How to let go your fb account

Hai.

Salam.

Esok adalah hari yang panjang buat saya sebab ada event dan masih ada beberapa kerja tak siap lagi. And here I am stucked in my blog hehe.

Tadi jenguk fb acc sebab nak skodeng grup Tazkirah net jumpa. Biasalah dengki orang jumpa lepas tu cakap nasib baik tak pergi karang muka kau paling tak semenggah dalam gambar. Introvert ginilah sentiasa berperasaan halus dalam hati -_-” .  Takut orang kata gemuk debab sihatnya Kak Dalin ni haha sengalll. Mereka jemput saya tapi saya sibuk minggu ni. Tazkirah net always hold a very special place in my heart. Saya teringat satu quote dalam cerita bolasepak yang Yusry KRU arahkan tu bunyi dia macam ni:

“Kalau saya adalah skru, saya ingin jadi skru yang paling berguna….”

-Ola Bola

For unknown reason for 2 years, saya dipilih jadi skru di Tazkirah net. Tengok ni tulis ni pun mata dah bergenang-genang wanita emo macam ni lah. Skru bukan maksudnya saya dilayan seperti skru tapi tak sangka saya dipilih untuk sumbangkan tulisan dekat sana. Bila tengok quote tu dekat  tv, saya terus terfikir ya saya nak jadi skru yang paling berguna…. maybe. Pada hari-hari gelap saya (hari gelap maknanya kau kena marah kaw2 dengan klien/ dicemuh/ difitenah —> kemain lagi ayat haha) saya akan pergi fb Tazkirah net pastu tengok dorang share balik artikel lama-lama saya. Pastu ada orang like, komen, share dan benda-benda tu tak pernah gagal buatkan saya tersengih macam kerang busuk satu hari pastu cakap… no matter how bad today is (entahlah grammar ni abaikan jangan nak jadi cikgu sangat), at least I was once a writer —> pastu mata bergenang-genang lagi. Tadi berbulu je kena fitenah, sekarang dah happy. Bila kau sedih orang layan kau macam sampah, kau perasan tak Allah masih gembirakan kau dengan hantar mesej-mesej comel bahawa Dia sentiasa sayang dan tak pernah lupakan kau —> nangesss.

Oh ya balik kepada tajuk, sejak awal tahun 2016 saya decide untuk log out fb. Mula-mula nak delete tapi sebab saya manage satu fb page dan macam leceh pulak nak create another admin bagai so i just log out dari phone, pc dan semuanya. Mula-mula rasa serba tak kena sebab memang mengaku bangun pagi kau tengok phone, dalam kereta kau tengok phone, sebelum tidur kau tengok phone dan semua waktu di antaranya. Tiba-tiba saya rasa ini bukanlah kehidupan yang saya impikan. Banyak benda yang saya boleh buat dalam waktu-waktu tu selain dari melihat status orang lain. Dan kadang-kadang saya tahu drama juga macam orang post dalam fb lain, in real life kehidupan dia tidaklah seperti yang digambarkan. So i start judging. And I start comparing kenapa orang lain cantik, kenapa orang lain ada masa pergi joging dan saya tak. Jadi benda-benda ni bawa masalah juga dalam hidup saya because I start comparing. Saya macam hidup mengikut arus semasa, and I dont like it. So I think I have to stop.

Kebetulan baca blog Cikgu Titan dia pun dah tutup fb acc dia kata hidup seperti 7 warna pelangi. Indah aje. Hanya orang yang pernah log out fb acc untuk jangka masa yang lama aje boleh faham frasa 7 warna pelangi ni. Memang rasa tenang, bahagia, macam kau hidup dalam keselesaan kau sendiri. Jadi saya log out dan start prioritising apa yang penting dalam hidup saya. Apa yang penting dalam hidup saya adalah a, b dan c.

Alhamdulilah dah 11 bulan saya log out dari fb acc. Kalau tak tulis status tu mungkin dah bertahun-tahun kot. Fb acc ni guna emel lama yahoo jadi kadang-kadang saya buka juga tengok ada ke panggilan pulau biasanya dari cikgu-cikgu haha. Nak tahu siapa yang matter most in your fb life tengok dekat chat history korang. Chat list saya mostly cikgu-cikgu menulis saya. I even delete fb messenger juga sebab betul-betul nak let go fb ni.

And I glad I made the decision.

Now dah stuck dengan Ig pulak sebab konon nak buat Ig tuk biz. Dah berapa Ig kena delete sebab bila dah terpengaruh sangat saya delete aje senang. Tak suka nak ketagih dengan satu-satu perkara ni.

Apapun kita hidup mengikut keselesaan kita sendiri. Ada juga member yang mesej macam lama tak nampak kau dekat fb? Atau orang berbual dekat court pasal kes viral itu ini saya lost. Dan saya rindu baca quotes juga.

But I am really happy.

Apapun ini pandangan dan kehidupan saya sahaja. Saya seorang yang suka bersendiri dalam menikmati kehidupan ini. Live within my expectation and not others. Lain orang lain caranya. Ada yang menggunakan media sosial untuk tujuan kerjaya, personal branding, perniagaan, sharing, berdakwah dan banyak lagi perkara kebaikan. Perkara-perkara yang baik haruslah dikekalkan kan.

Sebenarnya jauh dalam lubuk hati kita, kita sendiri tahu media sosial ini banyak memberi kebaikan kepada kita atau tak.

Cara untuk mengurangkan aktiviti fb adalah log out dari fb account. And stay out of it unless necessary.

And you can manage your fb page through Pages Manager app dekat phone without logging into your personal fb account.

Bye!

Yang benar,

Akak skru tercabut

2 thoughts on “How to let go your fb account

  1. Ig ni banyak gambar seronok juga. Bila ada orang taip panjang2 tu saya leka juga membaca haha. Lebih kurang aje Lin actually.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge