Surat untuk anak En Sahar Noor

Salam.

Saya rinduuu sangat nak menulis dekat sini.

Sibuk sangat nak bukak laptop pun tak sempat.

Rindu bulan puasa sebab bulan puasa takde memikirkan perihal donia yang penuh pancaroba ni chewwah.

Ok recently saya terbaca cerita Encik Sahar Noor yang stranded di London. Kondisinya sama macam mak saya tahun lepas, kena stroke and warded. Satu sebab saya raya sakan tahun ni adalah sebab mak saya dah sihat. Jadi saya tahu bagaimana rasanya ada ahli keluarga yang warded masa raya. Mak dulu warded dekat seminggu lepas tu tinggal dengan saya selama 2 bulan. Sekarang Mak happy, sihat, ada ibu Faridah jaga dia, saya tak boleh berhenti bersyukur untuk semua ni.

Orang yang paling kena kuat sewaktu ahli keluarga sakit adalah anak. Dalam kes En Sahar, anak dia. Dia kena tahan mental dan fizikal tinggal atau ulang-alik dekat wad, tahan diri jangan menangis depan ayah dia. Dia cuma perlu kuat.

Saya ingat lagi masa saya kena naik ambulan dengan mak saya yang half koma, saya cakap ok pleaselah jangan nangis Diana. Mak saya pandang saya dari sudut mata dia dalam ambulans tu. Saya yang memang selekeh habis masa tu dengan track suit, t shirt, muka sememeh naik ambulan. Attendan ambulans dekat depan jeling dari tingkap kecik, senyum dan bagitau secara psikik dorang akan pecut ke hospital Melaka sekarang.

Masa ambulans bergerak tu macam nak terbalik pun ada sebab laju sangat, saya pandang Mak saya.

Masa tu saya rasa segala nama, pangkat, degree, kepandaian, kelebihan, dan apa jua benda lebih yang saya ada di dunia ni berada di bawah tapak kaki saya.  Semua tu tak berguna lagi saya cuma tadah tangan minta Allah selamatkan Mak saya. There was one point I was bargaining Ya Allah kalaulah ada sedikit kebaikan aku menulis selama ini di Tazkirah Net atau di mana-mana pun, please save my mother. I promise I will write more.

I promise.

I was crying masa berdoa tu pas tu Mak nampak, dia pun nangis juga.

The rest was history, Mak confirm mild stroke with some other complications. Alhamdulillah Mak semakin ok, sihat infact dah tembam macam anak-anak dia yang cumil ni haha. Tidaklah sihat sepenuhnya tapi semakin baik.

Bila baca cerita En Sahar ni saya teringat cerita dulu, tentang janji saya untuk menulis lagi dan lagi. Sometimes I stopped for a while sebab lost ke-laut-dalam-yang-terjang but this story reminded me again about my promise. I know one day Mak akan pergi juga but I will continue writing insya Allah. Tidak ada apa-apa yang dapat membalas kebaikan Allah swt meminjamkan Mak kepada kami semua.

Kepada anak En Sahar, be strong, jangan putus asa dan berjuang for your father. En Sahar ada wajah yang sangat fatherly, love it.

Kepada yang baik hati ingin doakan atau membantu keluarga En Sahar, boleh baca kisah mereka DI SINI.

Mungkin kita tak pernah melalui semua ni, tapi satu hari nanti mungkin kita yang akan duduk di koridor hospital menadah tangan mengharap belas Ilahi.

Jumpa lagi. Bye!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge