Hai assalam.

Sejak beberapa minggu lepas bila pergi Popular rasa terganggu.

Sabtu biasanya bawak anak pergi sana beli buku. Suka tengok diaorang pilih buku yang best yang cantik, perkara yang saya tak dapat masa kecil dulu. Masa kecil saya banyak habiskan baca buku pengembaraan Enid Blyton (hence the sifat investigator haha) dekat library sekolah dan kalau dekat rumah baca semua buku sastera ayah (hence the sastera side of me). Ayah saya guru sastera, sejarah dan matematik. Saya baca Seorang Tua Di Kaki Gunung, Hikayat Malim Deman, Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup dan kalau bosan sangat saya baca buku ayah masa dia belajar dekat UKM dulu.

I just live with books.

Sekarang ni saya tengok macam ada trend jadikan fb status jadi buku.

Kalau Prof Muhaya tu ok.

Or Dr Anwar Fazal- yang ni sebab memang dia publish new quotes untuk jadikan buku. Bukan yang kau pernah baca.

Saya pernah beli buku yang glamer sangat tapi saya baca suku aje kot. Sebab dia kompilasi blogposts penulis tu.

Buku bagi saya adalah sebuah buku yang bercerita.

Yang kau duduk di satu sudut dan tenggelam membacanya.

Bukan petikan kata-kata.

It must be a story.

Ada intro, isi dan penutup (like a goodbye).

Yang kau perlukan the best bantal, or the best couch untuk baca.

And maybe a cup of coffee.

I just miss reading a good book.

A real book.

Risau juga dengan publisher sekarang yang kumpulkan status fb buat buku.

Especially for business.

Apa-apa perkara pun kau kena pergi kelas, berguru, beli buku yang bagus atau belajar dari sepak terajang dunia itu yang sebenar (hard yet the best way).

Tiba-tiba rasa risau adakah anak-anak saya akan baca buku status media sosial orang aje nanti.

No kids.

U must read.

A real good book.

#sendiri meroyan sendiri tak nak tulis buku

4 thoughts on “Buku

  1. Saya setuju sangat part blogpost jadi isi buku tu. pernah cuba juga membacanya. hasilnya baca tak sampai suku pun..hihi.
    Akak..aduh kenapa serupa ni?zaman kanak-kanak saya pun sama memang dok mengadap buku enid blyton, hardy’s brother, siri sarah (tapi malay version yang ada di perpustakaan)..selalu berangan nak buat kes penyiasatan sendiri. dasar suka berangan.
    keep update blog akak. setiap hari saya mesti tengok kot-kot ada new post.hihi

  2. Saya rasa saya tahu buku yang dimaksudkan tersebut. Memang kecewa la. Ingatkan buku, rupanya koleksi blogpost. Kalau e-book saya rasa saya masih boleh terima. Nak kata biografi pun bukan, nak kata buku cerita pun bukan. Yang pasti, ia bukan buku motivasi.

    Tahniah kepada penulis buku Bahasa Melayu yang masih mampu menghasilkan buku berkualiti dan tidak hanya menupang populariti nama atau menggunakan perkataan islamik sebagai pelaris.
    Azwan recently posted…Kompilasi Kisah Pemenang Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge