Fat to fit 2017-Week 1

Haha.

Buat saya gelak besar tulis ni dekat blog.

Ya minggu lepas telah bermula program Fat to fit 2017 saya.

Berat 63kg dengan tinggi 1.64m sejak 11 tahun lepas memang tak membanggakan okeh.

Kalau sebelum kahwin berat 58kg, macam setiap kali lepas bersalin kau naik 2.5kg—> lap peluh takde anak 10 orang haha T_T

Masa preggy last pernah naik sampai 81kg, ha yang ni memang debab angat tapi Papa still kata comel. Ah dia ni memang kerap bias. Sampai sekarang kalau tanya dia cakap Mamalah yang paling jelita di dalam kariah kita ni darling…. Aiman lagilah. Kalau tanya cantikke Mama pakai baju ni dia jawab:

Mama, abang sentiasa tengok Mama cantik. Mama putih, Mama cantik….

Apa kau ingat mak kau ni guna produk Qu Puteh??? Ok ni tak kelakar.

But not Ica. Ini memang the real commenter. Kalau tanya tudung ni cantik tak dia akan cakap kenapa tudung kaler tak ceria. Dia suka shocking pink, shocking blue. Kalau pergi orang kahwin, dia yang pilihkan baju dengan tudung. Syukur ada fesyenista kecik ni. Ada sekali tanya ok antara Mama dengan Zila Bakarin sape gemuk? Dia cakap mestilah Mama yang kurussss…

Lega hati Mak haha.

Saya akan tulis rutin setiap minggu sebab saya bukan ahli sukan. Saya cuma nak ingat betapa susah saya nak keluar pergi bersenam tu so I wont quit.

Blog ni kalau saya baca balik gelak juga. Iyelah korang nak cakap syok sendiri pun silakan.

Kalau tahun lepas saya mula dengan jogging, lepas tu roller blading sampai tangan lebam-lebam jatuh. Lepas tu saya stop sebab tak boleh curi masa nak pergi petang lagi. Bila pergi aerobik petang habis pukul 7 lebih siapa nak ambik anak lepas tu diorang nak makan macamane. Papa dia pun sibuk.

Then budak-budak jogging buddies macam Zaidi si junior lawyer pun dah pindah KL. Bukanlah plan sangat nak pergi joging sama-sama tapi selalu jumpa lepas tu bergelak ketawa dengan geng-geng dia. Zaidi ni budak baik kulit muka halus mulus je ok selalu stress tengok kulit dia. Dia dengan si Azza and the geng yang selalu masuk program Jom Kurus marathon bagai so kitorang pun lari sama-sama sambil bergelak ketawa. Bila geng-geng ni takde so saya pun stop.

Ok Sabtu lepas sebagai permulaan:

7/1/17 (pagi) – jalan dan joging setengah jam. Rasa rilek cam atlet ah this is easy. Macam dah biasa je. Petang kaki dah mula sengal masa pergi dating, malam melolong lenguh-lenguh kaki mintak Papa urut. Terbit sedikit rasa menyesal dah kenapa kau sibuk pergi lari terus gemuk kan senang

8/1/17 (petang) – hangkut budak 2 orang pergi taman. Teman main kat playground (berdiri ok tak duduk), joging, jalan dan aerobik total satu jam. Masa aerobik belikan dorang makanan ha duduk tepi mama nak aerobik jap boleh ke. Dapatlah 20 minit. Rasa nak putus nafas. Lepas tu kaki Ica melecet, dia nak berak, Aiman nak main bola kat padang dan macam-macam lagilah. Terus call Papa yang tengah kerja sambil mengadu rindu Papa i need u now. Papa sedih. Ngade-ngade punya bini hihihi.

Saya tabik betul dekat ibu-ibu yang tolak stroller dengan baby dekat taman. Sebab tak semua ibu ada kesempatan untuk tinggalkan anak-anak dan pergi bersenam sendirian. Nak tak nak kita kena bawa dan tahap kefokusan kau pun hilang. Sometimes kau rasa nak menangis sorang-sorang kenapa kau tak ada me-time tapi bila bawak askar-askar ni kelakar juga. We ran, walked, laughed together. Kadang-kadang rasa nak tercabut kepala juga, but I’ll try to get use to it.

Oh saya bukan atlit. To be frank saya tak suka bersenam. Tapi saya tak suka juga gemuk, dan dulu aktif taekwondo dan netball. Ingat tak hari-hari kita aktif dulu, makan macamane pun kita kurus je.

Saya bersenam bukan sahaja untuk kurus. Saya nak sihat. Saya nak lihat anak-anak saya membesar, berjaya, putus cinta (ouchh ala cinta monyet tu je nak) dan mendirikan rumahtangga insya Allah. Saya nak ada bila Papa cakap nanti dia ada motor besar kita pergi tengok anak kat asrama/ uni naik motor je darling —> pitam#prayforkakdalinyangtakadventurous

Saya rasa 2017 adalah tahun untuk kita mula bersenam semula. As so far I can’t do it on weekdays, I ll do it during weekends. And updating it here.

Walau macamana susah pun, I ll go out even though I have to bring the whole batalion.

Jom kita mula bersenam. Mulakan dengan langkah yang kecil sahaja.

Kita sendiri pun tahu kenapa kita kena bersenam kan. Cuba check baju dah ketat tak. eh.

#askyourheart

6 thoughts on “Fat to fit 2017-Week 1

  1. Akak..aduh,rase nk nangis ni.dr hjg thn lps kunun2 krgkn mkn.tp tak senam.alasan bz..ank kck.takde mase..thn ni tmbg gmok jugak.hahaha. terasa la part bju ketat tu.baiklah..harus mulakan lgkah kecil juga ni.walau sekecil semut..:)

  2. Hidayah: Haha yelah samalah kita. Umur macam akak ni kurang macam mana pun makan badan senang naik jugak. Marilah mari kita bersenam bersama-sama yea!

    Titan: Kat rumah memang boleh cikgu tapi blogging lagiiii best hehe. Tapi memang betul boleh aje skipping ke asalkan nak tak nak aje lah

    KZamri: Hihi yelah betul tu sebab tu kali ni saya tulis dan update. Ambil small steps sahaja asalkan konsisten insya Allah
    dalin ali recently posted…Fat to fit 2017-Week 1My Profile

  3. ahah!!! sesuaaiiiii aku komen ni. apa adahal 63kg 164cm tu ok tu..sbb ko tinggi. berat tak apa…janji fit.

    exercise & eat clean mmg susah…tapi doable… contohi lah saya (batuk..batuk..perasan) sila follow instagram saya utk idea2 makanan sihat yang sedap & cantik… kihkihkih…

    instagram : intansiza

    promote la ni… dengan harapan kalau aku berjaya byk follower sok aku takyah kerja opis da…aku just jadik coach je sambil mntk duit kat anak murid..hahahaah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge