Siapa yang lebih kau cinta?

Salam.

Di sini ada sedikit pengumuman. Tazkirah net ada mengelolakan satu program bersempena Maulidur Rasul seperti yang tertera di bawah ini. Sesiapa yang berkelapangan dijemput hadir memeriahkan acara.

Mengenali team Tazkirah net selama 2 tahun saya confirm ini bukan program biasa-biasa. Orang-orang di belakangnya adalah anak-anak muda yang rock, gen Y bagai semua tu, tapiii…. masjid dan akhirat tak dilupa gittew.

But seriously program ini adalah tentang cinta dan kasih sayang kita kepada Baginda Rasulullah saw. Pernah dengar kan kisah Bilal bin Rabah yang tidak dapat melaungkan azan selepas kewafatan Baginda? Bahawa suaranya tenggelam sewaktu bahagian azan menyebut nama Baginda sehingga seluruh kota menitiskan air mata? Sehingga kita yang mendengar cerita ini selepas beratus-ratus tahun berlalu pun turut menitiskan air mata juga….

Mungkin cinta kita tidak sehebat Bilal bin Rabah tapi kalau hati kita tersentuh mendengar kisah-kisah seperti ini pasti ada sedikit rasa cinta dalam hati kita juga.

Mungkin kita bukanlah baik sangat, atau jarang ke masjid tetapi kita sentiasa hendak menjadi lebih baik dari semalam. Dan moga esok pun lebih baik dari hari ini.

Team Tazkirah net mengalu-alukan kedatangan anda ke sana. Mereka muda, baik hati, hensem (ewah bodek) and will never judge you- insya Allah. Siapa tahu selangkah ke program ini akan menjadikan kita lebih baik  seperti yang kita harapkan.

Jumpa saya di sana eh tipu aje saya ke Kluang masa tu  I iz sad selalu takde jodoh.

tazkirah net

Cantik kan poster theyols. Kan saya dah kata mereka ni moden dan tidak cliche. #hakaksuka

Jangan tengok ustaz hensem aje ya uols. Mohon fokus dengar ceramah. #jagaairmukateamkakdalin

So mark your calendar and bring the whole brigade.

Untuk details program, like Fb Tazkirah net DI SINI.

Terima kasih membaca post ini. Jumpa lagi. Bye!

#sambutanmaulidurrasul2016

#tazkirahnet

One thought on “Siapa yang lebih kau cinta?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge