Projek DIY princess canopy

Hai. Salam. Jumpa lagi di projek DIY princess canopy saya.

Susah tau lama tak update blog ni kita macam kehilangan kata-kata gitu. Nak tekan enter ke tak ke. Aish dah macam bercinta pulak hehe.

Ok projek ni dipanggil princess canopy kerana ia projek menggantung langsir lace secara bulat di atas kepala katil. Langsir ni dibeli di IKEA dengan harga RM25 untuk 2 keping. Nama langsir ni adalah Alvine Spets (Irish katanya khens). Orang perempuan ni dia ada satu perangai membeli benda-benda yang tidak perlu, tetapiiiiiii dirasakan perlu untuk masa depan gittew hehe. Saya gigih beli langsir ni, lepas tu set langsir putih net yang macam kelambu tu dengan alasan saya mungkin akan perlukan untuk projek masa depan kelak. See kan ada projek DIY ni hehe.

diy princess canopy

Ok gambar ni memang tak berapa puas hati sangat tengok. Pertama nak beli set quilt baru yang sedondon tapi tak sempat. Jadi sila pasrah melihat sarung bantal tak sama warna dan design tu. Akak kan lawyer jadi seisi rumah ada unsur black and white dan sedikit percikan merah gittew.

Katil Kritter Bed dari IKEA.

Langsir Alvine Spets dari IKEA (RM25).

Lampu ladybird dari kedai lampu (RM35), baru jumpa dalam stor nasib ok lagi.

Tempat ni macam tempat adik membaca juga kalau mat saleh mereka panggil reading nook. Tahulah kan kalau ada 2 orang budak nanti dia mengacau dia lepas tu gaduh. Aiman dah 11 tahun jadi kalau nak main robot2, kereta2 dia akan main sorang-sorang dalam bilik. Sama juga dengan adik. Kadang-kadang ternampak dia tengah berangan bergaya-gaya depan cermin ha suka hati kaulah nak asalkan kau gembira. Budak perempuan biasalah nak feeling-feeling princess dia tu layankan aje jangan over sudah.

reading nook

Comel kan reading nook ni. Langsir putih net tulah yang saya ada jugak.

Bila kita lihat anak-anak membesar ni rasa sebal juga dalam hati. Macam Adik kadang saya kelek dia macam baby lepas tu cakap adik dah besar dah. Satu hari nanti mereka akan tingggalkan kita. Sama macam apa yang kita buat pada ibu bapa kita. Bagaimana agaknya rasa melihat bilik yang anak kita stay selama bertahun-tahun tu yang penuh gelak tawa, nangis, merajuk, kena marah semua tu?

Apa rasanya?

Hanya tuhan sahaja yang tahu.

Adik ni baru belajar nak tinggal bilik sendiri, sebab tu dinding pun kaler kelam macam tu haha. Nantilah mungkin nak makeover sikit-sikit.

Oh step by step buat langsir bulat ni akan saya update kemudian.

Kos princess canopy ni – langsir RM25 dan railing RM20 sahaja. Total RM45.

Hari ni harijadi adik. Adik is the sweetest girl yang selalu hantar note dekat mama dan papa. Ada 1 note yang kelakar macam – Adik sayang mama sampailah bila mama tua  nanti. Oh i love you adik. Nampak sangat Mama ni muda aje di mata adik tehehe.

Jumpa lagi. Bye.

2 thoughts on “Projek DIY princess canopy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge