Fat to fit 2017 – Week 2

Hai.

Dah dekat seminggu baru sempat nak update.

UPSR

Hidup saya sekarang berkisar dari pagi-kerja-balik-uruskan anak belajar/mengaji. Jadual lebih padat sebab Aiman nak UPSR. Sabtu lepas dah kem motivasi pertama dan tuisyen sekolah akan start Februari nanti. Itu belum lagi tuisyen biasa, kelas taekwondo jadi nak tak nak kenalah mengharungi semua ni bersama-sama dia. Walaupun anak saya 2 orang sahaja, saya banyak belajar dalam masa 11 tahun ni bahawa ibu bapa memang kena mainkan peranan dalam pembelajaran anak-anak. Sama ada sekolah atau bab-bab agama. Kalau kita sub semua kat orang, unless anak kau genius, kalau yang biasa hasilnya akan biasa sahaja. Kena duduk sekali, ambil tahu jadi kita kenal anak kita ni macamana. Macamana nak bantu dia. Kita yang kena bantu dia dulu, bukan orang lain. Aiman is the average boy while Ica is the textbook perfect. Aiman kalau kau beri attention pada dia, dia akan perform. Dia malu nak bagitahu masalah dia, tapi kalau kau jadi Inspektor Sahab –> which is my expertise, kau akan tahu apa masalah dia. Dari situ kita boleh bantu dia.

GOODBYE

Panjang lebar cerita haha. Oleh kerana kesibukan ini rasanya tahun ni saya akan ucapkan selamat tinggal kepada dunia penulisan artikel. Dah tak boleh squeeze masa lagi kalau dulu weekend Papa bawa anak-anak keluar atau malam-malam berjaga sekarang I just dont have the energy anymore. Wikend I have to spend time with family sebab itu sahaja masa yang ada. Mak Ayah pun tak sihat juga. Kalau dulu selalu cerita pasal artikel lepas ini tidak lagi. Glad to be part of the #Tazkirah basic team. Apa lagi yang boleh saya ucapkan selain bersyukur diberi peluang menulis 19 artikel di Tazkirah net. Pernah rasa artikel viral, kena puji dengan owner web, cikgu, editor, artikel featured semuanya saya dah rasa. Paling terharu adalah ucapan tq dari strangers —> ini adalah priceless. Mereka juga dah ada solid team sekarang jadi maybe it is time for me to go. Walaupun saya akan selalu rindu lihat nama saya ditulis sebagai Author: Dalin Ali but hey I still have this blog. Semoga huruf-huruf yang saya tulis dahulu akan berdiri menyelamatkan saya di akhirat kelak. Amin.

Hah cerita pasal menulis mesti nak sesedih gitu haha. Saje tulis buat kenang-kenangan.

FAT TO FIT 2017

Oh program Fat to fit 2017 saya masih berjalan ye. Jangan nak speku kata ha tu dah stop lah tu. Padan muka eksyen lagi.

Tak baik tau. Saya masih dalam misi Fat to fit 2017 saya. Tapi kali ni saya dah betulkan niat nak sihat sebab nak beribadah. Astaghfirullahal’azim nak fit sebab nak tengok anak membesarlah, naik motor bagai, tidak. Betulkan niat. Nak sihat kerana nak beribadat kepada Allah swt. Menjaga keluarga, kerja pun ibadah ye. Ada satu quote ni saya suka – Kejar akhirat, dunia dapat! Cool sape yang reka ni. I like!

Ok ini program pada wikend lepas:

14/1/17 (Sabtu)

13hb saya ada job party di sebuah hotel di Melaka. Malam tu siapkan pulak barang untuk party esoknya di Muar. Pagi esok 14hb pukul 8.30 pagi ada kem motivasi dekat sekolah Aiman. Sebab saya suka buat kerja last minute jadi malam tu saya tidur 4 jam je bangun balik pukul 5 pagi setelkan baju sekolah, kemas rumah bagai. Pukul 7.30 pagi pergi taman, lari dan jalan setengah jam. Lepas tu pecut balik rumah, siap-siap pergi sekolah Aiman jalan kaki je 2 orang sebab dekat. Papa kena jaga Ica kat rumah. Kem ni pulak ada part yang syahdu-syahdu kena nangis-nangis tu haha adoi. Kalau orang anak ramai tu kena selalu syahdu kat kem-kem macam ni lah ye 🙂 . Kem berakhir pukul 12 tengahari macam tu. Lepas tu pukul 4 petang dah nak gerak pergi Muar pulak.

Walaupun saya sibuk gila 13, 14, 15 tu dengan 3 job party berturut-turut, memang dah set dalam otak bahawa saya akan pergi bersenam jugak. Kadang-kadang saya mentakrifkan bahawa orang yang kerja full time lepas tu dia buat kerja part time gini adalah gila sewel haha.

15/1/17 (Ahad)

Balik dari Muar semalam dekat tengah malam juga. Set up sekejap aje dalam 1 jam lepas tu kita lepak dekat Tanjung Agas, solat dekat masjid cantik dekat situ lepas tu round jalan-jalan, makan-makan dekat sana. Pukul 10 dah collect barang tapi sebab Papa rabun terlepas banyak simpang balik ke Melaka. Dekat pukul 11 macam tu sampai rumah. Pagi esoknya pukul 7 lebih  pergi taman ingat nak join aerobik tapi dah lewat. So joging lagi setengah jam. Saya pernah baca dekat blog Tuan Adly Mukhtar ni dia macam ni lah lebih kurang, kalau kita mampu lari 1 jam hari tu larilah setengah jam sahaja. Sebab bila tiba hari-hari kau tak mampu nak spend time lebih dari tu (setengah jam), kau tak adalah rasa kecewa dan demotivated sangat. Yang penting konsisten, kau buat secara tetap. Biar kecil langkahnya, tapi konsisten. Ini untuk newbies lah ya.

Glad I still exercised 2 times in the 2nd week of 2017 heheh.

Kali ni lepas exercise lenguh-lenguh juga tapi tak adalah teruk sangat. Yang penting kena biasakan juga pergi bersenam barulah otot-otot kau menyedari diri bahawa tuannya dah insaf haha.

GOOD HABITS

Selain dari bersenam, kenalah juga amalkan perkara-perkara baik yang selalu kau buat dengan tidak konsisten. Kau tahu tapi kau tak amalkan:

  1. Minum air mineral 750ml dari 8 pagi-6 petang setiap hari

Saya selalu skip ni sebab kerja saya banyak keluar. Lepas tu bila dah minum kopi kau tak rasa haus sangat. Dekat rumah memang minum air mineral tapi tak kira berapa cawan. Apa yang penting adalah kita kekal hydrated pada waktu kerja sebab cuaca sekarang tak menentu. Jadi sejak minggu lepas saya tetapkan untuk habiskan sebotol air mineral ni 750 ml setiap hari pada waktu siang. Bangun pagi memang minum dan waktu malam pun tapi itu tak kira. Cara untuk motivate diri adalah tahan diri dari minum kopi o kosong tanpa gula saya tu (or neslo o) kecuali dah habiskan 1 botol air mineral ni. It works. Coffee addict macam nilah. Bersemangat nak habiskan air sebotol sebab nak kopi kosong punya pasal. #jangankaujadidrugaddictsudah T_T

Tak kiralah orang lain minum 4 liter, 13 liter ke, 1 tong ke, kita stick kepada falsafah kehidupan kita minggu itu. Selepas beberapa lama nanti baru kita upkan ikut keselesaan kita. Saya dulu selalu je time bersemangat habis satu hari 1.5 liter waktu kerja, esoknya kerja luar memang tak minum pun sebab takut asyik pergi toilet while travelling.

So dah 11 hari ni saya dah minum dekat 8.25 liter air mineral pada waktu siang sahaja.

Kalau hari cuti biasa dekat 2 liter juga sehari. Guna botol kegemaran supaya senang nak monitor. Stick to your decision. Jangan terikut-ikut orang. Ini paling penting. Kau aje yang kenal diri kau tu rajin ke malas minum air masak.

2. Snek sihat

Sejak awal Januari saya mula beli kekacang macam badam, gajus, kuaci mentah di bakery supplies lepas tu panggang guna pemanggang ajaib. Ni semua kes malas keluarkan oven dekat stor. Kekacang ni adalah sumber asli Omega 3 yang bagus untuk otak, jantung dan semuanyalah —> malas nak tulis haha. Kadang baru beli dan bilas pun family saya dah makan. Tips ni dari Ig/ fb Dr Zubaidi Ahmad. Tapi kenalah ambil berpada-pada juga. Kalau ikut Kevin Zahri hanya sebanyak 2 jari sahaja setiap kali makan (macam susun kekacang tu sepanjang 2 jari sahaja). Kalau ikut Dr Zubaidi ambil kuaci mentah dalam 1 sudu kecil sahaja sehari. Kalau yang beli siap packing tu biasa ada garam dan gula, kali ni saya panggang fresh memang tak ada rasa apa except rasa lemak kekacang tu sahaja. Letak dekat rumah, dalam kereta dan jadi healthy snack untuk kami sekeluarga.

Bilas, toskan, panggang dalam pemanggang ajaib api kecil 20 minit. Gegarkan pemanggang selang 5 minit. Tutup api. Tunggu sejuk. Kalau nak lagi rangup lagi lamalah ya.

Oh dan snek yang ni pun sedap juga. Dia Low Fat Munch gabungan oat, kuaci, badam dan few kekacang lagi tak sempat nak ambik gambar betul-betul sebab dah habis kena makan on the way ke Muar hari tu. Lepas tu ada gaul dengan choc sikit memang sedap gila. Tq Faizah. Nanti nak order lagi sebab Aiman dengan Ica pun suka. Papa memang mat kacang. Kalau nak lagi mudah sediakan kudapan yang sihat dan sedap macam ni boleh order dengan Faez ni.

Check out her Instagram atau WhatsApp Faizah di 016-6901757.

Ok itu sahaja laporan Fat to fit 2017 week 2 saya. See you next week. Nak tido dah.

Bye!

#buatperkarakeciltapikonsisten

3 thoughts on “Fat to fit 2017 – Week 2

  1. Good job Puan! Saya pun train suami minum air masak ikut keselesaan badan. Asalnya dia jenis yg mmg tak suka air masak. Air masak sangat penting untuk organ bekerja dengan baik dan untuk kulit yang sihat dan nampak cantik semulajadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge