Fat to fit week 7 & why I love/hate Jenny!

Hai assalam.

Maaflah kalau blog ni semakin membosankan. Tak pasal-pasal korang kena baca journey fat to fit akak. Saya baru tahu bahawa kekuatan saya adalah menulis. Kalau saya menulis saya akan lebih konsisten, lebih gembira, kadang-kadang takde perasaan pun tapi saya pergi aje bersenam. Dia macam dah set dalam otak ok Sabtu dengan Ahad sila pergi bersenam 1 jam. Noktah. Itu saje. I guess that it has become a routine. Maybe.

#The truth. Jadual minum air mineral ada tunggang-langgang sikit sebab seperti biasa selalu kena pergi meeting. Kalau duduk diam-diam dekat office buat kerja memang boleh habiskan 3 botol = 2.1 liter. Kalau kena keluar just limitkan 2 botol sahaja = 1.4 liter. Lepas tu kalau tengok Aiman banyak homework Maths dengan Sains lepas Isya’ dah minum kopi secawan dulu sebab memang dah kena perah otak dengan dia. Bila dah minum kopi ni memang akan kurang minum air. So oklah between 2 ke 3 botol sehari takkan kurang dari tu.

#The best thing. Anak-anak pun semangat nak minum air mineral. Kadang Aiman balik cakap Mama tahu tak apa kejayaan abang pada hari ini?

Apa tu Abe darling?

Abang…telah…berjaya..minum..1 botol air mineral!!!! Abang tak beli air milo tau mama, tapi abang beli air mineralllll… dengan bangga sangat dia beritahu saya dah habiskan air yang 250ml tu.

Whattt?? Hebatnya abang. Fuyyo abe telah menjaga kesihatan ok! Orang sport memang jaga kesihatan okkeyyyy –> dia kan suka bola

Dan perkara ni berjangkit dengan Ica. Masing-masing bersemangat nak beritahu kejayaan berjaya minum air masak berapa botol hari ni. Minum air dalam peti sejuk tu memang cuma saya cakap kita tak dapat kira tak bestle cenggitu. Masa ajar diaorang malam-malam pun botol air memang ada kat tepi sambil minum sambil ajar so diaorang dah terbiasa tengok agaknya. Lepas tu bila dah habis saya mesti tanya

Cuba teka Mama dah minum berapa botol hari ni???

Tulah saya cakap apa yang kita buat itulah yang anak kita akan tiru. Mula-mula dulu soalan saya yang teka saya dah minum berapa botol sehari tu dipandang sepi aje. Tapi bila dia combine dengan kau buat, tunjuk contoh, bagitahu kebaikan lama-lama diaorang akan mengikut juga.

oh back to fat to fit week 7.

18/2/17 – Saya keluar rumah dekat 6.40. Sampai taman 6.50 pagi. Takut juga nak keluar sebab nampak gelap kut takde orang ke. Sekali kereta dah penuh. Di sebalik kerabunan mata saya ni, saya nampak ramai dah orang lari-lari kat taman. So apalagi pakai kasut, strap handphone kat lengan tu terus keluar dan lock kereta. Ada nampak seekor dog tadi masa nak masuk parking tadi. Ni mesti kes tuan dia bawak jalan pagi-pagi kat taman adus bosan betul. Ni taman awam ok mana boleh bawak anjing, kucing ke. Bila dah lock kereta saya ada satu perangai suka check banyak-banyak kali. Papa cakap saya kurang self confidence haha. Sebab selalu elok dah orang tua tu nak jalan saya akan tanya soalan kita dah cabut iron plug ke tadi pa? Pintu dah kunci? Papa ni dia seorang yang sangat yakin dia cakap dah darling. Tapi saya is the opposite site akan racun are you sure? Tapi dia ni (maybe lelaki kot) dia dah tahu dah perangai saya dia akan cakap:

Dahhhhh Darling.. hehe

So bila kat taman tu saya sorang, hari pulak gelap lagi. Saya patah balik kat kereta nak lock balik kereta like 2x baru puas hati. Lepas tu secara tiba-tiba muncul anjing tadi dekat depan. Dia tengok saya, saya tengok dia. Lepas tu saya jalan slow, dia pergi kejar saya. Apa lagi pecutlah lari sambil terjerit haha. Memang terer sungguh lari masa tu dahlah laju sambil melompat atas batu jalan, melintas jalan sambil tengok belakang. Ada 2-3 orang mamat cina tengah berbual tepi tu mesti terkejut apehal dia ni anak anjing je kot kejar. I dont care. As long u are a dog, I will run + scream for help.

Ngeri betul ok. Saya ni pernah dikejar anjing masa kecil jadi trauma tu sampai sekarang. Ini first time kena kejar di usia 30an ok. Kali terakhir adalah masa saya darjah 4 macam tu. Mujurlah masa balik tu dia dah tak ada. Kut ye pun muka saya ni mungkin mesra kucing, tapi perlukah kau nak bermesra dengan auntie nak? Tak nampakkah riak-riak ketakutan di wajah auntie ni -_-”

Walaupun ada gangguan anjing, saya joging juga dekat 1 jam = 4 pusingan taman.

19/2/17 – Kali ni saya sampai terus join aerobik pukul 7.30. Biasalah baru 15 minit dah pancit. Lepas tu gangguan banyak mesej whatsapp masuk ingat apahal rupanya adik saya nak pergi Turki sebab ada conference semua orang nak bye dia. Ala dia dah besar dah kot, just cakap je bye Wan, jaga diri ok! –> kakak garang. Teruskan aerobik 45 minit lepas tu habis je sambung lari/ jalan 1 taman. Cukuplah sejam. Sukses!

xxxx

Penuh memori week 7 ni. Kena kejar anjing. Haih memang saya tak suka. Tapi bila bersenam kau rasa lebih segar, macam malas nak fikir benda-benda yang memeningkan kepala. Just lalui sahaja hidup ni. Berdoa + usaha sehabis baik untuk rezeki yang halal + jadi manusia yang lebih baik setiap hari.

Tapi kenapa pulak tajuk post ni ada Jenny?

Why i hate Jenny?

Jenny is that dog, i gave her a name.

Jenny jangan ganggu auntie besok ok.

You play far-far away.

I hate you but you made me run like Usain Bolt.

How can we hate makhluk ciptaan Allah kan.

Oklah Jenny cute I love you.

But please dont bug me tomorrow.

Bye.

#lovehaterelationship

#complicated

One thought on “Fat to fit week 7 & why I love/hate Jenny!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge