Kenapa pakai stokin muslimah ni best?

Hai. Tetiba nak cerita pasal stokin muslimah. Ada orang nak baca ke haha.

Sejujurnya lah tahun lepas saya dapat offer menjadi guest writer dekat satu blog baju muslimah. Tulis di situ setiap hari. Saya rasa maybe mereka trace saya dari post tudung neelofa saya yang kengkononnya evergreen tu. Kemudian saya dapat offer review baju raya dari Zalora. Dan Normah yang comel selalu minta saya review handsocks dia. Oh Normie sorry bukan tak nak review tapi diri sendiri gagal pakai handsock memang tak reti nak bagi review kalau macam tu. Dia kena macam artis ok, saya dah cuba produk ini saya dapati ia berkesan, ewah. Semua tu terpaksa saya tolak atas sebab-sebab yang tersendiri. Bagi saya review yang ikhlas ni lebih mudah sampai ke hati pembaca. Kadang baca fav blog yang balik-balik dia buat review rasa nak telan juga laptop ni. Bukan nak dengki iye memang rezeki dia tapi u knowlah kan susah hakak nak explain–>ineedgoodreads

Oh pasal stokin muslimah. Saya pernah google stokin muslimah, tapi tak jumpa yang dicari. I even asked Normah suruh jual stokin dia kata dia buat handsocks dulu. Cayalah Norm. Hari yang saya decide saya akan pakai stokin adalah hari seorang insan hadiahkan saya buku Mudahnya Menjemput Rezeki tulisan Tuan Fathuri Salehuddin. Nama dia Kak Su hai Kak Su yang merupakan loyal reader saya. Ada 1 bahagian dalam buku tu macam ni lah lebih kurang:

Apa lagi yang kita tunggu selain melengkapkan diri kita dengan segala kekurangan kita. Semua kita dah ada, keluarga, kerjaya, kasih-sayang, ibu-bapa. Adakah kita nak berubah bila Tuhan mula tarik perlahan-lahan apa yang kita ada di dunia ni?

Masa baca tu saya sedar ada part yang tidak lengkap dalam hidup saya. Mungkin saya berpakaian tu ok sikit tapi saya masih tak pakai kasut, stokin. Bila tengok orang pakai stokin saya macam kagum sebab bukan senang tau kau nak ke mana-mana pakai stokin. Keluar dari rumah pakai stokin. Pergi beli roti jap kena pakai stokin. Pakai seliper paling best ok!

Saya tak tahu mungkin yang baca ni semua dah pakai stokin saya aje yang baru (and not proud of it). Tak pasti tulisan ini akan sampai kepada siapa but someone will read it.

Hari tulah saya decide saya akan pakai stokin dan perlahan-lahan melengkapkan apa yang kurang dalam hidup saya. Tq Kak Su dan penulis buku. Tengok tulis buku pasal rezeki mana tahu boleh hit sampai orang terdetik nak tutup aurat kan. The power of writing.

Perjalanan mencari stokin muslimah sesuai ni mengambil masa dekat 2 tahun. Saya pernah beli stokin dekat Jusco, Sox World, Parkson, Avon dan banyak lagi. Mula-mula pakai skin socks lama juga lepas tu tukar jenis yang panjang sampai lutut, yang pendek macam-macam lah. Oh sandal dah 2 tahun tak beli. Memang mula-mula sedih tak dapat beli wedges or sandal cantik tapi lama-lama ok jek takde rasa apa pun. Gigih pakai kasut tinggi konon nampak kurus sikit padehal takde effect pun. Debab is debab. Noktah —> tetiba nak emo

Bila pakai stokin dan kasut ni saya rasa selamat. Entahlah tetiba nak rasa gitu. Even Ica pun dia beli kasut aje sekarang. Tapi dia kan ala stylo sikit pakai stokin belang-belang dengan jelly bunny/ sandal nampak comel lah budak-budak. Dah mak kau ni karang pakai gitu bakal dicemuh masyarakat pulak. Saya perasan kalau apa saya buat/pakai biasa jadi ikutan anak-anak. Ica suka pakai long sleeve, stokin, kasut padahal takde sapa suruh pun. Sebenarnya the easiest way to teach our children is us. Apa yang kau buat, itulah yang diikutnya. Perangai, tabiat. Semua tu. Your children is your mirror. Kau kuat merajuk, dia ikut–> contoh.

Saya tulis ni bukan sebab saya baik sangat. Saya still bila pakai long sleeve tangan tu automatic je nak melipat jadi 3/4 sleeve. Banyak sungguh kelemahan saya lagi dalam berpakaian yang masih saya usaha untuk perbaiki. Cuma inilah salah satu cara saya ingin berterima kasih kepada Allah swt atas apa yang telah dipinjamkan kepada saya selama ini. Keluarga, kerjaya, kesihatan, ketenangan hati, peluang menulis dan banyak lagi. Saya tak ada apa-apa alasan lagi untuk tidak berubah sebelum nama saya masuk dalam senarai dipanggil balik mungkin esok atau tahun depan nanti. I am just running out of time.

Oh saya share stokin muslimah paling best beli kat Mydin je uolls. Selesa, tak tebal sangat sesuailah untuk cuaca di Malaysia yang seram sejuk ni haha. Saya prefer yang pendek sebab yang panjang karang dia bergulung-gulung lepas tu diri pulak malas nak selalu betulkan. Kan saya cakap saya pernah try macam-macam jenis/ material. Yang ikut bentuk jari kaki pun ada. Yang kat Sox World tebal macam orang lelaki punya warna pun cerah sangat. Yang jenis ni sesuailah dengan kita yang ala-ala kuning langsat ni. Ada lagi satu set dia mix dengan soft pink itu kalau korang nak comel-comel bolehlah. Cute apa kalau kena gaya.

stokin muslimah paling best 1

Saya biasa beli banyak-banyak letak dalam dashboard. Satu pek ada 6 pasang.

stokin muslimah paling best 2

Suka kan tengok yang murah. Ya dekat Mydin aje. Ada banyak jenis. Yang ni paling selesalah saya rasa. Pergi kerja atau jalan-jalan pun best.

Sebenarnya pakai stokin ni tak susah mana bila kau nak pergi kerja ke. Dia jadi susah bila kau nak keluar pergi beli bawang dekat kedai Ah Moy dekat simpang, beli roti dekat Family Store. Tetiba malam Papa ajak tapau burger pastu dia ajak keluar dekat tepi laut menghirup angin pantai sambil makan sate celup. Kau jadi malas tahu tak kerana syetonnirrajim dalam hati akan bisikkan ala rilek ler uols kejap je rilek ler. Tapi korang kena jawab dengan tegas Ah jangan ganggu aku nak tutup aurat syeton, dasar syetonnirrajim (mestilah marah theyols ok). See kita akan menang dalam battle tu kalau kita tegas. Memang seksa kau pergi mana-mana rumah orang/ jalan-jalan ke nak masuk toilet kena bukak, kadang stokin basah bila keluar masuk toilet dapat pulak toilet awam yang tak semenggah, paling tension kau dah nak start kereta stok stokin pulak habis. Malas nak masuk rumah ambik masa tulah terdetik dalam hati nak skip aje.

Memang susah.

Tapi syurga tu bukanlah mudah kan.

Selain dari semua kesusahan itu, kaki memang jadi lembut aje. Takde masalah tumit pecah ke. Ingat lagi Kak Sufi kawan saya bagitahu yang ada sorang roommate dia (kat uni dulu) memang pakai stokin aje. Sekali tengok kaki dia aduhai lembut sangat kulit dia tak macam kaki kitorang yang macam jantan ni akibat berpanas memakai sandal 2-3 inci sampai tumit merekah. Lepas tu sibukkan nak beli krimlah apalah. Tapi masa tu saya macam Ooh ye ke takde pulak terbit keinsafan ke apa. Kalaulah dari dulu saya tahu keindahan menutup aurat dengan sempurna ni hati rasa tenang, selamat, doa mudah dikabulkan, murah rezeki, anak mudah menutup aurat dan mendengar kata mungkin saya telah pakai lebih awal. Mungkin stigma pemikiran dahulu cuma ajar menutup aurat (teori) tapi bukan keindahan atau kebaikan dengan cerita yang real yang boleh meresapi hati orang yang membaca dan mendengarnya. Atau saya yang buta sebenarnya.

It has been 2 years since I started wearing socks, started with skinsocks and still trying hard till now. Skinsocks tau kan yang nipis tu warna kulit betul, dia mudah koyak bila masuk mesin so totally tak win pun kalau beli.

Tq Kak Su hadiahkan buku Mudahnya Menjemput Rezeki kepada saya. Dari buku tu terdetik hati saya untuk pakai stokin, untuk melindungi bahagian yang terbuka selama ini, to be a better muslimah. Semoga Allah swt mengampunkan kealpaan saya sebelum ini. Amin!

Dari pengalaman saya yang sekelumit ini, kalau kita cuba menyempurnakan apa yang kurang pada diri kita ke jalan Allah, maka Allah akan menyempurnakan apa yang kurang dalam hidup kita. Hidup sentiasa rasa cukup dan bahagia dan rezeki akan datang dari segenap arah. Dan rezeki bukan tentang duit sahaja. Memang bukan.

Oh ya contoh stokin muslimah saya ni mungkin tak sempurna juga, please share korang beli dekat mana kalau tahu. Bye!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge