Hai assalam.

The best part waktu kerja is bila bukan turn ambik anak balik sekolah, lepas tu kau duduk dalam ofis sorang-sorang, aircond macam ais, buat milo-o, cecah roti wholemeal sambil blogging. Heaven. Tapi tulah actually rindu pulak kat anak-anak. Biasa tertunggu-tunggu waktu nak ambik Ica since Aiman dah sibuk dengan kelas tambahan lepas tu dengar dia membebel-bebel waktu lunch tentang si Misha yang nak dapat adik besok (mak dia nak bersalin), pasal si Amira pinjam rubber tak pulangkan, pasal ketua kelas dia nak beli kupon hari kantin rm50 iaitu dapat 5 keping teacher Rajes cakap dan macam-macam lagilah. Dia ni memang copycat saya banyak cerita tapi kat luar senyapppp je (kecuali kalau kena geng lah). Dah dekat 6 tahun ambik anak balik sekolah kelakar actually tengok perangai masing-masing. Yang main kat lopak air hujan, yang lari balik macam nak kejar kapalterbang, yang bergaduh tepi pagar, yang cakap makcik ni cantiklah eh macam-macamlah. Kalau anak dah besar nanti mesti rindu duduk depan pagar sekolah uwaaa….

Last week chatting dengan grup bff. Ada la kisah tentang dapat komen dari orang lain tentang cara kita jaga anak. Macam orang cakap kita jaga anak tak betul, jaga begitu begini lebih baik. Bagi yang dah jadi ibubapa, mesti tahu perasaan tu. Kadang orang komen sikit je kita rasa macam pedih sangat dalam hati. Yang tegur baik-baik takpe, yang tajam menikam tu. Ha yang tu. Kalau yang baik tu kita pun memang terobliged nak dengar kan.

Nasihat saya masa tu adalah buat tak tahu aje. Dalam hidup ni kita akan sentiasa jumpa orang yang lebih baik dari kita. Saya yang tunggu anak dekat pagar sekolah tu pun biasa aje jumpa ibubapa yang baru kenal dah bagitahu anak dia straight A dalam ujian/ exam, atlit sekolah dan semuanya. Saya macam urm baiklah sebab bukan nature saya untuk beritahu benda-benda tu dalam perjumpaan pertama. Orang biasa expect anak saya memang excel sebab anak lawyer kan padahal sama aje. Kalau ada pun kejayaan itu sebab dia usaha dan Allah sudi nak anugerahkan. Takde kuasa saya nak beritahu seantero alam kecuali orang tanya baru cakap. Dah bagitahu tu dah, bukak cerita lain pulak takdelah kau nak exaggerate cerita bagai. Saya tahu bagaimana rasanya ada anak yang bukan performer, anak yang kau kena beri perhatian lebih supaya dia menyinar. I just knew it.

Mulut orang akan sedap mengata. Orang pernah marah saya sebab:

-hantar anak pergi nurseri karang kena dera

-tak breastfeed anak

-tak hantar anak pergi montessori, piano class

-anak saya lasak sangat sebab ikut perangai mak lettew since Papa is a softspoken man

-anak tak nak makan pedas dulu

-saya sibuk sangat kerja

Dan macam-macam lagilah. Tapi prinsip saya senang aje.

Kita tak boleh nak gembirakan semua orang. Semua orang ada persepsi masing-masing. Setiap apa yang kita buat kita dah fikirkan pros dan cons dia. Mungkin kita tak beritahu orang sebab kita ni jenis rilek-rilek aje. Kalau beritahu pun orang takkan faham sebab dia tak lalui kehidupan yang kita lalui. Orang tak tahu pengorbanan kita untuk membesarkan amanah Allah ni. Orang hanya tahu bercakap dan bercakap. Pengorbanan kita untuk keluarga biarlah Allah sahaja yang menilainya kerana Dialah sahaja sebaik-baik penilai.

Kadang-kadang bila melalui hari-hari yang tough, saya selalu ingatkan diri bahawa biarlah satu dunia bercakap apa pun, asalkan Allah mengetahui apa yang terbuku di dalam hati saya. Perkara yang tidak dapat dikatakan, air mata yang jatuh dan peluh yang menitis demi mencari rezeki yang halal biarlah Dia sahaja yang menilainya.

So my fren (u know who u are), just buat bodos saje dengan kata-kata manusia. Yang baik kita jadikan tauladan. Yang menyakitkan hati kita jadikan sempadan supaya kita tak menyakitkan hati orang lain pulak. Yang penting kita happy satu keluarga. Asalkan kita dapat pelukan dari suami dan anak-anak setiap hari yang cakap:

I love you darling/Mama

dah cukup dah.

Bahagia? Kita yang rasa.

Asalkan bahagia yang kekal di akhirat jadi tujuan hidup kita, insya Allah we will be just fine.

Orang mengata?

Oh please! I just dont care.

Cari redha manusia takkan ke mana. Cari redha Allah supaya dalam menangis kau akan tersenyum dan ketawa suatu hari nanti.

Bye!

2 thoughts on “Oh please!

  1. aku dh biasa dgn tujahan soklan2 gitu ana. org kata aku asyik kulu kilior berlari panjat gunung masuk hutan. spender laki aku siapa yg basuh? anak aku siapa bagi makan.

    lor..saya lah masuh..saya lah masak… pasni aku nk update pic kat fb tgh sental spender laki aku…

    nantikan!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge