Fat to fit 2017 – Week 4

Hai.

Mengantuk dah berapa kali terkuap ni.

Tapi rindu nak tulis.

Program Fat to fit 2017  saya masih berjalan.

Kena update dekat sini supaya satu hari nanti saya akan baca semula. Akan tiba hari yang saya rasa semua ni adalah membuang masa dan tak beri apa-apa kebaikan pun. Setakat ni hari tu belum tiba lagi dan, saya telah pun mendapat beberapa kebaikan dari program yang saya cipta sendiri ni heheh. Actually saya ni tak aktif media sosial jadi kebanyakan tips ni saya perolehi dari majalah Mingguan Wanita. Dari bersenam, kisah kurus, makan kekacang, minum air, resipi sihat semua kat situ. Kalau rajin baca majalah ni maybe korang akan faham apa saya cakap ni. Tqsm Mingguan Wanita —> tetiba

28.1.17 (Sabtu)

Pagi jogging 45 minit macam tu di Taman Bukit Serindit Melaka. Tengah jogging jam pulak rosak. Kau macam alamak time ni pulak dia rosak padahal tengah kira masa 1 jam nak balik tu. Sebagai seorang yang kononnya sangat organized, well prepared etc benda-benda macam ni memang potong feel jugalah. Lepas tu lari balik rumah bersiap sedia nak pergi meminang untuk adik ipar di Felda Jelai, Negeri Sembilan. Alhamdulillah settle walaupun jauh juga tu dekat 4 jam pergi balik. Tak apalah bukan selalu.

29.1.17 (Ahad)

Joging lagi 45 minit. Tak taulah kenapa jadi 45 minit takde mood ke apa agaknya. Letih kot sebab Melaka pun jammed teruk cuti raya Cina.

Minum air mineral 2-3 botol sehari

Minggu lepas saya dah tingkatkan minum air mineral 2 botol iaitu sekurang-kurangnya 1500ml sehari. Minum air banyak ni memang mengurangkan ketagihan saya terhadap kopi. Guna botol yang tak berapa besar dan target by pukul 1 mesti habis sebotol, by pukul 6 dah settle botol yang kedua. Selain tu kulit muka memang jadi lembut (moist) dan perut pun jadi flat sikit (pengakuan maut haha). Rasa menyesal lak tak minum air banyak sejak 11 tahun yang lepas. Yelah kalau ikutkan ibu-ibu ni dah berapa kali body macam Michelin manalah perut tak tebal sikit. Takpe jangan putus asa uols. Saya rasa kalau kita jaga makan dan minum memang akan beri kesan kepada kesihatan badan secara menyeluruh nanti ewah….

Oleh kerana ada beberapa kesan baik terhadap kesihatan badan, saya dah upgrade minum air mineral ni kepada 3 botol sehari bersamaan dengan 2250 ml (750ml x 3) sejak 1.2.17. Alhamdulillah ok berjaya sampai hari ni. Macam tak percaya juga sebab dulu saya minum sebotol aje kan. Kalau dulu saya kopi, kopi dan kopi sekarang saya berjaya ubah habit ni. Rasa takkan tambah lagi kot maintain aje 3 botol ni bulan ni.

Caranya mudah target by pukul 11 1 botol, pukul 4 dan pukul 7. Kalau kena drive bila sampai baru minum.

Bye

Oh saya letih betul ni. Kaki lenguh tak sudah seharian joging-masak-kemas rumah-tolong anak buat mini library-kemas balik-blablabla. Satu rumah dah kemas except bilik office saya ni. Dah tak rupa office pun sebab semua barang dekat bilik lain yang tak pakai kena sorong masuk sini. Oh I need more cuti please.

Jumpa lagi.

Tidur lena ok. Bye!

One thought on “Fat to fit 2017 – Week 4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge