Petang itu aku jatuh hati…

Ewah tajuk…

Hai.

Assalamualaikum.

Selamat tahun baru 2017. Lambat ke?

Sorrylah saya sibuk. Sangat.

Ada satu petang ni saya balik. Sayup-sayup saya lihat anak saya, Ica dekat depan rumah. Ooh ibu dia hantar balik. Kenapa ibu? Habis saya ni siapa?

Jangan nak speku chuolls..

Ibu tu orang yang jaga Ica dari umur setahun. Anggap Ica ni macam anak dia sendiri.

Ada senyuman yang lebar sangat tertampal di muka anak saya. Senyuman yang tidak dapat ditahan-tahan. Kadang senyum, kadang takut. And I wonder why….

Saya turun kereta. Lepas tu dia lari tunjuk.

Dekat tangan ada seekor anak kucing warna kuning, mungkin 3 bulan kot.

Saya tengok muka kucing tu.

Dan dia (kucing tu) tengok muka saya penuh pengharapan.

Ica tanya:

Mama bolehke kita bela dia Mama???

Saya toleh. Pandang makhluk kuning tu. Peluk dia.

Bulu panjang.

Dan serta-merta teringat dekat Elle.

Tiba-tiba rindu dekat Elle. Rasa rindu yang tak pernah padam. Macam lampu jalan, asal gelap aje dia ada. Macam tulah.

Dan saya kata Boleh!

Ica nak namakan dia Lulu, Aiman kata Lulu macam perempuan okeh, dia kan jantan.

Whateverlah anak-anak.

Rupanya Ica jumpa si Luluwhatever ni dekat rumah ibu dia.

Setiap awal tahun, sejak 5 tahun lepas, rumah saya mesti didatangi orang baru begini.

Seperti Allah ingin menguji saya kedekutkah saya untuk berikan sedikit kasih-sayang dan rezeki kepada makhluk sekecil ini.

Kadang-kadang saya cuba elak untuk pelihara yang baru, sebab bila hilang, hanya yang tahu akan faham.

Tapi lama-lama kau sedar bahawa Tuhan menguji kau bukan sahaja-sahaja dan pasti ada hikmah di sebaliknya.

Posting cara rawat kucing sakit mata dan selsema zaman Elle dulu telah dibaca oleh beribu-ribu orang di sini. Kadang-kadang bila baca orang tulis kucing dia sakit-sedih pun boleh buat hati saya jadi sebal.

Welcome to the world Tommy!

Kau tahu Allah jodohkan dia dengan keluarga kau, bila dia dah masuk rumah kau, dia buat macam dah kenal kau like 18 tahun (since form 5) -_-”

Semoga saya akan share banyak post pasal kucing newbies lagi ye.

Oh ye new year resolution, 4 entries setiap bulan di blog, 2 with SEO, 2 bebelan. Biasalah akak kan suka membebel. Lagipun korang kan suka baca bebelans akak kan kan kan ke akak perasan ni T_T. Tak tahulah saya memang suka bercerita. Cuma skil menulis penceritaan secara cerpen/acah-acah serius ni adalah skil yang gagal saya praktikkan sepanjang saya menulis secara formal 2 tahun lepas. Mana nak pandai pergi belajar pun takde huahuahua. Sedih betul…

Tq korang sebab masih sudi datang.

Awal tahun ni top posts adalah pasal pengalaman sayahantar anak sekolah agama Kafa” dan “tip lembutkan hati anak ke sekolah“. Sabar ye ibu2 semua, biasalah bab anak-anak ni, mak yang risau lebih. Bapak dia rilek aje. Bila ada reader bab anak-anak ni bersemangat tau nak tulis blog. So saya tahu bab apa yang orang cari, suka baca di blog ni.

Till we meet again next week.

And please meet Tommy!

Oh ya muka dia memang macam Gapal @ Garfield tapi bukan. Dia Tommy —> macamkan ada orang tanya sangat haha! Selimut Ica beli dekat Kaison jadi selimut busuk dia. Kau mampu jadi kucing curik selimut tuan yang baru dikenali sepetang? Lepas tu terus main patung Hello Kitty Ica. Mampu???

Suka hati kaulah nak. Asalkan kau behave sudah.

#stillrinduElle

2 thoughts on “Petang itu aku jatuh hati…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge