Projek Ramadhan 2016

Hai. Assalam.

Tazkirah net RMK

Tazkirah net mempunyai satu lagi projek sumbangan Ramadhan untuk penduduk yang memerlukan di Kota Bharu, Kelantan. Secara spesifiknya sekitar Kampung Sabak di Pantai Sabak.

Kali terakhir saya ke Kota Bharu masa saya umur 18 tahun, maknanya dah 18 tahun saya tak ke sana. Dulu pergi ikut rombongan kampung. Ala-ala rombongan Cik Kiah lah kononnya. Saya suka juga nak kecek Kelate nih kadang-kadang perati aje dorang ni kecek kat fb. Saya tahu maksud:

tubik = keluar

saing/saim = kawan

Bahasa Kelate nih kita kena baca status diaorang tu berulang-ulang nanti kita faham makna dia. Macam ayat:

Hebak saim kito nih nikoh retis.

Ok nikoh ni saya balun aje tapi maksud dia:

Hebat kawan kita ni kawin dengan artis.

Takde keje kan dok nak mengkaji bahasa Kelate kat status orang. Oh ada tau geng Tazkirah kitorang kawin dengan retis muslimah, tapi rahsiaaa sebab biasanya geng tazkirah ni dorang macam Charlie dalam Charlie’s Angels, suka rahsiakan identiti tehehe. Tak pasal-pasal akak kena ban karang choyy.

Baiklah berbalik kepada kisah asal (jauh sangat tersasar bahasa Kelate bagai) sumbangan ini berjumlah RM50 untuk satu keluarga yang akan dipack mengandungi beras, minyak, gula dan apa jua yang mencukupi jumlah itu. Program ini dengan kerjasama kerajaan negeri Kelantan dan persatuan Red Wheels iaitu geng motor besar baik hati yang akan membantu mengagihkan sumbangan ini. Berat tau nak angkat 50 pek (kurang-kurang 8kg 1 beg) terpaksa jadi sado abe2 dan kakok2 ni di bulan Ramadhon. Tuhan sahaja yang dapat membalas budi baik mereka nanti.

Oh ya, penerima sumbangan ini bukanlah semua penduduk ya tapi mengikut senarai penerima yang benar-benar perlu sahaja yang diberikan oleh ketua kampung.

Saya tak tahu siapa yang baca blog ni. Saya juga tak pernah post status di facebook jadi saya rasa medium blog paling sesuai. Saya doakan semua pembaca diberi kelapangan dan ketenangan hati di bulan Ramadhan ini. Bila umur kita dah semakin meningkat, hati yang tenang menjadi perkara yang paling utama dalam hidup kita.

Jika inginkan ketenangan hati, bolehlah memberi sumbangan seikhlas hati kepada program ini atau mana juga program lain, Aman Palestin etc. Pagi tadi terbaca kata-kata penerbit Al Quran terjemahan saya lebih kurang begini bunyinya:

“Semoga usaha kami menerbitkan mushaf ini akan menjadi pemberat timbangan amalan baik kami di akhirat kelak”.

Menitis juga air mata saya.

Kita takkan pernah tahu di saat-saat akhir nanti, apakah pemberat yang akan menentukan tempat kita yang terakhir, syurga atau pun neraka.

Mungkinkah sewaktu tukul hendak dijatuhkan, sebutir beras sumbangan kita ini akan berkata:

“Ya Allah

Ampunkan dia

Aku menjadi saksi dia telah menyerahkan aku

Dengan penuh keikhlasan 

Dan mengharapkan keredhaanmu Ya Allah

Sehingga hatinya bergetar

Teringatkan dosa-dosanya yang lalu

Mengharapkan keampunanMu

Ampunkan dia Ya Allah”.

Moga-moga ada lebih dari sebutir beras yang akan menjadi saksi dan pemberat timbangan baik kita nanti. Insya Allah.

Selamat memberi dan mendapat ganjarannya di akhirat kelak.

Akaun : Tazkirah Media Global

Bank : Maybank

No. Akaun : 553038584796

Emel: info@tazkirah.net

Tazkirah net RMK

3 thoughts on “Projek Ramadhan 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge