Pernah terbaca tak baik sambut hari ibu, ayah ke. Kita kena sentiasa sambut hari itu, hari-hari.

Menghargai mereka setiap hari.

Saya jarang juga cerita tentang Ayah. Ayah garang, guru disiplin sekolah. Tak boleh silap cakap, kena prepare cakap betul-betul. Bila suruh buat sesuatu, kena buat betul-betul. Dulu masa sekolah saya selalu fikir, kenapa ayah saya garang sangat T_T.

Bila dah dewasa, saya selalu jumpa anak murid ayah. Dekat court, atau kat mana-mana aje. Orang cakap Ooh Cikgu Ali memang garang. Tapi anak murid dia menjadi. Sampai sekarang pun, anak-anak murid tua dia still konvoi ramai-ramai datang masa raya jenguk dia. Bila datang, riuh cerita. Ayah saya bukan ingat pun muka sorang-sorang tu, except yang terjal syetonnirrajim dia ingat jugak haha. Biasanya diaorang yang cakap:

Kalau cikgu tak lempang saya dulu, saya tak jadi orang cikgu.

Ayah saya gelak aje.

Tapi satu je, kalau bab exam, markah ke, ayah saya cool. Kau dapat le markah berapa pun ok, asalkan kau dah belajar. Dia nampak kau belajar. Dia rilek aje tak marah pun. Benda ni saya praktikkan kat anak-anak. Buat ape kau nak stress2 yang amat. Asalkan dia belajar, happy, sudah. Daripada genius, benci ibu bapa, mintak jauhlah macam tu.

Semakin kita dewasa kita faham kenapa mak ayah kita buat begitu begini. Sebab cara ayah, saya kira berdisiplin juga, menepati masa. Kalau buat sesuatu, buat betul-betul. Janji orang tu tau kau dah berusaha. Cukup.

Semakin tua saya tengok ayah semakin lembut, terutama dengan cucu. Badan dia pun semakin tak sihat. Ayah biasalah kalau kita call Mak, dia pasang telinga je. Buat-buat tak dengar.

Dalam kental-kental hati ayah ni, saya nampak dia:

  1. nangis masa saya dan kakak nikah
  2. nangis masa upacara saya jadi peguam bila ada ayat dalam ucapan tu:

“jika tidak kerana ibu bapa saya, saya tidak akan berdiri di sini pada hari ini…”

saya pun nangis masa taip teks tu. Teks tu senior lawyer akan bacakan masa majlis.

3. pergi buat solat hajat kat masjid bila saya masuk labour room nak bersalinkan Aiman

Cara garang ayah saya tu buat kami ni jadi orang, belajar menghormati masa dan orang lain. Ayah tegas, mengaji kena khatam. Belajar kena betul-betul. Jangan buat perangai tak semenggah.

Sekarang ayah tak sihat. Kalau dia call saya bagitau dia sakit maknanya dia betul-betul tak sihat. Ramadhan kali ni sempat bawak ayah ke bazar Ramadhan Masjid Tanah, antara bazar paling top di Melaka. Saya malas nak pergi sebab sesak tapi gagahkan juga demi ayah.

Saya dengan Aiman teman ayah beli lauk itik, masak tempoyak dia. Plastik-plastik semua dia tak boleh angkat sebab jari tak kuat kena gout. Masa follow belakang dia beli makanan tu, rasa sayu jugak. Teringat kecik-kecik dulu ayah bawak pergi bazar. Ni dah tua bangka barulah kali pertama kau nak bawak ayah pergi bazar.

Happy sangat ayah kitorang teman dia. Semua kuih pun nak dibelinya.

Hati ayah kan, selalu simpan dalam hati. Bila kita call Mak, dia pasang telinga.

Saya tak tahu berapa lama saya akan sambut raya dengah mak ayah saya lagi.

Ya Allah sihatkanlah mak ayah kita semua. Kasihanilah mereka seperti mereka mengasihani dan menyayangi kita sejak kecil.

Hari-hari pun hari ayah.

Hari-hari masa berlalu sama ada dia atau kita yang akan pergi dulu.

3 thoughts on “Hari ayah

  1. Memang kebiasaan kan.. selalu kol mak.. saya pun begitu.. tapi balance juga kol ayah.. takut nanti lain hari.. anak kol maknya jer.. hehe..

    Ayah memang hati kental.. dalam hati ada taman.. moga doa kita sebagai anak akan membahagiakan mereka di alam lain nanti..
    Aretikz recently posted…Prelude Kembara : Dugaan Ke JepunMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge