Salam.

Maaf lama sangat tak menulis.

Ada artikel sedang tunggu dipinda juga. Dan cerita sibuk yang biasa. Seperti biasa.

Esok anak-anak saya habis exam. 1 bulan yang lepas memang terkejar-kejar juga.

Mak warded di IJN, Abe exam UPKK diikuti Adik lepas tu Abe pulak exam secara berjemaah dengan Adik.

Saya pulak bertemankan kopi o, kopi susu dan kopi dan kopi hehe. Balik dari IJN saya demam teruk rasanya sinus saya dah mula menyerang balik.

Kerja saya ok, sifir dia begini kalau ofis ok biasanya kau akan berdepan dengan very demanding client. Ada orang ofis drama gaduh2 bagai saya tak hadapi semua tu. Ofis saya best. Cuma biasalah klien kan. Saya bersyukur dunia online sekarang saya boleh setelkan kerja di mana-mana aje walaupun tak masuk ofis dan masa weekend. Semua file simpan draf secara online jadi kalaupun klien contact kau Sabtu malam suruh pinda agreement kau ketik-ketik jap masa anak tidur dah setel. Lepas tu kau terkebil-kebil sorang-sorang dah tak boleh tidur nak buat apa ni hehe.

Apapun bersyukur ada klien kan. Semua orang yang kita jumpa adalah ujian kepada kita. Yang baik jangan pulak kita ambil kesempatan. Yang cerewet kenalah kita banyak bersabar. Yang penting kalau kita tak suka certain perangai tu jangan pulak kita buat kat orang lain.

Oh Mak akan jalani prosedur angioplasty atau masuk stent di injap jantung Jumaat ni. Ada 3 blockage. Prosedur ni adalah untuk membuka sumbatan tersebut. Walaupun orang cakap prosedur ini biasa sahaja tapi saya still rasa sedih juga. Kadang-kadang masa call dia mata saya jadi bergenang-genang. Tak tahulah kenapa.

Bagi yang lama baca blog ni mungkin banyak baca tentang Mak. Tentang Mak yang support apa aje decision yang saya buat. Ayah garang tak bagi masuk ativiti yang jantan sikit. Kalau masuk taekwondo dekat Mrsm dulu saya kasitau Mak je. Pergi program anak angkat kat Bagan Datoh pun cakap dengan Mak. Kalau tanya Ayah confirm tak boleh mesti dia suruh balik kampung masa tu -_-“. Mak sentiasa tahu saya akan jaga diri. Kalau call Ayah mintak duit Ayah tak layan saya try mintak kat Mak. Ada sekali tu saya mintak duit beli buku English For Law (EFL) harga rm75 ayah bolayan teacher pulak dah warning sape takde nanti siappp. Mak sanggup naik bas pegi simpang, bank in kat BSN. Saya masa dengar tu jadi terkedu. Entah kenapa kes buku EFL ni sangat dekat di hati saya. Mak tak tahu drive,  belajar pun sampai Form 3 aje, tapi kebaikan Mak jaga keluarga kami hanya Allah swt aje yang mampu membalasnya.

Artikel saya selalu sebut pasal Mak. Yang last sebut begini:

“Masa kita kecil-kecil dahulu, Mak suruh kita belajar mengaji….”.

Betapa besarnya jasa Mak dalam hidup saya. Siapalah saya tanpa Mak.

Oh my blog readers, doakan prosedur Mak di IJN Jumaat ini berjalan lancar ok. Mungkin ada doa kalian yang sangat makbul kerana kemurahan hati, kebaikan budi pekerti dan semua amal baik yang korang lakukan. Dan bila kita doakan orang lain, malaikat akan doakan kita yang sama juga kan.

Thank you.

Rindu sangat tulis di sini dan di sana. Harap saya dapat menulis macam dulu semula. Insya Allah.

Jumpa lagi.

2 thoughts on “Mak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge