Assalam.

Raya dah nak dekat. Beg dah siap susun nak balik kampung, walaupun tiap-tiap minggu balik sana sebab kerja dengan tengok Mak. Feel nak balik raya ni lain kan hehe.

Semalam tertengok iklan TNB yang #lepas tu tu comel sangat.

Macam kita kan banyak buat dosa kat orang lepas tu rahsiakan. Atau Allah rahsiakan untuk kita.

Saya minta maaf kepada pembaca blog ni sebab:

-suka cerita pasal penulisan mesti korang rasa boring gile kan hehe. Pagi tadi baru saya perasan saya takde bespren nak luahkan cerita pasal artikel tak siap, takde idea, apa kau nak tulis kali ni, kenapa kau hegeh-hegeh nak buat artikel, cikgu puji. Tak ade. Blog ni rupanya bespren saya untuk penulisan. MK dah busy jadi saya tak nak susahkan dia. Dia kalau saya cerita pasal menulis, dia balas pasal marathon, so kita pandai-pandai kaitkan dengan field sendiri. Oh rindu pulak kat MK. MK cakap kalau kita sukakan sesuatu, kita takkan beri alasan. Betul3x.

#lepas tu saya hegeh-hegeh membuat lawatan balas aka blogwalking. Ya Allah bab ni memang horror sebab nanti blogwalking masa rehat or tunggu turn dekat court, lepas tu memang sokmo tak sempat nak menaip komen. Ya saya memang teruk maafkan saya.

-#lepas tu suka janji nak update kerja-kerja deko tapi tak ada. Sorry3x. Tak tahulah kenapa saya ni malas sangat sekarang. Ke memang dah malas sejak dulu -_-“.

Akhir kata Selamat Hari Raya kepada pembaca blog saya. Ada yang saya kenal sebab tepaksa baca (bff), kawan-kawan blogger yang tinggal komen (terima kasih saya hargainya), ada yang baca tapi senyap aje tapi saya tahu diorang baca—> gotcha! (maklumlak ahkak ni kan private investigator dari kecik haha) dan semua pembaca yang singgah di sini. Saya mula menulis blog ni untuk melatih diri saya dalam bidang penulisan. Saya sentiasa berdoa kalaulah menulis ini yang lebih baik untuk diri, keluarga dan agama saya, saya akan terus menulis di sini dan of course di Tazkirah Net. Saya harap cikgu-cikgu maafkan saya yang betul-betul rehat dari menulis bulan ni. Kita tengok lepas ni macam mana, insya Allah. Maafkan saya kalau ada ayat-ayat yang mengguris hati di sini. Atau terover ke.

Saya suka share kata-kata yang menyentuh hati di sini.

Sesetengahnya membuatkan saya menitiskan air mata.

Saya selalu percaya kalau seseorang penulis itu buatkan airmata kita menitis sewaktu membaca tulisannya, dia juga menangis sewaktu menulisnya. Begitu juga sebaliknya kalau kita ketawa.

Pernah tengok Qari Junior 2016? Sejuk hati kan tengok anak-anak ni membaca Quran. Saya suka lagu tema 2015, tapi 2016 ini best juga. Malangnya tak ada video youtube lagi. Ayat intro lagu tema tu sangat merdulah bagi saya. Bila dengar bergenang-genang air mata.

Lirik dia:

“Terangkan hati kami Ya Allah, seperti hati Rasulullah”…

Hidup ini sentiasa tentang belajar kan. Mengadaptasi dari satu keadaan ke satu keadaan. Membuat pilihan.

Semoga terang hati kita. Insya Allah.

Selamat Hari Raya!

4 thoughts on “#lepas tu

  1. Aretikz : awak adalah – terpaksa baca hehe
    Dayah : Sep sikit akak forever raya melaka kali ni kat masjid tanah
    Ikhwan : selamat hari raya tuan
    Dalin recently posted…#lepas tuMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge