Aku dan Dr. AFL

Salam.

Malam semalam baru perasan dekat Ig yang Dr. Fatin Liyana undergo surgery dekat IJN last week.

Saya memang jarang online kalau online pun selalu blur apekah yang sedang berlaku ini semua -_-” .

Tak sangka dalam saya duduk menunggu dekat IJN tu penulis-penulis fav saya ada dekat situ, dan undergo heart surgery.

Saya follow FL lama sangat. Dari zaman dia belajar sampailah dia kahwin. Blogger macam ni adalah rare sebab dia buat kau tergelak baca post dia secara natural. Jujur dalam menulis. Kelakar tak dibuat-buat. Ada jugak tiru dia pergi tetas belakang inner kasi muka nampak bujur semua tu. Tapi nan hado hasilnya. Muka kalau dah debab memang debab jua. Bila dia kahwin dengan Dr. AF rasa happy sangat tengok.

Kemudian saya kenal Dr. Anwar Fazal. I cried reading Diagnosis and 360. Malah bila pergi kursus Penulis Bestseller kena bawak buku contoh yang kononnya kita akan tulis, saya bawak Diagnosis -_-“. Apakah kau kecelaruan dari lawyer nak jadi doktor atau apekah??? I don’t care. I just brought Diagnosis. Trainer masa tu Tuan Zamri Muhammad pasrah aje tengok haha. Orang lain bawak novel terkenal, buku tips bagai yang saya bawak buku kompilasi cerpen sedangkan saya tak pandai tulis cerpen??? Ada akak kesah tentang pandangan orang lain? —> degil tak bertempat. Sometimes saya memang degil macam tu. Saya ada certain philosophy saya dalam kehidupan hehe….

Ada satu quote tentang buku dalam English saya suka. Tapi dah hilang.

Dia macam ni lebih kurang.

Ada buku yang kita baca, kita baca sahaja. Kemudian kita tutup.

Ada buku yang buat kita menangis/ ketawa/ berubah perspektif/ ceritakan pada orang lain. Kita akan selama-lamanya mengingati buku itu.

#thatishighimpactwriting

Diagnosis adalah salah satu buku macam tu dalam hidup saya. Dan Ulu Yam di Liverpool.

Dan saya pun nak jadi penulis macam tu. Walaupun saya selama-lamanya mungkin tidak akan menjadi penulis best seller, mudah-mudahan apa yang saya tulis/pernah tulis dapat memberikan sedikit kebaikan kepada orang lain. Dapat mengetuk pintu hati seseorang kononnya chehwah…

Oh birth date saya sama dengan Dr. Anwar Fazal. Masa tau tu saya kembang hidung tak tentu hala kononnya macam ada connection lah date tu bakal lahirkan penulis terkenal —> sila pitam. Lepas tu saya kembali ke dunia nyata dont worry.

Dr. Fatin Liyana, saya membaca blog awak dah lama. Ketawa dan hilang stress mak-mak masa membacanya. Awak menulis dari hati dan penuh keikhlasan. Dalam cerita ada terselit nasihat. Itu mengwinkan awak dari blogger2 muda lain yang ahkak tak faham kadang-kadang lawak diorang like kenapa tak kelakar pun despite dia ada tulis LOL ni.

Semoga Allah swt memberikan kesembuhan segera di atas segala kesakitan. Memberikan kerahmatan di sebalik segala kepayahan. Ada satu quote by Dr Zubaidi Hj Ahmad (akak follow tip dia untuk pemakanan sihat ok):

Jika dilanda kesakitan, bersabarlah.

Kerana Allah sedang mengampunkan kita.

Dr AFL + Ajda stay strong.

Jumpa lagi. Bye!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge