because we are family…

Hai.

Post kucing saya antara penyumbang terbesar visitor di sini. Kalau satu hari ada 380 users/pembaca blog, hampir 350 datangnya untuk carian organik/ new users yang google keyword macam kucing dan lain-lain (refer most popular posts di sidebar). Saya perasan macam setiap hari ada 20+ orang yang sama baca/ return visitor kat sini. Saya pun tak tahu siapa anda, but thank you for coming back —> bajet retis haha.

Ok lama tak cerita pasal kucing-kucing saya kan. Kat rumah masih ada ramai macam Kitty, Garfield, Kiki dan Tina. Dalam ramai-ramai, dia ni paling special:

kitty

Ini Kitty. Manja sangat. Baru lepas bersalin 3 ekor anak. Dia ni macam budak kecik tau pukul 9 malam dah landing siap-siap atas comforter nak tidur. Lepas tu asal kau berbaring aje sukalah nak menyempit kat tepi mukalah padahal punyalah besar katil tu. Bila saya buka mata je pagi dengarlah dia mengiau nak makan. Lepas tu suka tunggu orang kat luar toilet. Tunggu orang sembahyang. Pendek kata kat mana-mana kau ada, dia ada. Kadang-kadang dia layan tengok ipad dengan Ica. Aiman pulak tunjuk video Youtube gol jaringan terhebat bagai dalam sejarah tu. Kitty layankan aje.

Bila dia dah ada anak, dia kena stay dekat stor sebab hari tu dia nak menetap dekat bawah sofa. Apa kau nak jadi Kassim Selamat tinggal dekat kolong??? Ini semua sebab kitorang kejap-kejap nak tengok anak dia. Masa nak bersalin dia mengiau bising sangat panggil saya masuk bilik. Dia tunjuk bawah katil Ica. Rupanya petang tu dia bersalin dekat sana. Syukur selamat takde apa-apa komplikasi –> bajet Dr O & G.

diy princess canopy

Gaya nak bersalin tu bawah katil princess aje ok. Ica memang sayang dia sangat-sangat. Tidur pun dia tidur mengerekot dekat kaki Ica, kadang-kadang bawah ketiak. Ica ni biasalah still tidur dengan kitorang sekali. Ica ajak dia main teddy bear, balut dia dengan baju Frozen. Kitty redho.

Bila dia dah ada anak-anak ni rindu juga dia tidur sekali. Bangun pagi dah tak ada orang mengiau kadang-kadang dia gigit kaki kalau tak bangun haha. Kitty ni anak-anak saya ambil di kedai makan bulan 1 hari tu. Dia gantikan Elle. Nanti bila-bila saya update gambar dia dengan anak-anak ok.

 

garfield-1

Ini Garfield or nama kampung Gapal. Biasalah nama kena glamer padehal kat kampung orang panggil Gapal aje haha. Gapal kucing orang sebelah tapi dia manja sangat. Gambar ni Aiman yang ambik phone dia penuh dengan video dan gambar kucing. Dia ni muka innocent sangat, bulu kembang. Ada sekali tu dia kencing kat atas dokumen penting saya amarah betul. Maka saya melarang dia masuk rumah selama 7 hari 7 malam kasi dia insaf sikit. Lepas tu dia buat muka kesian pagi-pagi tunggu depan pintu. Lepas tu Papa cakap kat dia:

Ha kan dah kena diamaran Mama!

Saya pun tak faham lagu Hazama ni. Asal boleh je ayat dia. Tapi lagu KRU dulu pun huru-hara. Lirik —secara seriousa lah… (sape minat KRU je tau haha) tapi tetappp akak membesar menjadi seorang penulis yang budiman okeh. Kat sini memang huru-hara sikit bahasa sebab saya tak nak serius sangat heheh…

Anak-anak saya memang pencinta kucing. Kadang-kadang tengok gambar/ video/ kucing tengah lepak kat mana-mana pun boleh jadi topik, buat dialoglah. Papa pulak si pembuli suka balut dengan kain pelekatlah budak-budak tu. Kadang-kadang diputarnya dalam bakul laju-laju, buat-buat nak gantung kat ampai lah. Saya cakap kalaulah ada orang viralkan mesti Papa akan dibenci netizen pencinta kucing haha. Dia sayang tapi pembuli. Lagi kucing takut kat dia, lagi dia buli -_-“.

Ica dengan Aiman pulak buat macam kawan-kawan betul. Main anak patung/ bola. Dengan saya biasalah mintak makan budak-budak ni. Bila rindu dekat Elle peluk juga diorang ni, tapi siapalah dapat ganti Elle dalam hati saya.

P_20150328_115106

Ini Elle. Saya hilang Elle masa jaga Mak sakit tahun lepas. Bila balik dari hospital dia ada datang dekat tapi saya terlalu letih. Masa tu balik mandi tukar baju lepas tu pergi hospital semula. Lepas tu masa Mak keluar wad dia mati Papa cakap. Saya cakap ok. Bila saya nak taip artikel terbaru barulah saya betul-betul sedar Elle dah tak ada lagi dalam hidup saya. Saya nangis masa lepas solat kat rumah berbulan-bulan lamanya sebab selalunya dia ada kat tepi. Tak bising, diam aje. Betapa saya rindu dekat dia sebab kalau saya menulis biasanya dia tunggu je kat tepi temankan. Kawan saya beritahu masa akan menyembuhkan segala-galanya. Rasa sedih, rasa kehilangan. Mungkin betul juga. Saya mungkin dah hilang rindu sedikit tapi saya tak pernah lupakan dia. How can you forget a dear friend, a companion, a family member?

Kita mungkin akan lupa barang yang orang beri pada kita,

Tetapi kita takkan lupa apa yang orang buat kita rasa.

Rasa dihargai, rasa disayangi….

Oh mesti sedih kalau teringat dia. Rasa rindu yang hanya orang yang tahu aje akan faham. Bila baca orang tulis kucing sakit ke, kucing mati ke rasa sedih juga. Kadang-kadang bila bergelak-ketawa cerita pasal kucing dengan Papa dan anak-anak, tiba-tiba kitorang senyap bila teringat minah Elle ni. Rindu sangat dekat dia. Tapi ada video dan banyak gambar bolehlah tengok. Cerita dia pun ada dekat blog ini. Sometimes I just scroll dan baca…

But, life must go on kan. Kita ada Kitty dan anak-anaknya dan Gapal yang nakal tak hingat. Gapal suka menyorok balik langsir konon-konon boleh menetap sampai malam. Never. You… get out!!! —> lepas makan dengan main-main kena keluar (masih diamaran Mama).

Last week pergi IJN 2 hari balik aje ada 2 makhluk tunggu…

garfield-2

Sedih kan muka theyols kena tinggal 2 hari hehe. Muka Gapal tak boleh blah macam:

Mama maafkan dahku please

I janji tak kencing merata lagi okeh…

Neverrrrr….

Bye uols!

4 thoughts on “because we are family…

  1. Haha budak-budak memang suka Lin. Takpe nanti bila senang boleh cuba bela seekor dari kecil. Mesti Lin pun sayang nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge