Projek DIY buai

Hai. Baru sempat nak update projek DIY buai saya ni. Jadi saya ringkaskan ikut gambar ye sebab agak mengejar masa juga sekarang. Sedih tak boleh blogging dengan gumbira lagi sekarang. Kerja-kerja yang berselirat dalam jadual saya actually buat saya jadi produktif. Kadang-kadang jadi lemau juga, ok baring jap, tido jap tak tau nak buat apa dulu haha. Tapi sentiasa utamakan yang paling utama.

Gambar-gambar adalah ihsan Mr Diy saya, Papa. Tq Papa.

1.Sediakan kayu, drill

projek diy buai

Kayu ni adalah sepanjang 2 kaki, beli di kedai papan, harga RM7 sahaja. Drill paling penting. Suami saya nak cepat masa ni jadi gambar ala-ala flatlay gini haha. Abaikan kasut, seliper Ica, fokus pada kayu dan drill gun sahaja ok.

2. Buat 4 lubang untuk masukkan tali

projek diy buai

Kemudian ukur untuk drill 4 lubang pada papan. Papa ni dia agak proper bab-bab begini siap pen, pembaris bagai. Kalau saya mesti saya agak-agak aje pastu saya drill. Pastu senget-benget haha. So selepas berpuas hati dengan ukuran uols tu, baca bismillah pastu drill lubang ok.

Dan papan ini boleh dispray mengikut warna pilihan. Kami pilih putih sebab biasalah konon mat saleh sangat, everything want to be in white color ya know. Spray putih tin kecil harga RM8 sahaja.

home decor ideas - DIY spray

3. Dapatkan tali dan round hook wall plug

projek diy buai

Baiklah langkah seterusnya untuk projek diy buai ni adalah beli tali sepanjang 15 meter berharga RM10. Dan juga round hook wall plug 2 unit berharga RM6 satu, jadi dua RM12. Peralatan ini boleh dibeli di kedai hardware. Kalau orang tanya uols nak buat apa, cakap aje dengan eksyen, nak buat buai dekat rumah okeyyy. Haha..

4. Kemudian drill lubang untuk round hook wall plug

projek diy buai

Gigih betul Papa amik gambar ni haha. Benda-benda ni dibuat masa saya pergi kerja. Bila balik kerja eh eh eh dah siap buai. Nak surprise lettew. Dan untuk elakkan soalan Papa tak ambik gambar step by step ke? Nanti Mama nak update blog cemana? Maka terhasillah gambar step by step untuk tatapan korang ini.

Papa kata lubang yang didrill ni akan dimasukkan round hook tadi. Round hook ni pula bila kita masukkan ke dalam lubang tadi akan grip pada permukaan tembok. Jadi ia akan menjadi sangat kukuh meskipun kita skeptikal aje tengok skru ni kan alahai..

Jangan tak sangka uols, 2 hook ni boleh menampung berat sehingga 400 kg okey. Akak yang baru nak sentap-sentap manja ingat Papa tak buat buai ni untuk bini tercinta naik sekali whattt limit 400kg? Dah tentulah akak yang berat tidak mencapai obesiti yakni normal ini (tapi bukan optimum) boleh naik haha.

5. Pasangkan tali dan kayu tadi dan siap!

projek diy buai

projek diy buai

Oklah baik itu sahaja perkongsian projek kali ini. Mungkin ada isteri yang baca jangan pula membanding-bandingkan dengan pasangan sendiri ya. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Saya share projek diy di sini sebab ada juga kelompok pembaca yang suka diy seperti kami. Ia menjimatkan cuma perlu cari idea dan masa untuk buat sahaja. Saya selalu google dan lihat di Pinterest jadi itu yang dapat idea-idea sebegini.

Buai ini hadiah Papa untuk princess dia, Ica. Saya kadang-kadang jeles juga jadi saya duduk berhayun-hayun lepas tu trauma takut dinding runtuh bagai terus lompat turun —> psycho wife. Yes despite the 400kg limit gerun jugak haha.

Item paling penting untuk projek DIY adalah drill gun. Penting bila nak drill lubang nak gantung frame, railing langsir, gantung penyangkut kat toilet dan semuanya. Satu drill gun boleh digunakan di sepanjang kehidupan kita dan boleh dikatakan satu keperluan di rumah saya. Orang perempuan ni pulak biasalah karang nak gantung itu ini, hias itu ini jadi ada drill gun ni mudah aje bila free boleh buat. Papa gunakan impact drill ini:

projek diy buai impact drill kayu

Boleh juga dapatkan impact drill ini DI SINI.

Dan untuk mendrill kayu perlu mata drill khas yang boleh didapatkan DI SINI. Setiap permukaan berbeza seperti batu-bata, marmar, kayu perlukan mata drill yang berbeza-beza ok.

Terima kasih baca post Projek DIY buai saya ni. Selamat mencuba. Bye!

4 thoughts on “Projek DIY buai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge