How i survive Fat to Fit Week 5 & 6

Hai.

Saya ada lebih kurang 4 agreement untuk didraf. 4 lagi untuk checking. Kadang-kadang aku pun tak paham kenapa diriku berada di dalam industri permainan huruf-huruf ni.

Bila hari cuti to balancekan cara kau berdiri antara bersenam, kerja-kerja rumah, menggembirakan keluarga. To be frank kadang-kadang lepas semayang i cried a bit sebab penat sangat. Kadang Tommy kena marah sebab kacau orang tengah nak feeling-feeling lepas semayang. Masa tulah nak ajak main masuk bawah sejadah. Oh Tommy gemuk why r u like this.

Satu-satunya masa untuk diri sendiri adalah waktu saya pergi bersenam. Maybe sejam je masa tu. Selalu avoid aerobik sebab penat dia melampaui batas dan dah lambat orang dah start.

Dan dah 2 minggu ni saya bersenam selama satu jam Sabtu dan Ahad pagi.

Bila joging, banyaknya berjalan sebenarnya, fikiran saya kosong. Kalau dulu sibukkan nak ambik gambar kasut tepi tali air sawah dan tasik (oh good old days bongok angat) ni sape dah lama baca blog ni je paham. Sekarang saya tak ada apa-apa sebab pun untuk ambik gambar ke. I just run. Like Run Forrest Run??? —> tetiba

4,5,11,12 Februari 2017 saya telah berlari selama satu jam setiap sesi di taman. Ini bersamaan 4 pusingan taman setiap sesi ok. Setakat ni tak ada perasaan nak sertai fun run ke sebab tak ada kawan dan idea berlari beramai-ramai ke satu destinasi pastu ada orang ambik gambar tu tak berapa nak click dengan akak yang merupakan pengerusi persatuan introvert kebangsaan. Tapi tak tahulah pada masa depan kan.

Apa-apa kau buat pun kau kena bangga dengan diri kau, no matter how small your achievement is.

And keep on running.

K bai. Hilang rindu dah.

One thought on “How i survive Fat to Fit Week 5 & 6

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge