Tempat makan best di Johor Bahru (JB) Kacang Pool Haji-Part 1

Hai. Saya jarang juga update tentang makan unless kalau ada cerita-cerita di sebaliknya. Oleh kerana banyak juga gambar kali ni (dan saya kekurangan masa) saya decide buat 2 part jadi part 1-Tempat makan best di Johor Bahru (JB) iaitu Kacang Pool Haji.

Isnin lepas Papa kena bawa pekerja dia ambil kursus Niosh. Niosh ni tentang keselamatan pekerja macam keselamatan berada di tempat tinggi atau uruskan jentera berat ke. Di Melaka test ni hanya pada hujung bulan jadi kerana nak cepat kena juga ke JB. Papa ni memang suka driving dan dah lama nak bawa weols jalan-jalan ke JB cuma tak ada masa. Jadi lepas hantar dak Faiz staf dia kat Niosh Center tu lebih kurang pukul 8 pagi kitorang pun mulalah explore Jay Bee ni. Masa ada sampai pukul 5 petang je.

Mula-mula pergi Legoland. Nak masuk kalau 4 orang dekat 400 lebih kot itupun sebab ada kupon diskaun Shell. Pastu saya cakap dengan Adik + Aiman kalau kita beli Lego aje lagi best ye tak. Pergi GM Klang hari tu macam nak pengsan diorang pilih mainan. Saya memang kureng sikit pergi tempat macam Legoland ni sebab nanti saya bosan haha (selfish) lagipun saya rasa agak membazir juga. Lebih baik duit tu spend beli baju sekolah, tuisyen, buku latihan atau simpan dalam bank aje. Ni nak masuk sekolah kena siapkan 1-2K juga. Tapi ini pendapat saya sahajalah. Lain orang ada rezeki lebih apa salahnya kan.

Kami jalan-jalan juga dekat depan Legoland tu cantik juga banyak kedai lepas tu dah lapar pergi Kacang Pool Haji. Google aje Bomba Larkin nanti korang akan jumpa. Dia dekat food court actually yang bersebelahan dengan Balai Bomba Larkin.

makan best di johor bahru jb kacang pool haji

Inilah kedai dia ya. Kitorang pun ambik port duduk dekat tepi.

makan-best-di-johor-bahru-jb-kacang-pool-haji-3

Tengok tu kan food court. Tak banyak kedai buka masa ni. Biasalah akak bajet tourist masa ni ambik gambar sana-sini. Bengkek je orang lain tengok. Hello takkan tak boleh ambik??? —> abaikan pergolakan emosi wanita paranoid ini -_-”

makan-best-di-johor-bahru-jb-kacal-pool-haji-2

So dia memang food court ye. Korang jangan bayangkan restoran ke. Papa google dia kata tempat tu restoran saya cakap No Pa itu tak ori. Papa kena google tempat makan best di Johor Bahru (JB). Nanti Papa nampak Kacang Pool Haji dia ni kira pengasas Kacang Pool gitu. Biasalah lawyer semua nak menang tapi semua berasaskan fakta hokey hehe.

Pastu kitorang duduk-duduk kan takde orang nak ambik order. Tunggu juga. Mungkin busy agaknya. Last-last Papa gi order pastu dia bawak balik dulang ada makanan sambil gelak-gelak. Bila saya tanya aik terus dapat ke? Dia cakap:

Self service lah Mama.

Haha beria bajet tourist sekali self service. Dia kena order kat kaunter tau nanti diorang terus buat. Air pun. Masa sampai tu muka pekerja pun biasa aje. Takdelah rasa pride ke Hello I bekerja dengan icon food negeri Johor iaitu Kacang Pool Haji ok. Tak ade. Muka theyols macam Ok nak makan sila bergerak ke kaunter sekarang. Tapi kitorang yang tak sedar-sedar diri haha.

makan-best-di-johor-bahru-jb-kacang-pool-haji-4

Ok inilah Kacang Pool Hajinya. Dengan telur mata, limau, lada hijau, bawang-bawang. Roti tu lembut je tau even dia seketul gemuk macam 2 keping roti biasa tu. Satu mangkuk, satu roti. Cukuple. Dah berapa banyak pulak korang nak makan? Tak reti-reti nak diet?

Sedap ke?

Ok to be frank bagi saya sedap. Tapi kalau korang bayangkan dia panas-panas ke memang tak. Kuah tu suhu bilik aje, telur dan roti tu pun. Saya memang tak cerewet bab makan jadi saya makan dengan jaya dan gembiranya. Papa cakap bila kita order dia terus tuang kuah, letak telur, itu ini siap. Oh ok fine. Kuah dia macam campuran pelbagai jenis kacang macam tu, macam makanan Arab pun ada. Oklah not bad. Sedap juga.

Tapi Papa tak habis. Mungkin pekat sangat bagi dia. Jadi bergantung juga kepada anak tekak masing-masing hehe. Sape yang genetik pembelaan seperti saya (bela hantu raya haha) maka bolehlah korang datang dengan perut kosong dan menghabiskan detik-detik di sini dengan indah.

Oh tapi nanti dulu uols.

makan-best-di-johor-bahru-jb-kacang-pool-haji-5

Anak-anak saya mana minat Kacang Pool Haji bagai ni jadi diaorang order rojak buah ni. Ya Allah sedap sangat. Pedas-pedas manis gitu kuah dia. Cuba korang tengok ada epal hijau, sengkuang, nenas, jambu batu bagai tu. Lihat percikan kuah petis tu. Lihat!!! —> tetiba nak emo. Mesti terliur kan kan kan.

Yang ni memang serius sedap gila. Manis dan pedas. Licin terus.

Cuma ABC saya tak order iyelah nak juga diet kan, tetiba insaf jugak dah telan macam-macam ni. Lagipun saya kureng benda-benda manis ni, kalau senyuman manis tu saya suka ewahhh.  ABC dengar kata dari blog Cik Epal kata sedap. Jadi bolehlah cuba ye.

Set Kacang Pool Haji tu RM6 satu set (satu mangkuk + 1 roti gemuk). Rojak ni RM4 rasanya sepiring.

makan-best-di-johor-bahru-jb-kacang-pool-haji-6

Ok ini lokasi dia. Pendek kata google aje Balai Bomba Larkin korang akan jumpa. Dia kena buat pusingan sikit untuk sampai ke medan selera ni. Medan selera ni ok cuma tandas dia memang tak dijaga. Saya rasa macam rugi sangat sebab tempat ni so iconic tapi pekerja dan tandas tidaklah menggambarkan suasana itu. Entahlah susah pula nak explain. Johor ni negeri yang istimewa, saya ada bff dari Johor dan saya pun pernah bersekolah di Johor. Sayang Johor. So Johoreans please do something ok—> tetiba sangat!

Ok jumpa lagi di Part 2. Yang ni best juga sebab kampung style dan ada makanan kegemaran kami sekeluarga. Kalau nak pergi tempat makan best di Johor Bahru (JB) bolehlah pergi Kacang Pool Haji ni. Terima kasih Haji. Sedap makanannya. Lupa pula nak ambil gambar Haji dekat poster. Jumpa lagi uols. Bye!

3 thoughts on “Tempat makan best di Johor Bahru (JB) Kacang Pool Haji-Part 1

  1. Rojak tu memang lebih sedap actually bagi saya. Kalau lapar telan kacang pool tu memang rasa sedap aje rasanya saya ni tehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge