Projek DIY buai

Hai. Macam sync pulak eh.

Projek diy, buai.

Lama fikir saya dah tetapkan niche untuk blog ni. Niche ni macam keistimewaan gitu. Jadi niche terbaru blog ini adalah:

Cerita dan deko.

Macam tak ada perubahan aje haha.

#Cerita sebab cikgu menulis saya Cik W (rahsia uols) kata saya bagus dalam menceritakan sesuatu pengalaman yang saya lalui sendiri. Itu beliau cakap ye, jangan nak mengata akak masuk lif tekan sendiri. Akak sebagai penulis picisan terima aje pujian, kutukan terhadap penulisan ahkak sebab akak main hentam aje selalu. Yang penting blog ni ada 8 – 9k pelawat unik setiap bulan. Entah apa yang korang baca pun akak tak paham. Lepas tu beliau turut mengatakan akak ni suka menulis tentang cinta sebab artikel ini. Artikel ni sebenarnya adalah artikel yang mencerminkan gaya penulisan saya yang sebenar, caca-marba, penuh gelak ketawa, kadang-kadang sedih (ke selalu T_T). Masa saya tulis artikel tu saya enjoy sangat, asyik ketawa aje konon kelakar sangatlah tulisannya haha. Entah bilalah nak tulis artikel cinta macam tu lagi. Atau patutkah akak ada blog cinta lain macam Surat-surat dari Euthopia.com? Haha lupakan.

#Deko. Sebab saya memang suka deko. Kalau kerja stress yang amat dekat office orang lain mungkin nak pergi shopping ke, saya terfikir nak balik rumah kemas stor best ni. Begitulah just in case you don’t know me. Weekend sangat penting bagi saya sebab saya nak berkemas lebih-lebih lagi saya ada biz partime jadi barangnya sangat banyak. And to manage/ kemas my little office juga. Saya bukan neat freak cuma saya suka benda yang kemas, bersih dan cantik. Saya rasa semua orang pun macam tu kan.

Oklah cukup tentang niche tu, projek diy terbaru keluarga saya adalah membuat buaian di garaj. Adik sangat suka berbuai dekat taman, seringkali dia suruh mama dia hayun laju-laju dekat sana. Tak boleh lah akak nak berlenggang-kangkung berehat di kerusi taman, nakkk jugak kena menghayun dia laju-laju. Nak kata terpengaruh dengan cerita Bawang Putih, Bawang Merah rasa macam tak pernah tengok dia ni. Ada sekali dia balik sekolah dia frust sangat cakap buai 30 ringgit dekat Family Store dah habis orang beli (Family Store = supermarket). Lepas dapat explanation baru saya faham buai tu exactly macam dekat taman, kita just gantungkan dia dekat siling. Lepas tu saya pun lupa pasal hal-hal buai ni.

But not her daddy. Tetiba jadi Daddy pulak haha. Papa dia memang suka sangat kerja-kerja diy ni, infact dia technician untuk semua project party saya. Saya cuma perlu visualize pada dia nak macam tu macam ni, dia beritahu perlu beli barang apa/ bajet, saya completekan, dan dia akan mula bertukang. Semua ni sebab latihan bapa mertua (FIL) saya yang memang paip bocor, mentol rosak, lori rosak (yang simple-simple) ke akan suruh anak-anak betulkan sendiri. Perlu barang apa semua akan disediakan. FIL saya pernah beritahu untuk didik anak gaya orang Cina kecik-kecik dah ajar buat kerja, jaga kedai semua. Sebab tu keluarga Papa ada spray gun (yang saya tumpang guna selama ni) dan macam-macam alat lagi. So kali ni Papa plan projek buai ni untuk Princess dia si Adik yang manja sangat ni.

projek diy buai

Balik sekolah terus berhayun sambil makan aiskrim. Tinggi sangat katanya nanti Papa kena adjust balik.

Cuma guna sepapan kayu, spray putih, tebuk lubang, beli tali dan gantungkan.

projek diy buai

Tapi saya musykil apakah had berat yang ditetapkan untuk buai ni?

Adakah saya boleh duduk? Hurmmmm…..

Oh abaikan laman saya yang rumputnya botak, pokok tak trim dan cat terkopak haha. Dengan ada kon oren si Aiman buat gol main bola. Di hujung sana kolam buatan Papa bukan main sayang lagi ikan emas dia. Si Kitty selalu bernafsu aje perati ikan-ikan berenang haha.

Gambar barang-barang yang digunakan ada nanti saya buat satu post khas ya.

Papa cakap semua ni kita boleh buat sendiri sebab macam hook, tali tu ada dijual di kedai hardware. Untuk tebuk lubang pada kayu pun ada mesin dia.

Till we meet again. Bye!

One thought on “Projek DIY buai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge