Ikan 3 ringgit dan Aiman

Salam.

Baru balik dari tapau lunch.

Keluar 5 tapak dari kedai nampak seekor kucing duduk tepi lot kedai. Warna kuning macam Ben dulu.

Jalan terus sambil tu terfikir nak belikan ikan goreng ke, nak ke tak ke.

Sambil toleh kucing tu sedang pandang saya tak berhenti.

Sambil pikir eh nanti tuan kedai mesti bagi dia makan. Eh kalau tak bagi cemana?

Lepas 15 langkah dah ni.

Hati tu berat pula.

Lepas tu saya buat u turn untuk beli ikan goreng, 3 ringgit je pun.

Carik-carik kucing ni dah takde pulak. Oh tuhan betul-betul nak duga ni.

Sekali ada dekat tayar kereta.

Panggil. Ada dua ekor pulak. Patahkan dua.

Rezeki dia kan.

Tau tak apa yang buat saya patah balik semula?

Selepas berpuluh-puluh bisikan dalam hati, bisikan ini memang win.

Macamana kalau ikan goreng ni, doa kucing bunting tulah, akan melepaskan kau dari azab api neraka nanti?

Then I made a u turn.

Masa tengok dorang makan, saya teringatkan Aiman. Aiman mesti happy kalau tau.

Kalau pergi mana-mana dia selalu beli makanan kucing peket tu bagi dekat stray cats. Guna saving atau duit raya dia.

Masa last 10 days puasa, dia dengan Ica ada projek malam-malam bagi makan stray cats dekat satu area rumah kedai yang ada banyak kucing.

Kucing-kucing tu memang tunggu dia datang hantar makanan.

Lepas tu saya teringat hari ni birthday Aiman.

Glad I made a u turn dan boleh berdoa:

Ya Allah selamatkanlah Aiman di dunia dan akhirat, berjayakan dia, suburkan hatinya untuk hidup sentiasa memberi kepada orang lain, bahagiakan dia, luruskan jalan dia menuju kepadaMu. 

Harap-harap kucing doakan sekali. Amin.

#thingsilearnfromAiman

2 thoughts on “Ikan 3 ringgit dan Aiman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge