Salam.

Saya masih struggling untuk menulis semula. Kalau lama tak menulis rasa macam terjatuh ke dalam gaung lepas tu nak panjat dinding pulak licin penuh selut lepas hujan —> kau memang drama sangat.

Hari ni Abe Aiman ada rombongan ke xxxx (rahsia). Saya ingat lagi masa dia pergi trip pertama tadika saya menggigil dekat office risau sangat kut jadi apa-apa dekat dia. Kejap-kejap call Papa tanya Pa Papa rasa Aiman ok tak Pa? Papa dia sentiasa rilek je bak kata anak muda Gen Y ni wat lek wat pis je. Saya sampai ada blogging pasal ni dekat blog lama sampai gelak gile dengan MK baca lepas tu kawan kakak saya tertunggu-tunggu apakah kesudahan cerita “Papadom” saya tu–> siapa tengok movie Papadom dia faham.. Tulah dulu blogging family semua tahu kakak saya siap bagitahu masa raya kat semua orang Eh Diana ada blog tau baca blog dia, blog dia best…. Saya rasa macam nak masuk bawah meja kuih raya tu. Orang yang kenal saya tahulah saya ni memang tak suka attention. Kat sini aje bising kalau jumpa saya baik senyapppp aje haha. Sebab tu saya suka blogging kat sini sebab mostly orangnya saya tak kenal/ pernah jumpa. Ada juga yang mesej personally Hi Kak D saya follower tegar blog akak —> pengsan. Ada juga beberapa kenalan mesej terjumpa blog saya, ada lawyer dekat Melaka siap call Eh D you ke yang tulis post tudung neelofa tu?—> pitam dekat court.

Oh berbalik kepada cerita Abe Aiman nak pergi lawatan hari ini, ini pesanan saya dekat dia:

  1. Kalau Mama whatsapp jawab ok —> dia guna telefon lama saya occasionally aje
  2. Jangan ambik gambar dengan budak perempuan —> ingat Mama tak tahu taktik korang
  3. Jangan ambik no telefon budak perempuan, kalau dia mintak cakap macam ni —> Saya tak boleh kasi sebab kalau saya kasi Mama saya akan ambik telefon ni selama-lamanya jadi lebih baik saya tak bagi. Telefon lebih penting -_-“.
  4. Suruh Ehsan bersedia Mama nak call dia kalau tak dapat call Abe besok. Suruh dia jaga Abe walau apa pun terjadi —> pesanan bakal menakutkan Dak Ehsan bff dia duduk sebelah dalam bas.

Masa dia kecil dulu saya siap masukkan kertas dalam poket dia tulis no phone kami. Dan saya berdoa sepanjang masa sampai dia selamat balik. Kau tahu kau dah jadi makchic-makchic sangat bila anak kau pergi trip tadika dia yang pertama. Saya tahu Papa pun risau sebab Aiman jenis lasak gile tapi dia buat cool aje. Sampai bila pulak kita nak simpan dia dekat rumah kan.

Masa berlalu saya sedar dia semakin besar. Mula lepaskan dia pergi kem, camping. Doa saya tak pernah putus untuk dia. Macam tulah rasa Mak dan Ayah kita kan. Suka atau tak mereka perlu lepaskan kita. Yang kita gembira-gembira mulakan hidup baru mak ayah kita punyalah rindu dekat kita.

Aiman ni sangat happy go lucky orangnya. Sentiasa tak ada masalah dalam hidup dia berbanding Adik. Suka berkawan, makan pun tak kesah. Bila petang balik sekolah agama dia tunggu saya siap masak tanya Mama apakah resepi istimewa Mama hari ini??? dengan mata yang bercahaya-cahaya. Resepi saya pulak nama mestilah power seperti Sambal Ayam Cinta Abadi dan Sayur Goreng Campur Terhebattt. Lepas tu dia pandai bodek cakap Abang tahu Mama masak sedap sangat hari ni sebab Mama masak penuh kasih sayang kan kan kan???? Hehehe Abe Abe. Budak lelaki kan kuat makan jadi dia berselera aje kalau kita masak tu. Bila masak tengok orang makan licin tu rasa kenyang tau —> habis kenapa kau tak kurus-kurus T_T

Oh rindu pulak kat Abe Aiman. Dia bangun pukul 5 tadi nervous + excited lah tu. Saya whatsapp dia tulis:

Abe jaga diri tau. Saaaaaaayang Abe!

Lepas tu dia jawab:

Dah sampai.

Whateverrr….

#balikkarangnakcheckphone

#makchicmakchicsangat

#oranglelakimalasmenaipkan

#calltheyolsllebihbaik

#papalebihrelacallmamadaritaipk

Bye!

2 thoughts on “Makchic

  1. Akak..aduh post ni buat saya teringat 1st trip anak sy yang 1st. Masa tadika juga. Yang kelakar bila ingtkn, mamanye yang bergenang2 air mata masa anak beratur nak naik bas dgn kwn2. Anaknya pun menangis.tp bkn nangis sedih tinggalkn mama.nangis sbb takut dgr bunyi enjin bas. 1st time naik bas..hihi.
    Hidayah recently posted…Muncul Sekejap..My Profile

  2. Hahaha ini lawak. Mesti terkejut kan dia dengar. Mak-mak biasa ada soft spot gini. Iyelah selalu kita kemain protektif alih-alih dia nak berdikari sedih okkay. Hehe tapi bila dia balik kemain peluk lagi macam setaun tak jumpa wakaka
    diana recently posted…Hello world!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge