Hai.

Saya rindu menulis. Rindu yang rindu-rindu-rindu tu tahu tak.

Kadang-kadang cakap soranq-sorang dalam kereta ayat-ayat yang sepatutnya saya taip, but I dont have the time. Yeah call me crazy woman, as long I am happy haha

….

Pagi tu pagi yang biasa sahaja. Pagi pertama naik kerja lepas Tahun Baru Cina.

Di depan saya, duduk seorang wanita yang manis. Sopan. Tudungnya labuh, baju dan seluarnya longgar. Pakai cermin mata seperti Ifaat Hamani (sape yang tahulah haha—> tetiba). Di sebalik sifat sopan dan ayu itu dan saya rasa dia muda sedikit dari saya (perluke nak beritahu), ada kesayuan pada wajahnya. Rasa sayu yang tidak dapat ditahan-tahan lagi dan rasa sedih yang tidak berpenghujung. Saya rasalah.

Dipendekkan cerita, sebab saya pun mengejar masa ni hehe. Wanita ini menceritakan skrip kehidupannya kepada saya. Bercinta 16 tahun sejak bangku sekolah, berkahwin. Belum ada cahayamata. Kemudian dia pandu kereta, accident teruk. Dia cedera teruk, suami lebih parah. Dua-dua recover. Tetapi, suami berubah selepas kemalangan. Mungkin seperti menyalahkan isteri dia atas kesakitan dia pada hari ini. Mungkin. Siapa kita untuk judge orang yang kita tak pernah kenal ye tak.

Oh saya bukan ambil kes syariah ya. Ini beli rumah dari bekas suami.

Kadang-kadang waktu bercerita, muka dia seperti nak menangis. Tapi sebab saya buat muka gagah saya tu, saya rasa dia bertahan.

Ada soalan yang masih terngiang-ngiang di telinga saya sampai ke hari ni.

“Puan, 16 tahun saya kenal dia, tak adakah sedikit rasa kasih dan sayang dia untuk saya sehingga saya diceraikan begini?”

–>Saya rasa ada. Cuma mungkin dia menafikannya. Saya menjawab.

“Puan ke mana-mana pun saya pergi saya mesti teringatkan dia. Mahkota (Parade) dan semua tempat di Melaka ini saya teringatkan dia. Lupakah dia dekat saya Puan selepas 16 tahun kami kenal sejak bangku sekolah lagi?”

–>Saya rasa dia ingat, sama sahaja seperti Puan. Cuma mungkin dia ada alasan yang tersendiri.

–>Puan, dari tadi saya asyik dengar Puan sebut tentang dia. Risaukan dia yang sakit, murung dan semuanya.

“Saya sayangkan dia lagi Puan”.

–>Puan, saya rasa Puan kena MOVE ON. Puan kena maafkan dia.

“Saya dah lama maafkan dia Puan”.

–>Bagus. Kalau macam tu Puan doa dengan ikhlas semua perkara yang baik-baik tentang dia. Doa dengan seikhlas hati mungkin sehingga Puan menangis waktu berdoa tu. Kemudian Puan teruskan hidup Puan.

–>Lepas tu Puan TUNGGU.

“Tunggu apa Puan?”

–>Tunggu bahawa Allah akan balas beribu-ribu kali perkara yang lebih baik kepada Puan kalaupun tak di dunia, pasti di ahirat nanti. Yang pada satu hari nanti Puan akan bersyukur atas apa yang Puan lalui ini. Ya nampak memang sangat tak logik sekarang. Tapi TUNGGU.

“Betul ke Puan?”

–>Betul. Tapi jangan percaya pada saya. Percaya pada janji Allah.

Lama dia terdiam, kemudian dia tersenyum.

“Terima kasih Puan”.

Berlalu di depan saya seorang wanita muda yang manis, sopan yang memang tidak saya kenali sepenuhnya. Kadang-kadang semua yang berlaku adalah rahsia Allah. Siapalah kita untuk judge dia, bekas suami dia. Doakan yang baik-baik sahaja. Saya percaya suami dia ada sebab kukuh untuk melepaskan seorang isteri semanis Ifaat Hamani ini.

Kadang-kadang, masa yang lebih lama dari 16 tahun diperlukan untuk kita lebih mengenali seseorang kan.

xxxx

Betullah, dunia ini memang sementara sahaja.

Yang benar,

Kak Dalin Peguam Syarie Negeri Melaka yang tak aktif

#this is real story

#dari bilik peguam ewah hashtag

2 thoughts on “Tunggu

  1. i love this.

    yakni mendoakan org yg berperangai tak berapa nak elok pada kita. aku pun ada la sorang dua yang aku tknk sebut dlm doa2ku. alasan aku..eventho aku doa sekali pun, doa aku bukannye ikhlas.

    tapi one day kakngah aku ckp kalau kita doa yg tak ikhlas & susah sgt kita nka doa utk org tersebut, malaikat di kiri & kanan bahu kita aminkan doa yang baik2 itu balik kepada kita. means kita dapat 2 ganjaran ok! tak kan tak nak?

    ikhlas tak ikhlas…itu Allah yang tentukan.

    P/S: ko slalu ada dlm doa2 aku Ana…. aku dah rindu tahap apa tah dgn ko ni..tp tkpe lah..walaupun ko jauh di mata..tp mmg selalu dekat di hati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge