Aku + secawan coffee latte (Fat to fit Week 3)

Hai blog. Salam. Rindunyeee….

Masalah underline post masih ada jadi memang pasrah aje buat post SEO lepas tu tak boleh garis perkataan. Ke dah ada teknik terbaru SEO tak perlu garis lagi oh semua kau tak tau —> pitam. Still hutang 1 post SEO untuk blog ni untuk bulan Januari 2017—> menangis di bucu laptop.

1 jam

Sabtu lepas saya buka cpanel. Cpanel ni macamana pula nak terangkan ya. Saya ada beberapa blog dan website, cpanel ni macam rumah dia. Oleh kerana saya bukan teknikal sangat, cpanel ni saya buka setahun sekali aje. Di situ ada juga data pembaca blog. Buka pun sebab nak backup blog, mungkin nak tukar theme. Nak pitam pulak rasanya tengok theme yang sama dah 2 tahun, tapi fobia juga. Dulu pernah tukar terus tak boleh taip apa.

Bila saya klik Awstats ke apa nama dia tu, saya tengok ada pembaca blog ni yang membaca lebih dari 1 jam di sini. Apakah korang study ke apa blog akak ni? Ini ada unsur-unsur ngeri okeh. Nak baca boleh, tapi jangan nak macam-macam ye haha. Terima kasih sudi baca. Bagi seorang penulis macam saya, tidak ada apa yang lebih membahagiakan bila orang baca cerita yang kau tulis. Kalau dia kata ala tak kesah orang baca ke, dia tipu. Dalam hati suka lettew. Baca boleh tapi jangan judge okeh.

Tulis dari hati

Hidup sibuk macam biasa. Kadang Tuhan memberi rezeki kepada kita dari sumber tak terduga. Hilang rezeki ini, dapat rezeki yang lain. Hidup saya masuk office, sign, keluar meeting, always on the go. Cuba untuk istiqamah solat sunat setiap hari especially solat dhuha. Alhamdulillah walaupun penat sangat-sangat, rezekinya ada dan berterusan. Kena percaya bukan klien yang bagi rezeki, tapi DIA. Kena tanamkan dalam hati perkara ni.

Anak-anak belajar pun macam biasa. Berjaya juga pujuk minah kecik Ica untuk istiqamah solat 5 waktu. Berbeza tau nak didik anak lelaki dan perempuan bersolat. Tapi lain kali saya cerita ok.

Bila tulis post-post SEO saya tulis sekali je saya tak baca balik sangat. Bila tulis post pendek-pendek cerita dari hati mesti baca balik banyak kali. Rindu ke tulis merapu? Mungkin.

Bila kau suka menulis lepas tu kau tak sempat menulis like something is missing in your life. You are happy but something is not there. Saya selalu doa semoga Allah swt akan menggantikan perkara yang hilang dalam hidup saya dengan perkara yang lebih baik. Dan DIA tak pernah mengecewakan saya, sentiasa bersama dengan saya. Alhamdulillah.

Fat to fit Week 3

21.1.17 – Sabtu

Dah minggu ke 3 jadi saya tingkatkan masa bersenam kepada 1 jam. Sampai bila kau nak berada di takuk lama setengah jam tu ewah eksyen haha. Bagi saya bersenam ni kau kenalah happy-happy jangan nak memaksa diri. Bila rasa dah bersedia tu tingkatkanlah masa khens.

Sabtu lepas gigih ok pergi taman joging setengah jam, lepas tu join auntie2 senamrobik lagi setengah jam. Tak hyper sangatlah tapi auntie ni kelakar. Saya mudah klik dengan orang yang kelakar. Rasa cam nyesal lak kenapa lah tak join group auntie ni lebih awal. Nampak ah-soh je auntie tu tapi body dia fit ok. Lepas tu bagi arahan macam komander kalau kau silap buat tu dia jerit tak tahan nak dengar. Dah buat tu balik rumah kagum pulak dengan diri kaki sekadar lenguh takde apa sangat pung —> riaklagitakabburlettew

25.1.17 – Rabu

Lepas tu Melaka hujan sampai Selasa. Papa pulak Ahad tu pergi berbasikal beramai-ramai under marathon basikal. Rabu petang saya gigih joging setengah jam, lepas tu aerobik setengah jam kali ni join grup hyper. Kalau zaman dulu boleh buat jumping jack (lompat bintang) tu sekali 80 set takde hal. Ni nampak sangat kau dah kertu sekadar 50 aje dah semput. Dasar fatty! Oh ini adalah cabaran tahun ni Dalin Ali sila jumping jack 100 set tanpa henti kalau berjaya memang power. Memang nak putus nafas jugaklah beraerobik ni. Kadar kelenguhan kaki tu tak dapat nak dibayangkan bila kau kena melompat-lompat dekat setengah jam tu.

Minum air mineral 1.5 liter (siang)

Ok minum air mineral juga dah ditingkatkan. Tip dia jangan minum kafein pagi-pagi ke. Rupanya air mineral ni menghilangkan ketagihan tau.  Tak adalah rasa coffee craving lagi. Bila dah habis sebotol top up lagi untuk petang. Bila kau ada target (2 botol) kau akan jadi lebih fokus. Kulit muka pun lebih moist. Bila cucuk dengan jari dia macam lembut aje tak ada rasa mengelupas/ kering ke apa.

Kalau nak travel bila nak sampai or tahu capaian nak ke toilet tu berapa minit baru minum air. Kalau tak karang kau rasa nak lempang aje sape yang tegur kau masa kau nak cari toilet haha —>#ukeepquiet. Ada 1 hari yang gagal juga minum 1.5 liter ni bila ada meeting tak sudah-sudah. Cuba biasakan bawa botol ke mana-mana. Tengok budak Herbalife kagum je tengok dorang bawak botol Herbalife 4 ke 5 liter tu kan. Makan kat kedai sila order air suam ye. Saya kan selalu serba-salah dulu eh kesian pulak pakcik/ makcik ni aku order air kosong je. Karang dia untung sikit je camne. Selalu nak serba-salah gitu padahal orang tu takde kesah pun. Oh kalau camtu masa bayar tu tak payah ambil baki. Kira bayar air le tu khens.#pergolakanperasaanyangorangtakpaham

Roti wholemeal

Roti ni kan memang saya letak dalam kereta/ rumah/ office. Kalau lapar sangat kena makan dulu. Pagi buat benjo (telur tu) makan dengan air mineral, kenyang sampai tengahari gitu. Sementara tu makanlah lagi sekeping gitu kalau lapar nanti. Kalau malam lapar sangat buat milo + susu fernleaf family cecah roti ni sedap juga. Kenyang. Makan nasi saya still macam biasa, nasi separuh lebihkan sayur + ayam/ ikan. Kat rumah makan beras herbaponi. Tak jumpa lagi kaedah menggantikan nasi yang sesuai dengan diri saya. Pernah je tak makan nasi lepas tu petang kau macam naga kelaparan. Daripada saya jadi grumpy baik saya makan nasi asalkan tak over. Ni cuti panjang bahaya juga family semua suruh makan ye, makan ye sebab diaorang tahu saya suka makan tak cerewet T_T

Coffee talk

Ok kopi ni saya rasa memang sedap. Pernah nampak kat Ig Dr. Zubaidi tapi dekat Melaka ni ada satu je stokis kot. Kalau berjaya habiskan 1.5 liter air mineral saya reward diri dengan minum sikit kopi ni. Sikit je. Memang tak rasa nak minum kopi lain macam Indocafe tu lagi ke. Lagi satu dia tak manis. Papa pulak dia buat-buat sweet lettew sentiasa buat surprise ada stok baru kopi ni dalam peti sejuk. Naik motor pergi beli sebab area tu selalu takde parking. Terharu Mak taw 🙂

Fit ker???

Bila mula jaga makan dan bersenam ni memang badan rasa fit juga walaupun sibuk dengan kerja dan family. Dulu malam mesti ada nak update blog itu ini tidur lambat badan pun jadi letih. Sekarang lepas jadi cikgu tuisyen dekat rumah, pukul 10 malam je jom kita tidoooo. Ni dah minum secawan cofee latte barulah boleh berjaga ni ha. Walaupun coffee tu tulis dekat kotak tu – eyes wide open, saya kalau dah ngantuk sangat tidur juga….

Oklah uols. Fuyyo 1140 patah perkataan ni. Kalaulah buat artikel semudah ini mesti setiap Jumaat saya siapkan 1 artikel hehe.

Jaga diri. Mula bersenam. Just do it!

Jumpa lagi bye!

2 thoughts on “Aku + secawan coffee latte (Fat to fit Week 3)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge