Projek diy spray meja kopitiam

Salam dan hai. Selamat Hari Raya. Dekat 14 hari tak update blog nak bersara ke apa hehe. Rindu juga nak update tapi saje letak syarat siapkan artikel dulu baru boleh post dekat blog. Kalau tak dipaksakan macam tu memang takkan siap dan hegeh-hegeh forever. Ok saya kejar lunch time ni jadi saya update Projek diy spray meja kopitiam saya yang sudah lama digembar-gemburkan itu. Terima kasih kepada pembaca entri deko-deko blog ni. Tetiba terfikir nak kena tukar niche blog ni kepada deko ke. Dah dekat 2 tahun blogging barulah kau nak terpikir niche blog bagai T_T. Buat dicemuh guru-guru internet marketing akak aje hurmmm hehe.

(*niche – kelainan/keistimewaan dalam konten)

Baiklah oh time is running out. Gambar-gambar ini menurut turutan ye. Semua gambar adalah ihsan Dak Papa yang sentiasa memahami keperluan isteri untuk menulis/blogging. Bak kata pepatah happy wife, happy family. Gittew.

1. Mestilah kena ada meja dulu

projek diy spray meja

Baiklah meja memang nampak sedih. Tapi inilah meja yang telah menerima sentuhan kasih-sayang dari Kak Dalin. Bukan auntie ok, ka-kak hehe.

2. Mesti ada kertas pasir

projek diy spray meja 4 - kertas pasir

Kertas pasir ini untuk menggosok dan meratakan permukaan yang akan dispray. Wajib okey.

3. Gosok pada permukaan hingga berpuas hati

projek diy spray meja

Ini meja setelah digosok. Memang tak banyak beza tetapi dia dah ala-ala flawless gitu. Kalau yang perempuan susah nak faham macam mekap lah khens, lebih flawless lebih cantik meletop-letop tahan lama gitu.

#nampaksangatbukankauyangspray

4. Letakkan di kawasan terbuka untuk spray

projek diy spray meja 6

Macam ni kami gunakan alas tapak palet sebagai tapak. Cuaca yang panas lebih baik, lebih cepat kering.

5. Gunakan spray dan cat yang sesuai

projek diy spray meja

Kami gunakan cat ini yang mencukupi untuk diy spray satu meja dan 4 bangku. Harga RM20 setin (1 liter).

projek diy spray meja

Ok spray ni dipanggil spray gun baru saya tahu rupa-rupanya ia berharga ribuan ringgit. Minta maaf sebab selama ini saya ingatkan tidak sebegitu mahal. Ok alternatif yang boleh digunakan adalah minta kedai perabot untuk spraykan. Oh tapi Papa cakap ada alatan macam ni harga ratusan ringgit sahaja. Ia macam portable atau kecil sedikit (*nanti saya update). Boleh tanya di kedai hardware. Guna spray gun lebih jimat berbanding tin kecil (setin RM7.90) sebab nanti perlukan banyak tin untuk perabot yang besar seperti meja atau almari dan penat juga nak spray. Meja begini kita perlu layer cat juga supaya lebih kemas dan jitu kemasan cat yang terhasil nanti. Dah kenapa kau macam penasihat cat Jotun? Jika guna spray kecil begini sesuai untuk objek yang kecil-kecil juga seperti lampu.

home decor ideas - DIY spray

6. Mula spray dengan sekata

projek diy spray meja

Entah kenapa gambar ni macam seram pulak haha. Dah nak senja sebenarnya masa ni. Biasanya kami spray 2 atau 3 lapisan begitu supaya lebih kemas hasilnya.

Baiklah ini hasil meja yang telah dispray sebelum Ramadhan.

projek diy spray meja

Kami tempah cermin bulat di kedai dengan harga RM50 sahaja. Tip untuk tempah cermin adalah lebih baik bawa meja tu ke kedai untuk kedai ukur. Sebab ada meja empat segi yang berbucu bulat, atau ada yang bahagian atasnya lebih kecil sedikit (macam meja saya ni) jadi kedai agak cerewet juga waktu terima tempahan. Bukan apa kalau dah potong nak kena adjust balik nanti jadi mahal pula. Dah tu takde kerusi ke meja weols ni T_T???

Sebenarnya ada 3 bangku kopitiam tapi gambarnya tak berapa berkenan di hati hehe. Nanti saya share lain kali ya. Total makeover meja ni RM70 sahaja untuk cat RM20 dan cermin RM50. Satu tin cat boleh mengecat 1 meja dan 4 bangku kopitiam.

Ok tip untuk guna barang lama dan deko secara bajet banyak saya perolehi di sini. Alam Anuar adalah designer yang bagus sangat sebab dia ajar kita untuk menghargai barang-barang lama. Tak semua designer ajar kita perkara ni ada yang tunjukkan barang-barang yang mewah sahaja. Bagi saya projek diy macam spray perabot ni berikan kepuasan juga kepada orang-orang macam saya. Tidaklah perfect sangat, tapi functional untuk kita sekeluarga. Meja ni patutnya guna untuk anak belajar tapi selalu guna untuk breakfast juga sebab dekat dengan tv. Ada plan nak deko lagi living room ni tapi nantilah dulu tunggu free sikit.

Sampai jumpa lagi di entri makeover yang lain. Boleh tinggalkan komen jika nak bertanya. Terima kasih sudi baca entri Projek diy spray meja kopitiam saya. Bye!

One thought on “Projek diy spray meja kopitiam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge