi dia untuk urusan blog wordpress atau masalah teknikal juga. She is one nice lady yang straight to the point kau beritahu je masalah, bayar, dia setelkan within time.

Ok bye!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge