Tempat makan best di Melaka-Yong Tau Foo Pantai Puteri

Hai. Akhir-akhir ni saya rajin update tentang makanan. Mungkin sebab saya memang suka makan dan kepala pun dah tak heavy hujung tahun. Sekolah nak tutup, takde pending article, anak tak exam bla bla bla. Seriously jadi mak-mak zaman sekarang ni sangat menstresskan juga jadi bila hujung tahun macam ni saya pilih untuk relaks aje. Relaks = makan juga hehe jadi kali ni saya nak kongsi Tempat makan best dan sedap di Melaka iaitu Yong Tau Foo Pantai Puteri.

Antara post yang ramai pembaca dekat sini waktu cuti sekolah adalah post asam pedas Melaka saya. Ada satu hari tu Papa balik dia beritahu Asam Pedas Kak Su ni ramai sangat orang datang dengan bas-basnya, dan siap ada pasukan Rela lagi kawal jalanraya. Saya pun cakap entah-entah sebab post kat blog Mama tak tehehe—> perasan. Bila lalu situ weekend memang ramai orang dan saya pun personally suka suasana rilek-rilek ala kampung kat situ. Tapi biasalah pergi sekali aje dulu sebab saya kurang gemar bersesak dengan orang lain. Kalau nak pergi waktu hari kerja ke ok. Artis macam ginilah padahal takde orang kesah pun kau datang makan ke tidak -_-” .

Macam asam pedas tu saya suka tempat yang rare sikit. Kalau ada 10 blog cerita pasal asam pedas Melaka sini situ sedap, saya akan cari tempat yang lain sikit. Biasalah akak kan ada certain philosophy dalam kehidupan haha.

Oklah panjang sungguh intro saya kan. Ok Yong Tau Foo Pantai Puteri ni kenangan tempat saya berkenalan dengan suami saya dulu. Ada sekali saya keluar makan dengan kawan-kawan, dia pun datang dengan kawan-kawan dia. Dia kenal seorang kawan saya sebab satu tempat belajar dulu. Akak dulu buat bodoh aje sebab tengah frust bercinta masa tu haha. Tempat ni macam food court dekat kampung tepi laut so ramai juga orang. Masa nak balik dia bayarkan makanan kitorang semua termasuklah yang kitorang tapau untuk bawak balik rumah. Dah tentu masing-masing beli tuk adik-beradik masing-masing kuat makan bukannya sikit kan. Kes nak beli jiwa lettew. Perkenalan itu sampai situ ajelah. Saya pun balik UKM dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

Tapi ada orang tu kenen nombor telefon rumah mak saya. Masa tu mana ada handphone macam sekarang. Kalau cuti barulah dapat contact. Kawan-kawan biasa ajelah dulu. Saya pernah beritahu kalau sukakan saya kenalah tunggu saya bersedia.

Baik saya tunggu —> dia jawab.

Kemudian kami berkawan dari saya  Tahun 1 di universiti sehinggalah sekarang. Bila pergi sini saya teringat kisah 17 tahun lepas. Kita manalah tahu orang yang kita jumpa dekat kedai makan itulah jodoh kita ye tak. Medan selera ni masih utuh lagi. Kedai Yong Tau Foo tu pun masih ada. Mungkin adalah rosak sikit-sikit dekat sini, but they fixed it. Macam itulah cinta, bukan hanya bertahan, kita kenalah menerima seadanya dan membetulkan apa yang perlu dibetulkan, bersama-sama….

Cinta bukan hanya bertahan, tapi memperbaiki —-> cewwah berfalsapah akak petang-petang Ahad ni tehehe..

Oklah saya sambung cerita tentang tempat makan best di Melaka kali ni iaitu Yong Tau Foo Pantai Puteri.

tempat makan best di melaka yong tau foo pantai puteri

Inilah food court Medan Selera Pantai Jaring. Dulu kita panggil Pantai Puteri.

tempat makan best di melaka yong tau foo pantai puteri

Ok bila masuk food court tu kedai Yong Tau Foo ni berada di hujung sekali- Gerai Mesraria Yong Tau Foo. Akak tudung biru ni dah tak tahu nak bagi reaksi apa bila ada sorang perempuan tembam sibuk sangat ambik gambar haha. Ada akak kesah? Yang penting misi akak nak blog pasal kedai ni tercapai. Kedai ni bersih juga kalau tengok dalam kedai dia, pekerja dia. I like!

tempat makan best di melaka yong tau foo pantai puteri

Ok ni antara seleksi pemilihan dia. Sebut ajelah apa ball semua ada, taugeh putih tu anak saya suka nama dia enoki mushroom, capsicum, maggi (ni pun anak saya impressed sangat tengok padehal maggi je pun kan), sotong kembang, tempe segala bagai.

tempat makan best di melaka yong tau foo pantai puteri

Ni part cendawan dan sayur. Pandai-pandai pilih ye ikut tekak masing-masing.

tempat makan best di melaka yong tau foo pantai puteri

Lepas tu sebab asyik tengok saya ambik gambar beria-ia, adik tu buka semua penutup atas tu barulah tenteram dapat lihat semua ni sekaligus. Bab pilih-pilih ni mestilah suami saya yang buat. Dia ni teliti yang amat kadang-kadang saya risau apakah kriteria pemilihan saya dahulu? Saya ni dahlah comot, kelam-kabut pulak tu jalan tersadung itu ini. Ah biarkan cinta tu kan buta. Yang penting jangan lupa ambik item kegemaran saya iaitu paru rebus ye darling hehe. Oh ya paru kalau masuk yong tau foo memang sedap yang amat. Macam kau simpan cintaku dalam peparumu gitu haha. Dekat sini item rare macam perut pun ada (orang Muar panggil babat). Biasalah time Papa pilih akak cop meja, orang ramai ok. Takkan tak tahu modus operandi gini sorang kena cop table dulu —> sebenarnya kau malas nak pilih-pilih dengan tunggu turn beratur haha. Dasarrr….

tempat makan best di melaka yong tau foo pantai puteri

Ok itu mangkuk kitorang. Mangkuk ni besar tau macam bekas isi nasi tu. Nampak kecil aje kan. Anak-anak saya request letak maggi dan kita boleh pilih beberapa jenis lagi macam mee, mihun, sohoon atau kuey teow ke. Nampak tak yang hitam tu adalah paru rebus yummeh. Yong tau foo ni kalau nak sedap bergantung kepada kuah dia. Dan sos lada dalam piring merah kecik tu. Saya sorang aje yang reti makan dengan sos lada tu. Memang sedap + pedas2 + berasap-asap + kick. Memang bestlah makan dekat Yong Tau Foo Pantai Puteri Melaka ni!

tempat makan best di melaka yong tau foo pantai puteri

Ini close up dah tinggal separuh pun. Sup boleh tambah free of charge aje. Keluarga saya memang suka sup-sup ni kalau masak di rumah periuk besar mana pun boleh habis. Nak kata Chinese related takde pulak hehe. Oh kids will certainly dig into this. Anak-anak saya makan licin licau mangkuk. ABC dia pun sedap sangat tapi tak sempat ambil gambar. Tengah khusyuk makanlah katakan.

Mahal ke harga dia?

Ok kat sini ada cara untuk tahu berapa kita kena bayar. Jadi korang taklah risau kan mahal sangat ke. But seriously harga dia ok kecuali kita ambil benda-benda yang mahal lah macam udang ke. Tapi rasanya tak adalah yang mahal sangat. Bagi saya affordable lah kalau satu keluarga nak datang ramai-ramai pun ok. Ada mangkuk yang lagi besar untuk serve.

tempat makan best di melaka yong tau foo pantai puteri

Cara nak tahu berapa harga dia angkat aje mangkuk yang serve tadi nanti dia ada tulis dekat kertas (atas piring). Tu RM12 je untuk segala jenis ball, paru, maggi bagai. Sup tambah- free. Oklah kan. ABC, air kira lain lah kan. Motip nak air semua free uols???

tempat makan best di melaka yong tau foo pantai puteri

Masa nak balik inilah view Pantai Puteri ni. Cantik kan tapi sebab belum solat Asar kitorang gerak pergi masjid dekat-dekat situ. Kalau korang travel ke sini tak susah nak solat sebab ada 2 masjid di sepanjang pantai ni.

tempat makan best di melaka yong tau foo pantai puteri

Ok cara nak ke sini kalau dari Coconut Shake Klebang, jalan terus dalam 5km lagi hingga jumpa papan tanda Pantai Puteri. Masuk ke kiri dan susur ke sepanjang pantai. Medan selera ni berada di sebelah kanan kalau anda dari Coconut Shake Klebang. Kira kalau dah pergi Coconut Shake tu bolehlah pergi berdating dekat Pantai Puteri ni kan. Budak-budak pun mesti suka. Boleh piknik, main layang-layang ke.

Balik dari sini rasa rindu pulak nak makan lagi. Terus cakap dengan Papa lain kali kita pergi lagi ok. Anak-anak saya memang suka sup-sup bagai ni termasuk kami juga. Makan yong tau foo petang-petang tepi laut panas-panas memang urmmm …. mengimbau kenangan lama hehe. Masih duduk dengan orang yang sama, cuma mungkin dah tua sikit haha.

Saya share di blog supaya anda ada tempat lain nak makan selain dari coconut shake, asam pedas, kuih keria antarabangsa Limbongan dan juga ikan bakar semua tu. Tempat ini ramai juga orang (mostly orang Melaka sendiri sebab ini port rahsia) tapi tak seramai tempat-tempat di atas tu. Kalau anda tak suka tempat ramai orang, kita boleh geng. Kira akak pecah rahsia tempat orang Melaka melepak lah ni ye hehe. Tempat ni dibuka dari pukul 5 petang hingga malam.

So enjoy trip anda di Melaka. Love your family like today is your last day. Laugh and make memories with the person sit next to you, not with ones in your handphone. Kalau siapa yang suka sup dan yong tau foo yang sedap jangan jupa singgah ke Tempat makan best di Melaka-Yong Tau Foo Pantai Puteri ni. Bye!

3 thoughts on “Tempat makan best di Melaka-Yong Tau Foo Pantai Puteri

  1. ana…!!!!! i’m back!!!! lepas baca post ko yang ni aku rasa macam nak ambik cuti 1 hari weekday dan terus ke melaka utk dating dgn ko sambil kita pergi makan kat semua tpt yg ko senaraikan ni. aku nk mkn chicken rice ball, coconut shake klebang, keria antarabangsa..bla..bla..bla..bla…

    P/s: sorry kesibukan menjadi raja dalam kehidupan aku sejak kerja setahun lebih ni (since kerja tpt baru) hmmmmm….namun (namun katanya) aku sentiasa memerhatikan ko dr jauh.

    dari jauuuhhh kuberlariiii mengejar mimpi-mimpi… lalala (ha..tu yg aku malas nak start membebel ni..susah nak benti.

    tata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge