Tour my home

Assalam.

Selain dari menulis saya suka deko rumah. Bila dah hujung tahun ni saya selalu plan untuk deko mana-mana projek yang terbengkalai. Pembaca blog ni ramai juga datang untuk post dekorasi saya. Terima kasih.

Bercakap tentang rumah ni sangat istimewa bagi semua orang kan. Saya sejak kahwin bulan ke 3 dah pindah ke rumah sekarang. Masa pindah saya ingat lagi hanya ada set bilik tidur, dapur masak, peti sejuk dan mesin basuh. Itu sahaja. Walaupun rumah saya kosong tapi saya happy sangatttt.

Lepas tu saya mengandungkan Aiman. Bila mengandung kau pun jadi macam maharani balik kerja asyik berehat aje. Saya masa mengandung memang akan gemuk, debab dan cepat letih haha. Lepas tu boleh mintak makan macam-macam saje menyakat dak Papa suruh carik hehe. Tapi macam couple2 muda baru kahwin, kitorang memang sengkek jugak masa tu. Tapi Papa selalu bagitahu, kita susah ke jangan bagitahu keluarga kita ok. Biar dorang tengok kita happy aje. Macam tu jugak kalau merajuk ke gaduh-gaduh manja ke, depan family tak yah lah tunjuk. Susah ke senang ke biar kita aje yang tahu. Gittew.

Banyak kenangan juga macam kalau ada 5 ringgit je Papa belanja makan mee bodoh (actually mee kosong je nama tu tak menahan -_-“) dengan sirap dekat satu warung kat Bukit Beruang. Kalau ada duit kita makan Pizza hehe. Takdelah hari-hari bila hormon kortisol kau berkurangan je (kortisol-hormon rajin memasak akak bantai je ni haha). Suami saya banyak ajar saya untuk bersyukur aje dengan apa yang ada, asalkan hati kita bahagia. Sambil tu kita berangan jugak nanti nak renovate rumahlah, deko itu inilah. Sebab takde duit sangat masa tu, Papa pernah cat pagar, dinding luar rumah semua sendiri. Yang kat dalam rumah jangan cakap lah, living room saya pernah dicat warna purple, cat bilik pulak malam-malam lepas dia balik kerja. Saya biasa memberi sokongan padu membebel-bebel macam radio masa dia mengecat, buat kopi ke tapi dia biasa sweet angattt suruh pegi tido bila nampak saya terlentuk-lentuk. Taktik aje tu akak nak tido awal karang muka sembab tak cantik macamane hehe. Lepas tu bangun pagi nanti happy sangat dia nak mengsurprisekan saya dengan projek mengecat dia tu….

Sampailah beberapa tahun kemudian kita ada rezeki lebih sikit nak renovate rumah. Maksud saya apa yang kita ada pada hari ini tidaklah diperolehi dalam masa sehari dua. Dan bila kita sama-sama melalui kesusahan, kesenangan dalam hidup bersama-sama, rumah tu menjadi lebih indah lagi. Kita ada kenangan bila tengok barang ni kita cakap Eh Pa ingat tak kita beli barang ni kat sini. Orang kedai tu sombong gile Mama tak suke bla-bla-bla… Yang mengumpat ni jangan ditiru ye. Akak memang pantang tok nenek masuk kedai penjual buat muka. Lau baik lemah-lembut tu terusss je akak terpengaruh nak beli hihihi…

Bagi saya bahagia tu bukanlah diukur dari betapa besarnya rumah, atau betapa cantiknya dekorasi tapi kau rasa bahagia tak tinggal dekat situ? Orang-orang kat situ buat kau bahagia tak?

Itulah definisi bahagia saya—> bila hati kau merasa tenang dan gembira.

Oklah saje mengimbas balik gambar-gambar rumah saya ni. Ada yang dah berubah sebab anak semakin membesar jadi kau kemas depan, dia pulak kemas bahagian belakang. Saya pengikut setia blog Iheartorganizing cuma saya tak lah macam si Jen ni ada tempat khas letak pensel bagai, saya just letak pen, pensel, klip satu kotak terus. Saya style minimalis cuma kagum sangat tengok dia rajin update blog. Tuhan aje yang tahu betapa peningnya nak maintain blog macam tu dengan gambar yang tip top macam majalah dan selalu update tu. Rajin betul si Jen ni.

Sebab blog Jen ada page Tour My Home jadi saya pun nak tiru jugak hehe….

deko ruang tamu minimalis

Ini ruang tamu saya selalu kita ambik gambar produk je kat depan ni sebab ada natural lighting. Sofa hitam beli kat kedai recycle RM500. Meja besi putih dan bulat  dapat free sebab orang nak buang.

deko ruang tamu minimalis

Ini ruang makan tetamu penting juga sebab keluarga kitaorang memang ramai. Set meja beli kat kedai recycle.

deko bajet

Sekarang ni  dah jadi meja komputer Papa dan anak-anak. Set meja dapat free orang nak buang. Cermin dan para dari IKEA.

Yang di bawah ni adalah gambar lama-lama dulu masa rumah konsep English. Sekarang dah minimalis aje semuanya. Komputer area, rak buku dan laundry area. Saje letak sebagai kenangan.

soho home decor ideas

soho home decor ideas

laundry home deco

deco laundry room

deco laundry room

 

home deco

Yang ini adalah ruang ke bilik tetamu = mini office saya/ tempat saya menaip sekarang (pintu putih).

projek diy spray meja

Living area. Meja dan kerusi dapat free orang nak buang.

projek diy buai

Buai DIY dekat luar rumah

Oklah jumpa lagi. Saya sedang cari momentum untuk menulis semula jadi sila pasrah menonton siri flashback gambar-gambar di sini. Perkara pertama yang diajar kepada saya dahulu untuk dapat momentum adalah menulis setiap hari dan tulis perkara yang paling kita suka/ selesa menulisnya kat dunia ni.

Akhir kata, rumah kita, kita yang tentukan ia jadi syurga atau sebaliknya. Tak kira kecil atau besar asalkan hati kita bahagia dah cukup. Yang penting bersih dan kemas oklah tu kan.

Sampai jumpa lagi. Bye!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge