Hai Assalam.

Baru perasan nak taip post dah tak boleh underline lagi. Underline-garis bawah. Laa lemah ni bab2 teknikal blog ni. Benda2 ni penting juga untuk SEO. Nanti nak kena pm hosting company. Baru plan nak tukar theme hurmmpffttt… Saya kalau bab teknikal memang out. Dekat rumah macamana nak record Astro pun tak tau lepas tu orang nak ajar tak nak pulak tu. Aiman dan Ica always lebih advance. Dimanjakan macam ginilah. Mengada-ngada lebih T_T.

Minggu lepas saya pergi review dengan klien. Review ni macam kita bincang kes ni nak buat apa, nak proceed ke, nak batalkan ke. Wajib buat setiap bulan. Dan walaupun saya sangat suka kerja saya ni, bab review ni saya lemah sebab kena meeting yang berjam-jam discuss benda yang dah ada details dalam sistem online, or segala kuiri tu boleh diskusi dalam phone sahaja. Yes this review part kills me a lot, few times this year. Sometimes kau jumpa officer yang baik, ada yang ___. Dan bab yang saya tak suka I always remind myself supaya saya TIDAK jadi macam tu, untuk menjadi satu petanda aras (benchmark) in my life bahawa:

“Diana, pleaselah kau jangan jadi macam tu. Atau kau sama sahaja macam dia”.

Sampai macam tu sekali kan hehe. Susah tau nak pujuk hati ni. Rumit ewahh.

Kadang-kadang masa review ni, ada pegawai yang kena jawab calls/ urgent. So saya boleh rehat kejap. Dan saya akan tenung dinding cubicle diaorang tu, menembusi cubicle-cubicle sebelah, dan menerawang teringatkan kerja-kerja party yang belum settle, fikir oh bestnya kalau dapat blogging sekarang ni, bla bla dan bla bla. Eh lama pulak dia ni engage, tengok gambar kat phone pulak teringat cerita kat JB belum blogging lagi. Kononnya ada part yang kelakar sangat sengihlah sorang-sorang tehehe.

“Cik Diana, Cik Diana…”

Sayup-sayup dengar orang panggil.

“Jauh mengelamun nampak..”

“Heeee, yes where are we En Brad Pitt…” (bukan nama sebenar, nama nak glamer jer chuolss)

Diana, Diana berangan serahkan aje pada kau.

Bila fikir balik, benda yang buat pandangan saya menembusi dinding cubicle, membawa saya lari jauh dari dunia kerja saya yang macam roller coaster ini, adalah perkara-perkara yang membuatkan saya gembira sebenarnya. Kalau tak banyak pun, mungkin sedikit.

Mungkin…

So what are your tembus cubicle projects that make you happy?

Jangan tipu diri sendiri.

2017 – tolonglah rajin blogging Dalin Ali oiiii….

Jumpa lagi. Bye!

3 thoughts on “Tembus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge