Salam.

Pejam celik dah dekat 2 tahun saya menulis dekat sini. Membebel ntah hapa-hapa.

Kalau ikut Cikgu Titan selepas 2 tahun biasanya blogger dah boleh mendapat pulangan jika menulis secara konsisten. Mungkin betul juga. Saya mula dapat offer review produk, review koleksi raya satu website terkenal dan juga offer menulis secara tetap di satu website fesyen. Tapi saya sebenarnya agak cerewet juga nak menulis ni. Orang tengok saya main-main aje kan. Tapi tak.

Cakap pasal Cikgu Titan ni dia selalu lalu-lalang dekat sini. Kadang-kadang ngeri jugak dia ni dah lah pandai menulis lepas tu pakar SEO –> tapi dia nafikan. Kalau baca blog dia mesti nak tergelak aje baca ayat-ayat dia tu. Dia ni kalau bagi tazkirah memang terasa diri dilempang terus. Cikgulah katekan. Blog dia ada sesuatu yang buat orang datang balik. Alah kita ni hari-hari pun google jumpa blog macam-macam kan. Ada yang kita lupa lepas baca tapi ada sesetengah blog yang buat kita datang semula. Kita pun tak tahu kenapa tapi kita datang balik dan baca lagi. Kadang-kadang tertunggu-tunggu update terbaru.

Blogging ni mula-mula kita kena rasa sangat selesa dengan blog kita. Theme ke, layout ke kita suka. Sebab kalau kita tak suka font ke warna ke kita tak akan kerap menulis. Macam saya part of me sangat suka menulis, dulu suka tulis surat, kad sekarang dah malas. Kadang-kadang nyampah jugak dengan dunia IT ni orang takde nak pos2 surat bagai. Tapi tak apalah sekurang-kurangnya saya pernah melalui zaman tunggu abang posmen sampai. Tak best sape tak pernah bercinta guna surat ni hoi. Bila nampak abang posmen dia punya happy tu tak boleh nak cakap. Rasa nak lompat bintang aje terus. Pastu kalau tak dapat surat buat drama tension2 hempas muka kat bantal. Sekali besok surat sampai daa. Oh drama angattt kau ni haha.

Tapi tulah saya memang suka menulis. Menulis memberikan kebahagiaan kepada saya. Harap-harap saya dapat gunakan rasa suka menulis ni untuk kebaikan insya Allah.

Menulis ni kadang-kadang saya tulis benda yang bosan gila. Kadang-kadang ada juga yang berguna sikit macam tips-tips tu. Tapi menulis ni kita perlu sentiasa berlatih dengan kerap sampai kita sendiri jumpa cara menulis yang tersendiri. Style menulis ni hanya kita atau mungkin cikgu penulisan kita aje yang tahu. Mungkin juga pembaca yang follow penulisan kita.

Lama juga saya slow down menulis dekat sini. Rindu nak menulis selalu2 macam dulu. Tak kiralah betapa bosan nak menangis ke kita baca hasil tulisan kita, kita mesti berlatih tanpa henti sampai kita menjadi mahir satu hari nanti. Quote di bawah ni saya selalu baca tatkala menghasilkan artikel2 dan blogposts yang sendu —> tiada sambutan yakni diri sendiri pun tak tahan baca sebab boring sangat T_T. Status ni ditulis oleh seorang badut hospital di Malaysia yang secara sukarela menghiburkan kanak-kanak pesakit kanser.

dr bubbles

Always keep coming back to the plate uols.

Don’t stop.

One thought on “That plate

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge