Never a pop star

Hari ni 15.2.17 saya tak boleh nak buat kerja.

Dari tadi macam tak concentrate.

Sebabnya Aiman dapat 8A dalamUPKK. Dapat tahu melalui sms.

Esok baru penyerahan sijil.

Menitik juga air mata saya masa tengok sms tu.

Check beberapa kali sebelum bagitahu famili. Kut salah ic number ke kan.

Sebab saya teringat kisah-kisah Aiman ni dari kecil lagi.

xxxx

Aiman.

Dari kecil selalu sakit, kembung. Pergi klinik tu biasa tengah-tengah malam.

Masuk hospital warded 3 kali.

Tangan kanan pernah patah. Baca dekat SINI. Saya ingat lagi masa saya pergi bagi MC dekat sekolah agama guru besar tu cakap saya teringin nak jumpa mak Aiman yang lasak sangat ni.

Here I come.

Dia cakap Aiman maksudnya bertuah. Ya memang sebab tu saya pilih supaya saya tak perlu cakap budak bertuah, budak bertuah haha.

Aiman yang masa tadika, cikgu dia cakap dia mengaji slow sangat ni kak. Tak tahulah nak ajar dia macamana.

Tak apa.  Saya sendiri yang ajar dia mengaji. Alhamdulillah dah pandai baca Al-Quran.

Aiman yang darjah 1 teacher cakap tulisan dan buku dia macam belacan.

Memang betul. Saya pun marah dia.

Ada sekali dia tanya kenapa dia tak dapat jadi pengawas, pustakawan, pembimbing rakan sebaya dan jawatan-jawatan gitu. Saya cakap ah jadi pengawas tu boring Abe–> jangan tiru haha.

Tapi dia teringin sangat.

Aiman yang kawan dia cakap awak takkan berjaya. Sebab tulisan awak buruk.

Sampai dia jadi depressed dan tak yakin dengan diri. Walaupun saya puji dah semakin ok.

Aiman yang berapa kali menaikkan darah juga sebab malas buat homework dan selalu buli Ica buat acah-acah nak smackdown adik kau tu. Tommy pun kena.

Aiman yang masa saya belajar dekat setahun dengan Irfan Khairi dia drop kelas dari kelas first ke kelas ketiga. Memang saya sibuk sangat masa tu dan inilah harga yang perlu saya bayar untuk jadi usahawan dan saya cakap sorry dekat dia.

Dia cakap tak apa Mama. Nanti Abang usaha lagi.

Aiman sekarang kelas ke 2 sekolah pagi dan petang.

xxxx

Aiman, never the performer.

Walau dekat kelas 1st dulu sentiasa kena kutuk, cikgu marah sebab homework tak buat, tulisan pun buruk, buku kena campak ke luar kelas.

Tapi saya tahu satu minat dia.

Dia suka subjek agama.

Ada tahun lepas dia bagitahu dia dah hafal Surah Al-Kahfi Ayat 1-10 tu.

I cried sebab diri sendiri pun tak hafal lagi.

Dia cakap Mama jangan risau, kalau malam Jumaat Mama nak suruh baca Surah Al-Kahfi, abang dah hafal dah. Kalau jadi apa-apa nanti, Abang akan selamatkan Mama. Surah-surah lain pun Abang dah hafal. Abang pandai hafal ustazah cakap.

Lepas solat Isyak malam tu I cried a lot.

Macam-macam benda kau buat di dunia ni simpanan persaraan lah apa lah, rupa-rupanya ada satu penyelamat ni yang akan bantu saya nanti.

Dalam hati saya selalu kesal saya tak pernah dapat hantar dia ke sekolah agama (yang full time). Sebab saya tahu dia suka. I guess this is the feeling yang parent2 hantar anak sekolah agama kan. Bahawa agamalah yang akan menyelamatkan anak kau di sepanjang hidup dia nanti.

Saya selalu pesan pada Aiman.

Aiman jadilah pendakwah yang moden. Bukan tak boleh yang biasa tapi macamana nak tarik kawan-kawan kita atau orang sekeliling kita suka pada kebaikan. Jangan pandang rendah budak kelas belakang. Tak guna kita dapat Adab A tapi kita tak beradab. Biar tak pandai tapi ada adab. Ok?

xxxx

Aiman tak pernah jadi popstar dekat sekolah.

Never the pengawas, pustakawan or PRS.

But Aiman today is the day.

I cried reading the sms, tak tahulah macamana nak face Aiman balik nanti.

I guess I will drama much or kita pergi beli jersi or bola dekat Al-Ikhsan.

Aiman yang sukeee sangat kat bola tahu semua jadual perlawanan dalam dan luar negara.

Aiman yang Mama tak benarkan ada Ig or Fb. Sian dia hehe.

Aiman I love you.

Thank you for the 8A UPKK 2016.

Kalaulah suatu hari nanti Aiman baca ni, tahu tak Mama tak pernah berhenti PERCAYA pada Aiman.

I always trust that you will fly high, more higher than me, in your own selamba way, walaupun selepas Mama tak ada.

Quran yang kita janji nak baca tiap-tiap hari sama-sama, kalau penat sangat 1 ayat pun tak apa asalkan dengan makna sekali, akan selalu guide Aiman nanti.

It is ok if you are never a popstar in school.

My pray is that you will always be the popstar di langit.

Insya Allah.

Thank you kalau ada yang doakan Aiman dulu DI SINI.

-loveuolls-

4 thoughts on “Never a pop star

  1. owh Aimaannn…tahniah!!! you rock!!!!! Mama Aiman pun mmg rock..eh..bukan rosk..rockdut (rock +dangdut)!!

    aku juer mengalami nasib yg sama hari ni. menangis tersedu sedan mengadap sms di phone. Abg Long juer 8A.

    Tahniah skali lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge