Happy blogiversary Dalinali.com

Salam.

Hari ni 10.10.16.

Dah 2 tahun saya menulis di sini. Kalau guna website jenis WordPress berbayar kita senang nak ingat birthday blog sebab ada due date.

Semua website saya dijaga oleh FJHosting.com. Setakat ini ada 3 website dan beberapa blog. Memang mudah berurusan dengan FJHosting ni sebab mereka pro, tidak memeningkan kepala saya yang sokmo malas nak fikir benda-benda teknikal dan semua soalan saya dijawab dalam masa yang reasonable. Saya rasa sape yang feeling2 nak ada website yang nampak pro mungkin patut pertimbangkan ada web dot com sendiri. Ownernya saya kenal, beliau orang pertama yang perasan saya suka menulis dan berpengalaman luas dalam dunia internet, marketing, bisnes dan semuanya.

Kalau korang biasa guna blogspot rasa ok lagi tuk catch up WordPress yang asas ni except bab hosting tu mula-mula nak pitam jugak. Dia -hosting ni macam rumah, dalam rumah tu ada banyak bilik kan. Bilik tu macam -domain/nama web korang. Itulah pemahaman akak yang claim diri sendiri ada professional diploma in internet marketing ni hehe. Ok untuk tengok-tengok tentang FJHosting ni KLIK SINI.

Ok macamana saya sambut birthday blog ni hari ni:

  1. Anak saya peksa UPKK
  2. Saya demam dari last week
  3. Minggu ni pun busy
  4. Saya masih tak ada masa nak update blog

Macamanalah saya tak sayang blog ni. Dengan blog nilah saya submit sample untuk jadi penulis di Tazkirah net. Orang lain submit artikel, website, buku-buku yang ditulis yang kau gagahkan diri submit dekat tuan pengasas blog kau yang baru ada 2 artikel pastu pernah tulis ebook haha. Tapi tulah satu hari nanti saya akan tanya juga tuan pengasas Tazkirah net ni atas basis apakah beliau pilih saya 2 tahun lepas. Recommendation ke (bajet ada orang nak recomm–> pitam) atau memang rezeki saya mereka sedang mencari penulis. Banyak memorilah blog ni tu tak termasuk lagi meroyan2 takde idea tulis artikel haha.

Terima kasih sudi bersama saya 2 tahun ini. Saya tahu ada yang baca cuma mereka senyap aje. And I prefer that way. Thank you. Menulis adalah perkara yang sangat saya sukai di dunia ini, saya pernah kehilangannya, dan masih menulis lagi pada hari ini.

Antara penulis kesukaan saya adalah Irfan Khairi (IK). Saya follow emel dia bertahun-tahun sehingga akhirnya saya mula berniaga (subscribe newsletter dia di sini). IK ada gaya menulis yang cool, tak skema sangat dan terus pergi ke hati pembaca dia. Dia boleh je berlagak untuk semua yang dia ada tapi dia tak macam tu. Ada satu ayat dalam emel dia saya suka ditulis begini:

“Merendah diri, tapi jangan pandang rendah diri sendiri”.

Kalau korang suka/minat sesuatu, kejar impian tu walaupun orang gelakkan ke. Walaupun orang peleceh/ lost ni apehal dah jadi peguam elok2 nak jadi penulis pulak. Biarkan aje. Walaupun kita tak pandai tak mustahil satu hari nanti kita akan berjaya. Sebab kadang-kadang konsistensi dalam membuat sesuatu itu boleh beat orang lain juga.

Sekian falsapah akak yang selsema di harijadi blog ini.

Tq kepada FJHosting yang tiptop jaga blog ni, laju aje speed dia (tak reti nak explain haha) dan semua yang sudi jenguk blog ini. Insya Allah lepas ni rajin blogging hehe.

Happy blogiversary Dalinali.com. Love you!

8 thoughts on “Happy blogiversary Dalinali.com

  1. Tq En. Sabree. Alhamdulillah tapi tidak berapa konsisten juga akhir-akhir ni. Tapi insya Allah akan cari balik nanti.

  2. Ha Lin. WordPress ni sejujurnya pening sikit mula-mula tu. Tapi feel dia tu berbeza dari blogspot especially bila kita tahu teknik SEO. Memang bestlah. Kena try dulu baru tahu hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge