Solat hajat ke hajat nak solat

#quick update

Bajet orang tertunggu-tunggu sangat update haha.

Pagi ni masa tengah rendam kuali (balik krg basuh) Aiman atau kita panggil Abe datang dapur. Dia cakap Mama ustazah suruh datang masjid malam ni, ada solat hajat UPKK –> pekse sek agama. Saya macam oh ye ke. Tapi Papa takde tapi takpe nanti kita 3 orang pergi. Dalam hati saya cakap oh memang saya dah tua, anak saya nak pekse and I ll be attending my first solat hajat untuk anak.

Pastu sambil basuh pinggan teringat pulak kenangan dekat MRSM Muo dulu. Masa solat hajat SPM takde sesape datang. Ada saya bagi hint tapi mak cakap jauh ayah pun tak nampak sangat. Mak doakan dari rumah aje ye. Ok saya pun pasrah.

Sekali petang tu dah berderet-deret kereta parents datang. Bisalah dorang makan kat DS (dewan selera) bergelak ketawa bagai. I iz jeles sedih. Pastu sebelum Maghrib kena standby kat surau. Saya, Ted, Liza burung hantu, Denny duk berkumpul kat satu sudut mengenang nasib mak bapak tak datang haha.

Mak ayah kita tak sayang kita ke hoi?

Sayangle ngok –> bahasa dulu-dulu.

Lau tak takkan le mak ayah kita doakan kita kat rumah kan

Kau apasal mak kau tak datang?

Bla bla bla.

Kau pulak apasal? Rumah kau kan dekat Muo je?

Bla bla bla

Pastu Denny sentiasa dengan lawak-lawak bongok dia kitorang gelak terkekeh-kekeh dalam surau sementara menunggu azan Maghrib. Lepas tu geng yang mak bapak datang biasalah datang lewat, baru lepas makan bekal dari kampung lettew–> hate uols. Parents tumpang duduk dekat asrama parents ada gak masuk dorm jadi memang meriahlah dorm kiranya.

Part paling sedih masa solat hajat ni adalah part menghalalkan makan minum, maafkan dosa-dosa, bagaikan nak banjir surau tu. Yang mak dia ada sebelah tu memanglah dilanda taufan Katrina. Yang weols ni dahlah sedih mak tak ada lepas tu masuk pulak bab-bab halal ni memang menggugat jiwa jugak. Balik surau terus call mak memasing. Sume menitik air mata kat public phone tu tapi tak mengaku. Pastu jangan sedih lama ngat, kita gi makan supper kat DS. Biarkan yang ada mak bapak tu lepak ngan parents dorang.

Bila sampai part Abe Aiman ni rasa sayu juga. Dah besar anak saya. Kalau saya ayah memang ajar jadi tough sikit sebab saya memang manja, ayah cakap saya anak bongsu dia yang perempuan. Baik masuk mrsm ke dia pernah datang melawat sekali je itupun masa saya melalak dekat public phone tu homesick. Pastu bila tengok ayah datang dengan kaki dia yang gout tu saya insaf. Masuk ukm dia cuma hantar masa daftar, hujung final year dia collect barang. Itu aje. Lain kau nak balik kampung ke pandai-pandai kau dari Bangi sampai masjid Tanah.

Luckily saya ada kawan-kawan masa asrama dulu tu. Kitorang kalau gelak ntahapaapa bukannya kelakar sangat pun orang lain dengar. Masuk asrama banyak ajar saya berdikari, berkawan, bawa diri dan paling banyak ke surau—> statement maut. Kadang-kadang orang kutuk budak MRSM jahat lah apa lah. Bagi saya terpulang. MRSM banyak ajar saya tentang agama actually, pakai tudung dilabuhkan, solat jemaah setiap masa, kuliah subuh etc, amali sembelihan ayam, amali haji real melontar dan semuanya, berarak untuk maulidur rasul dan banyak lagi perkara yang sangat besar bagi budak asal sekolah konvensional seperti saya. Bagi orang lain mungkin kecil sahaja. Bagi saya sangat besar.

Oklah. Pagi ni terkenang pulak kenangan saya dan geng terkekeh-kekeh ketawa dekat surat like 18 years back sebab mak bapak tak datang solat hajat.

Kita tengok malam ni macamana nanti.

Abe Aiman. Mama halalkan semua makanan, minuman dan maafkan semua kesalahan Abe kalau ada selama ini.

Semoga segala ilmu yang dikutip dari pembelajaran agama ini akan diamalkan di setiap genap kehidupan Aiman dan memandu lurus Aiman ke jalan Ilahi. Semoga asas ilmu ini akan berguna bukan sahaja untuk Abe tapi orang lain juga nanti.

Semoga pada hari-hari Aiman tak tahu nak buat apa nanti, Aiman akan membaca Al-Quran dan menemui jawapannya di sana. Macam kita selalu janji, kalau rindu Mama nanti, baca Al-Quran okeh.

Abe Aiman, selamat menempuh peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa. Keputusan tak penting. Amalan dari ilmu-ilmu tu yang penting. Mama halalkan semuanya.

Amin.

#ni dah nangis ni mcmn ni

 

6 thoughts on “Solat hajat ke hajat nak solat

  1. Good Luck, Abe Aiman..
    Pengalaman kita lebih kurang sama kak. Memang parents datang di awal semester pertama masa pendaftaran dan datang ambil barang masa semester terakhir..:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge