Salam.

Saya rindu sangat blog ni. Bosan tak asyik baca tulis benda yang sama.

Dari bulan 10 nonstop sampai semalam macam-macam event. Salah satunya Mak saya jatuh dan kaki dia patah. Dan saya tak mahu bercerita pasal tu T_T…

Dan saya juga baru habis sertai kursus FB Ads under MARA. Hampir-hampir tak pergi sebab Mak sakit tapi saya gagahkan hati juga pergi.

Dan saya selesaikannya.

Oh saya pergi under Tuan Aziz MK. Sejujurnya saya tak kenal ramai Internet Marketer. Antara yang saya pernah kenal dan pernah berbual adalah (ewah biasalah orang Melayu hihi byebye tanya soalan tak mencabar pun nak kata berbual haha) Irfan Khairi (ni kitorang panggil Master Shifu) dia ni macam pencetus saya nak berniaga dari asal keluarga memang tak minat meniaga, Tuan Mohd Zulfadli Suddin (amboi sekarang dah jadi CEO FineValley ye) beliau adalah sifu blogging, website dengan ebook saya, Cikgu Naiim Ahmad (saya takkan lupa sampai mati sebab dia ni baik sangat rasa nak buat jadi adik ipar tapi takde adik perempuan acaner tu sebab paling saya ingat dia ajar saya masukkan image dekat sidebar blog zaman takde jetpack dulu dengan penuh kesabaran tahap dewata raya sebab akak bongok pastu dia ajar buat iklan kelip-kelip love you cikgu Naiim Ahmad). Haa itu ajelah 3 nama yang sinonim dengan dunia internet saya. Pemalas belajar kan. Saya kan tak boleh belajar tengok video nanti saya tidur, jadi memang kena pergi kelas, dengar cikgu cakap, tengok buku + video, baru ok. Hai patutlah anak saya dak Aiman pun short attention span rupanya mengikutttt… Hurmmm….

Oh tak lupa Cikgu Ahmad Faizal @ Titan yang ni tak pernah berbual cuma beli ebook dia tentang SEO/ blogging memang terrrbaik.

Baiklah terkini Tuan Aziz MK. Setiap guru saya mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Saya seorang introvert jadi saya adalah pemerhati yang baik—> ewah. Tuan Aziz ni ni rilek-rilek aje orangnya bila panggil dia nak tanya soalan dia jawab Yo!! Kelakar orangnya walaupun serius. Tapi serius bab belajar dengan selamba dia mengkesampingkan pegawai MARA yang kejap-kejap nak suruh break untuk minum pagi, lunch, minum petang ke —> makan satu hari 4 kali uols. Belajar kena settle dan habiskan. Makan kemudian. Dia tahu apa dia buat. Kalau kau terhegeh-hegeh buat latihan menulis gym dia tu, atau main whatsapp telefon ke kau akan ketinggalan sebab dia laju je ajar, dan dia tahu kau main-main tadi. Tapiii.. kesabaran dia pun tahap dewata raya juga sebab dia dah laju ke depan ada orang tanya soalan yang hurmpfftttt dia rilek je scroll dan explain balik slowly. Memang penyabar dan baik orangnya walaupun style dia wat lek wat peace aje. Semua guru saya memang macam tulah, penyabarrrrr aje.  Sebab tulah nama dia cikgu kan…

Saya suka pergi program ni. Patutlah orang suka pergi belajar ye tak bila balik macam-macam idea yang muncul. Dah 2 hari kursus tak tahu macam mana nak move on dengan kehidupan sebab balik-balik kau nak tengok ads -_-“. Sekarang ni dah ok rilek-rilek je plan. Saya ni ortodoks sikit selama ni saya sustained biz dengan blogging, fb page dan loyal clients. Tapi sejak try-try boost iklan macam minat pulak bila dapat kos 1 iklan 0.07 sen. Tapi main hentam ajelah tu —> mengkayakan Mark Zuckerberg. Bila pergi kursus ni dapatlah kos 10 sen oklah tu kan, modal pun dah dapat balik. Kali ni baru tahu asas-asas fb ads yang betul. Jauh lagi perjalanan saya, mungkin ramai lagi guru yang akan saya jumpa. Motif nak pandai terus dengan melabur RM106 untuk kursus ni? Apa-apa yang kita buat pun, kalau kita tak mencuba sampai kita rasa nak berhenti/ nak pitam/ tetiba rasa menyampah sangat dengan benda tu, maknanya kita takdelah mencuba sangat pun. Drama kena lebih ok. Jadi cubalah lagi.

Setiap kali saya pergi belajar kat mana-mana pun, dari sekolah rendah ke uni ke kursus apa pun, saya selalu berdoa saya dapat tablemate yang best. Doa yang sungguh-sungguh tau sampai tadah tangan haha. Sebab bosan lah belajar kalau tablemate jenis poyo atau tak best. Cikgu dah tentulah best macam kali ni MARA yang pilih. Takkan MARA nak pilih sebarang kan? Itu saya tak risau sangat. Yang penting saya belajar dalam suasana yang happy.

Dan Allah swt sentiasa berikan saya tablemate, roommate yang best dari dulu. Alhamdulillah!

Ini muka poyo lepas solat pukul 6.30 sebab Tuan Aziz dah naik sheikh mengajar. Kata kejap lagi habis, kejap, kejap abis dah 6.30 haha -_-” . Dia takpelah dah solat jama’. Ramai juga students dari luar Melaka. Lepas tu berkejar-kejar weols naik balik dengan muka togel sebab karang ketinggalan nangis.  Lepas tu MARA bagi sijil dengan muka yang rupawan gini padahal dah bayangkan nak mekap-mekap sikit barulah glowing ke hurmmm… Lepas tu Tuan Aziz pun berwefie biasalah muka akak tak semenggah dalam tu. Dia biasalah pilih gambar dia yang nampak hensem adatlah tu kan. Tuan Aziz ni kan suka ambik gambar orang tengah buat latihan tau. Stress aje tengok gambar fb dia sebab takde pic yang semenggah haha—> dah tak lawa + fotogenik tak nak mengaku. Nasib lah ada gambar dak Suha bagi ni buat kenang-kenangan. Itu pun pandang tempat lain hurmm.. Yang tengah tu Suha ye nama dia, page admin gittew. Rupanya ada servis page admin ye akak baru tahu haha..

Saya update ni walaupun eyebag saya tu 2 lapis supaya saya sentiasa ingat saya kena terus belajar dan mencuba. Bahawa ramai orang baik-baik di dunia ni yang suka berkongsi dengan kita. Setiap guru ni ada line/ mazhab dia sendiri. Kita belajar je semua tapi praktikkan apa yang sesuai untuk biz kita. Buat apa nak terikut-ikut orang, kenalah ada stand kita sendiri. Apa yang ada dalam biz kita, kita aje tahu. Biz kena ada untung ok. Dan pernah terbaca dekat blog Tuan Adly Mukhtar, beliau ada quote siapa cakap agaknya – di abad ke 21 ni, bisnes kalau tak online, bukan biz nama dia. Dan bisnes tanpa marketing tak akan ke mana-mana. Tak kiralah uols blog, fb, iklan tv, insta, jumpa orang, apa-apa jelah, marketing mesti ada ok.

Tq semua guru-guru saya. Tuan Aziz MK dan semuanya. Semoga sentiasa murah rezeki, dan bahagia di dunia dan akhirat.

Oh Gym FB Ads under Tuan Aziz MK best. Cari dia dekat FB! You wont regret tapi kenalah try buat iklan dulu sikit-sikit sebelum pergi tu. Melabur sikit baru kita nampak overall apa dia ajar dan dengar aje cakap dia masa kursus. Dia suruh klik tu, kau klik. Jangan degil. Tanya soalan kalau tak faham nanti rugi sebab kalau dia ingat biz kita kejap-kejap dia bagi contoh ayat iklan fb nanti. Untung tau! Ada ke patut bila dia tanya siapa yang kerja full time lagi masa tu saya sorang je yang angkat tangan. Semua orang dah jadi usahawan rupanya haihhh. Ada akak kesah. Yang penting akak ada philosophy kehidupan akak sendiri —> tak habis-habis haha. Ni semua nak menyedapkan hati T_T …

Oh I did it! Basic FB Ads class. Congratulations Diana!

Oklah. Jumpa lagi. Bye!

One thought on “I did it!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge