Harga vaksin kucing di klinik haiwan dan grooming

Hai. Rindu dekat blog. Post kucing dekat sini selalu juga dibaca jadi saya share Harga vaksin kucing kali pertama di klinik haiwan dan juga bayaran kecantikan mereka ala Che’ Ta @ grooming haha. Post kucing di sini adalah untuk newbies jadi kalau ada otai kat luar sana yang baca diharap jangan mencemuh diri hakak yang kerdil ini ok. Hakak luangkan masa lunch tau update pic masuk blog dulu, tu belum lagi resize gambar guna Pixlr di traffic-traffic lights di negeri yang glamer dengan tagline Dont mess with Melaka —> yang orang Melaka pun tak paham tu. Mohon jangan dikecam semangat hakak yang membara ni ok.

Ok semua tahu kan saya ada budak kecik ni. Nama dia Tommy. Tommy adalah seekor budak jantan yang manja (tapi bukan lembut ok) yang telah tetiba muncul dalam hidup kitaorang. Like a new year gift…

Saya kan tak pernah bawa kucing pergi doktor vet untuk vaksin sebab saya rasa cukuplah dengan kasih sayang, ikan goreng, ayam goreng special saya tu maka akan sihat gemuk debablah diaorang ni kan.

Tapi saya silap.

Kucing ni macam baby juga kalau nak dia sihat kita memang kena vaksinkan dia atau jaga dia dengan baik. Saya pernah hilang Elle like I told you 1000 times jadi kali ni saya decide untuk bawa budak kecik ni pergi vet untuk vaksin.

Untuk menjadikan anak-anak bertanggungjawab bela kucing ni saya akan syaratkan untuk guna duit diaorang sendiri untuk rawatan vet (vaksin/ sakit), siapa yang mandikan dia (beli syampu etc), siapa yang bersihkan najis dia (kucing saya semua toilet trained lain kali saya tulis pasal ni) semua dah ada tugasan masing-masing. Macam makanan saya sediakan. Tapi yang lain anak-anak memang kena train kalau tak nanti dia syok-syok main aje tapi tak nak jaga.

Rawatan vaksin kucing kali ni saya google paling dekat dengan rumah adalah Klinik Haiwan Vally Melaka. Saya call dulu tanya dia so dia buka hari Sabtu. Tanya juga vaksin berapa harga sebab Aiman guna duit dia. Diberitahu ada 2 jenis vaksin kali pertama iaitu RM50 dan RM75. So Aiman standby RM70 macam tu dia ni selalu kumpul duit atuk, nenek, mak pak sedara kasi pastu bila dia tolong beli barang pun saya kasi lebihan tu kat dia. Dia biasa kumpul untuk beli bola, majalah bola macam tulah bola sokmo dia ni. Bila kitorang nak outing memang anak-anak saya kena bawa duit sendiri untuk beli barang-barang yang diaorang nak. Jadi kena simpan duit kalau tak melopong ajelah tengok orang lain beli barang.

harga vaksin kucing kali pertama di klinik haiwan

Ok untuk bawa kucing pergi vaksin kena ada carrier macam ni. Harga dalam RM70 ke atas macam tu. Dulu pernah bawa Ben yang tangan bernanah sebab luka bergaduh, ada juga bawa Elle yang selsema dengan sakit mata. Penyangkut pintu tu dah patah actually tapi bolehlah nak bawa si Tommy ni. Carrier ni pun Aiman yang cuci ada juga kotor sikit-sikit lagi oklah tu.

harga vaksin kucing kali pertama di klinik haiwan

Bagi Tommy makan dulu. Siapkan bekas air dan biskut kucing (kibbles) tu sikit. Dia ni makan aje kerjanya. Asal letak aje habis. Kita macam genglah Tommy, Mama dengan Aiman pun suka makan. Makan = bahagia tehehe.

Bila sampai, biasalah klinik tanya nama kucing, jantina, umur, warna dia untuk direkodkan. So korang standbylah nama yang glamer-glamer sikit. Kitaorang pilih vaksin kucing yang basic RM50 lepas tu tambah ubat cacing RM10. Klinik Vally ni dia otai juga kat Melaka, nampak macam bangunan lama sikit dari luar. Tapi doktor dia ok dan berpengalaman, staf pun. Kadang kau pegi klinik yang gah sangat tapi layanan cam hampagas pun korang takkan pergi lagi kan.

Tunggu kejap aje dah panggil masuk. Kitorang 4 orang + Tommy masuk sekali. Oh Tommy dia rilek sangat diam aje takde buat perangai saya bajet dia dah kenyang. I can feel u Tommy – happy tummy, happy heart, less the drama. Gittew!

harga vaksin kucing kali pertama di klinik haiwan 5

Inilah rupa bilik pemeriksaan tu. Mula-mula kena check juga takut ada demam ke tak boleh vaksinkan dulu. Macam baby. Kena sihat baru boleh.

Lepas tu doktor pun timbang si gemuk ni. Papa dok gelak-gelak cakap eh kita cam ada baby pulak Ma! Ehemmm bagi hint lettew.

harga vaksin kucing kali pertama di klinik haiwan 6

Berat si gemuk ni adalah 1.4kg. Tengoklah gegar-gegar gambar ni dengan si Aiman bukan main risau anak kecik dia nak kena timbang haha. Aiman, Aiman dia ni katak pun dia suka. Cakap ajelah haiwan apa pun semua tak takut, saya panggil dia aktivis haiwan macam Nenek Sarah–> Mak saya.

harga vaksin kucing kali pertama di klinik haiwan 7

Lepas tu letak kucing atas meja besi tu. Kena pegang badan dia macam tu, nanti doktor akan cucukkan vaksin tu dekat bawah peha dia macam tu. Entahlah saya tak nampak sangat. Tapi korang tengok macam kena sula kan. Bukan. Jangan nak speku okeh.

Lepas tu doktor cakap nak tak beri dia ubat kutu? Sebab nanti mudah berjangkit kepada uols. Dia main dengan anak u kan? Kalau dah berjangkit nanti susah. Harga ubat kutu ni RM17 so kita pun oklah. Ubat kutu ni kalau korang bayangkan dia lumur satu badan ke memang tak ya. Dia cuma lumurkan dekat belakang tengkuk dia. Itu aje. Kitorang pun macam whatt?? Lepas tu dah diterangkan baru faham bahawa bahagian tu je yang dia tak boleh bersihkan/ jilat so itu lebih efektif. Okay doc. Doc is always right–> taktau nak komen apa lagi haha.

harga vaksin kucing kali pertama di klinik haiwan 8

Ini sebelum kena lumur tapi dia diam aje. So itulah taktik dia bagi makan dulu so dia diam aje haha. So itulah sahaja prosedurnya.

harga vaksin kucing di klinik haiwan 9

Doctor yang vaksinkan Tommy adalah Dr. Tay Kimmy. Nampak macam sibuk je lah lari ke sana sini tapi baik je. Dr yang atas sekali tu adalah Dr yang jaga kedai pet kat sebelah. Best juga kedai dia banyak barang cuma macam dusty sikitlah tempatnya. Papa cakap dari dia kecil lagi memang Dr Segar ni dah ada selalu juga dia hantar kucing pergi vaksin, grooming atau boarding. Lepas tu stop bila kucing kesayangan dia mati. Sentimental jugak si Papa nih nama je muka ada janggut sejemput eh apa ada kaitan haha.

harga vaksin kucing kali pertama di klinik haiwan 10

Ok inilah buku vaksin dia, buku dia comel cuma saya tak tunjuk full lah. Sebulan lagi kena datang lagi. Bila divaksinkan, pelekat pada botol tu akan dilekatkan pada buku ni kira macam buktilah. Kos vaksin kali pertama adalah:

Vaksin RM50

Ubat cacing (makan) RM10 –> takde gambar pulak

Ubat kutu (lumur kat tengkuk) RM17

Jumlah : RM77

arga vaksin kucing kali pertama di klinik haiwan 13

Ok ini pilihan vaksin kucing kami pilih yang atas sekali (RM50). Entah apa penyakit tu layankan aje. Kata nak anak sihat kan!

Yang kedua (RM75) tu takut pulak baca siap leukemia bagai lepas tu bila baca yang FelV teringat lak produk Datuk Rosyam Noor yang ZellV tu —> apa kaitan haha. So kita go for basic je kali ni.

harga vaksin kucing kali pertama di klinik haiwan 11

Jadi jadual makan ubat cacing di sini ya. Bila fikir balik gigih juga nak ubat cacing selalu sampai tiap-tiap bulan ke yelah budak kecik ni pun suka main kat tanah kan. Perut dia kalau dah buncit sangat tu mungkin dah kecacinganlah tu.

harga vaksin kucing kali pertama di klinik haiwan 12

Jadi ini checklist untuk pergi vaksinkan kucing ya:

  1. Pastikan dia sihat
  2. Pastikan stiker vaksin ditampal. Maknanya kalau layanan cam hampagas kat situ takde masalah nak pergi klinik lain just continue aje
  3. Bawa buku ni ke klinik walaupun dia tak sihat ke bukan untuk vaksin sahaja sebab dr. nak timbang berat dll juga.
  4. Lepas vaksinkan jangan mandikan selama seminggu ya. Saya rasa sebab tak nak kucing sakit sebab badan masih fragile. Lepas vaksin dr. cakap mungkin dia rasa tak selesa, demam ke. Macam baby lah lebih kurang.

kucing vaksin di klinik haiwan dan bayaran grooming

Ok ini pula bayaran untuk boarding (jagaan), hair trim (mengalahkan retis), bath and grooming (mandi dan men che’ta kan) dan general grooming. Kalau mandikan tu kita just tinggalkan nanti dah siap dia call ambik. Pendek kata siapkan duit saje. Sedation tu macam dia bagi ubat tidur kot. Agaknya. Kau ingat haiwan tak stress ke tak pasal-pasal kau nak gunting-gunting rambut dia? Entah elok ke tidak hasilnya nanti haha.

Jadi dah pergi vaksin ni macamana keadaan Tommy?

Sihat ke dia?

Dia selain sihat, asyik makan aje kerja dia. Makan, tidur, main, kacau orang. Kadang terkejut tau malam-malam terjaga tetiba ada kat tepi muka. Whattheheck sangat dia ni.

harga vaksin kucing kali pertama di klinik haiwan 15

Oh yang tempat main pink ni adik ipar saya kasi pinjam. Saya tak kuasa nak beli. Tengoklah Ica sentiasa rakam gambar, video dia. Lepas tu dah kenapa kau tampal handyplast kat belakang Ipad tu nak? -_-”

harga vaksin kucing di klinik haiwan tom 2

“Kenapa ambik gambar ni, mak terkejut nak!!!”

Orang suka kucing dia ada satu habit, suka buat dialog kucing. Tak caya cuba dekati mereka nanti dengar diaorang buat dialog macam voice over drama bisu haha. Kind of penyakit ke saya tak pasti. Dia macam habit.

harga vaksin kucing di klinik haiwan tom 1

“Saya si gemuk yang kuat makan macam Mama Aiman!”

Kenapa saya bawa kucing pergi vaksin adalah sebab anak saya hidup bersama-sama dia. Balik sekolah, masa belajar sampai tidur sentiasa main dengan kucing. Kucing is part of their lives. Dan saya tak sampai hati menarik kebahagiaan ini dengan tak bela kucing. Tommy ni mungkin sebahagian dari episod gembira dalam hidup kami sekeluarga. Satu hari nanti macam kami dia mungkin sakit, mati tapi kali ni sekurang-kurangnya saya dah usahakan yang terbaik. Vaksin pun boleh dibuat di klinik veterinar kerajaan cuma saya tak berkesempatan untuk bawa sebab kerja. Utamakan vaksin dulu, yang lain-lain grooming pun saya tak buat. Kalau anak saya nak diaorang kena kumpul duit nanti saya hantarkan. That’s the deal.

Oklah korang. It took me 2 days to complete this post- Harga vaksin kucing di klinik haiwan dan grooming. Harap dapat beri panduan untuk pencinta kucing sekalian. Walaupun diorang ni pengacau, penyibuk, mengada-ngada tapi bila kau tinggal sorang-sorang kat rumah kau peluk dia rasa bahagia sangat kan. Sep sikit cat lovers semua. Bye!

p/s: Tak sempat nak vaksin kucing? Yang penting bagi ubat kutu dan cacing dulu boleh baca dekat SINI!

9 thoughts on “Harga vaksin kucing di klinik haiwan dan grooming

  1. Assalamualaikum kak..yang ni akak bawak pergi klinik swasta ke?kiranya semua kos di sini yang di klinik swasta punya ke?maaf banyak tanya..baru nak berjinak2 belai kucing..hehe

  2. Hi Am.
    Boleh ke Vally Animal Clinic.
    No. 109, Jalan Laksamana Cheng Ho, Melaka, 75000 Malacca, Malaysia
    Phone: +60 6-284 9918

    Dia ni dekat area Bukit Cina, Melaka.
    Dekat Perodua Sales Bukit Cina. Ad pemborong buah-buahan dekat tepi jalan dekat situ.
    U boleh google utk map juga.
    Semoga cepat sembuh kitty.
    dalin recently posted…PeliksMy Profile

  3. Akak nak tanya yang “Cat boarding fees” tu setiap bulan ke kita kena bayar Rm13 tu ? Ke cuma bayar sekali sahaja and tinggalkan terus kucing untuk dijaga ?

  4. Hi afiq. Yg boarding tu biasanya adalah kos untuk sehari- tempat tinggal, jagaan dan makan minum kucing kita.
    Jadi kalau kita ke tempat lain katakan 3 hari, x 3 je jumlah tu.
    Dalin recently posted…Friends till jannah…My Profile

  5. Ubat kutu letak kalau confirm ade kutu je kot..biasanya boleh nmpk merayap kt badan die.kaler Tommy pn cerah. Sekadar perkongsian. Risau tiap kali pegi klinik doctor asyik nk bagi ubat kutu je utk extra charge.hehehe..

  6. Hi Mia. Tommy ni kuat berjalan tau Mia so saya selalu juga letak ubat kutu sebab kutu ni dia invisible jugak kdg2.
    Tq Mia datang sini 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge